KAWAN
akan berasa dengki bila melihat kita bahagia
SAHABAT
akan turut merasa kebahagian kita.

KAWAN 
akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan kita tika melihat kita berjaya
SAHABAT 
akan turut gembira, serta mencari jalan untuk kejayaan bersama.

KAWAN
akan turut menghina bila kita dihina
SAHABAT 
akan cuba untuk mempertahankan kita...walau diri mereka terluka.

KAWAN 
mudah di jumpa dan temui
SAHABAT 
tidak mudah untuk mencarinya...bagaikan permata yang tinggi nilainya.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Agak bersarang dah blog ini kan? lama kot rasa nya tidak di perdulikan. Rindu zaman aktif-aktif dulu. Macam-macam nak update. Tapi lama kelamaan menjadi pudar dah, semangat pun sudah luntur ditelan dek masa.

Sebagai pembuka bicara untuk tahun baru, tahun 2016 ini, walaupun sudah di hujung bulan januari, tetapi aku tetap ingin ambil kesempatan ini yang belum terlewat ak rasa , ingin mengucapkan selamat Tahun Baru 2016, Umur Baru, Impian Baru, Kehidupan Baru, Rumah Baru, Kereta Baru dan semua baru la. Semoga anda semua terus cekal berjuang dalam kehidupan anda masing-masing.

Sekira nya azam tahun lepas tidak tercapai, cuba capai kan di tahun ini, jika anda terus berusaha pasti akan tercapai azam kalian semua.

Kehidupan ak di tahun baru ni, macam biasa juga, tiada perubahan, masih lagi hidup solo, yang tidak tahu bila berakhirnya, hanya Tuhan saja yang tau, tapi x perlu risau, jika sampai masa nya nanti, kawin juga nanti, doakan yang terbaik ya.

Aku juga sentiasa mendoakan kalian agar semuanya baik-baik belaka.

Sekian dulu dari aku, tak tau nk celoteh apa lagi, moga jumpa lagi ya.