SELAMAT TINGGAL 2009

Pejam celik-pejam celik dah penhujung tahun da,
sekejap je rasanya,macam x caya pon ada,huhu..
selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010,
banyak kenangan suka dan duka dalam tahun 2009, itu semua adalah kenangan yang akal kekal abadi buat selama-lamanya.

Hari adalah 31 hb 12 2009, semangat rasanya datang kerja, deq kerana akhir tahun,
kalau x memang liat nak bangun huhu..
azam tahun baru ni aku x nak ponteng kerja, x nak buang masa,aku nak tumpu
pada kerjaya aku, dan buat persiapan tuk sambung belajar....
persiapan kahwin lom ready lagi, nanti2 la...kalau boleh aku nak biar la cita2 ku tercapai dulu...

Tahun 2009 juga telah memberi erti kehidupan baru kepada aku,
kerana aku memperolehi kerja yang aku impikan selama ini, akhirya tercapai juga,
insyallah impian tuk tahun baru ini juga akan tercapai, Insyallah...

Sebut tahun baru ni, semua nak baru,azam nak baru,pakaian nak baru
rumah nak baru, kereta nak baru, isteri nak baru(opss, mana ley sorang cukup la) kalau anak baru xpa...huhu

walauapapun aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2010 SEMOGA
SEGALA IMPIAN ANDA AKAN TERCAPAI.

Kenangan Terindah…

DSC01153

huhu…hari jumaat  25/12/2009 adalah hari palaing bermakna bagi aku kerana aku jumpa ngn kawan2 lama aku, fisrt sekali aku terserempak ngn jaha kat terminal makmur kuantan, n sampai kat kl sentral aku terserempak ngn kawan lama aku gak izwan, semua tu secara kebetulan maklum la da lama x jumpa, n petang tu plak kul 5.30ptg jumpa ngn azam,korie,n firdaus kat shah alam, memang lama giler kitaorang x jumpa, hampir 12 tahun kami lost contact akhirnya dapat jumpa juga, walaupun separuh, kul 7.30ptg lak jumpa ngn uday, n balik putrajaya lepak umah dia, n malam tu plak jumpa ngn lokman baru sampai dari johor…

keesokan hari plak..dalam xde planning pegi la naik genting, memang best la kat sana,lama dah x naik, baru 2 tahun tinggal…huhu banyak da perubahannya….so dapat la kenkawan lama kat sana, kat genting x lama pun just 1 hari je,cam x puas jer, dapat main outdoor jew,indoor x sempat, outdoor pun sempat 5 game je, coz dah lewat nak balik, coz hari isnin kerja….huhu…

memang hari jumaat tu adalah hari paling indah, dengan secara kebetulan dapat jumpa mereka….

seterusnya

20.10.2010

hati aku tertanya..adakah betul keputusan aku...
aku sendiri pun keliru apa yang telah aku lakukan...

adakah tarik 20.10.2010 menjadi satu kenyataan bagi diri aku???
aku pening memikirkan...jika benar berlaku...
masalah besar la bagi diri aku...
aku belum bersedia lagi....
bukan perkara ni mainan.....
ni soal kehidupan..

Ikutkan hati memang la gembira...
tapi kalau tengok keadaan sekarang...x berapa nak yakin la....
kalu dah ditakdirkan juga pada tarikh tersebut....
aku terpaksa terma ngn hati terbuka...

aku rasa hidup ini belum puas lagi...
aku belum lagi dapat.apa yang aku cita2kan...'
impian aku belom tercapai lagi....
aku bingong....memikirkan hal ini....

Tension....

hariini betul2 buat aku tension...sume keje aku x jadi...napa la hari ni malang sungguh nasib aku...
kepala ake berserabut pk masalah, lps satu,satu masalah datang, tapi nak x nak kena sabar je
ni bukan kemahuan aku...ni dah ditakdirkan dan diberi ujian....

huhu...
tambah2 lagi ngn ternet wat hal...sakit nya hati...streamyx kata hebat..saban hari semakin low ada la....tu la nk lawan sangat ngn P1 wimax....nth..selalu sgt streamyx prob...iklan bagai nak rak....
dunia...dunia..sabor aje la....


Dunia Masa Kini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, bertemu kembali di arena blog ni, rasanya sudah lama saya tidak muncul dalam blog ini. di kesempatan masa yang ada ini saya penuhi, kali ini saya membawa topik tentang dunia it pada masa kini.

Ramai orang dah tahu dunia It sekarang tiada sempadan, bukan setakat orang yang berpendidikan jer yang tahu malah org biasa pun dah mula menjinakkan diri dengan dunia yang semakin moden ini, ini lah yang kita mahukan, supaya setiap orang mengikuti perkembangan dunia semasa.

Apa yang saya nak kongsikan adalah tentang laman sosial yang mendapat sambutan yang meluas, iaitu dalam bahasa melayu di panggil muka buku atau lebih dikenali dangan facebook, saya percaya semua orang mempunyai akaun facebook, kerana laman ini mudah diguna dan mudah difahami, boleh dikatakan dari sekolah hinggala golongan dah bekerja mempunyai facebook tersendiri.

Saya tertarik berita baru2 ini, yang menyarankan agar pihak polis diraja malaysia menggunakan facebook untuk menyelesaikan kes2 jenayah serta mengeratkan lagi pihak PDRM dengan masyarakat,itu la usaha murni yang patut kita sokong, malah PM kita sendiri mempunyai facebook, dan ramai lagi orang2 kenamaan yang mempunyai facebook.

Facebook juga bukan sekadar untuk berhibur tetapi ada sesetengah individu membuat facebook ini sebagai pusat perniagaannya, banyak perkara kita boleh lakukan dengan facebook ini.saya sendiri nafikan bahawa facebook ini yang memberi peluang kepada saya untuk bertemu kembali dengan kawan2 sekolah saya atau pun kawan2 yang telah lama terpisah.

dan juga facebook sesuai untuk membuat alumni sekolah,koleh,universiti dan sebagainya, jika dilihat statistik orang yang mempunyai akau facebook ini adalah melebihi 100ribu orang, ini amat membanggakan, x seperti laman sosial lain seperti mysapace,friendster,tagged,hi5 dan sebagainya, ranking paling tinggi adalah facebook…..

tapi dalam kebaikan ada juga keburukan, ramai juga yang menggunakan facebook tuk mencari pasangan hidup, dan macam2 lagi….bila dikatakan dunia it tanpa sempadan ramai individu2 tertentu tanpa segan silu mendedahkan identiti mereka. walaupun facebook ini dapat sambutan meluas, tapi kita sebagai pengguna haruslah memikirkan batas2 nya, jangan terlalu leka melayani karenah manusia yang dalam facebook ini, sehinggaka kerja ntah kemana dan pelajaran nth kemana……so perkara ini harus la kita elak dan pandai membahagikan masa, utamakan tugas kita baru la kita boleh luangkan masa tuk facebook.

saya berterima kasih kepada pencipta laman sosial ini, walaupun usia nya terlalu muda, tapi IQnya terlalu tinggi, lagi bangga jika anak melayu kita yang dapat buat laman komuniti setanding dengan facebook ini, sampai bila kita nak guna org luar yang buat, kan lagi elok kita guna yang kita sendiri, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerimanya…

so pk2 kan la apa yang saya katakan, maaf  jika ada salah dan silap dalam kata2 saya ini….saya ingin kongsikan saja…..

 

JADI INSAN YANG BERJASA,JANGAN JADI INSAN YANG X MENGENANG JASA.

What Programming Langguage Should I Learn?

As I do my professional and personal work, I am always looking for the best tool for the job. In software development, there are several programming languages that can be used for a wide variety of reasons. I am often asked by people new to software development what is the best language to learn. They get confused when I ask them what they plan on doing. The reason is that people think there is going to be a best language for everything. However, everyone knows that there is no silver bullet. On the other hand, there are some languages which are better suited or more widely used in specific areas. So, given that idea, I came up with a list.

Enterprise Software DevelopmentJava is typically used in this space as people are moving many administrative applications to an intranet.

Windows DevelopmentC# should be used for any Windows development, this includes anything interface with the Microsoft Office Suite. Don’t tell me about POI for Java, I have used it, but the native libraries kick POI’s ass.

Rapid web prototyping and anything WordPressPHP is really good for rapid prototyping what a web site should act like. It may even qualify as v1.0 for your site. It may not be a good long term solution and there are better options for large-scale development. It is also the main language for anything related to WordPress.

Web Prototype with a backbonePython has quickly gained acceptance as the “next step” after PHP. Many current web applications use Python extensively. Adoption will continue as more services natively support Python like Google’s AppEngine.

General Web Development(X)HTML, CSS and Javascript must be in your toolbox for any significant web development. If you try to remain standards compliant (which you should) then you need to look at the XHTML standards.

Data IntegrationXML and JSON are the main data interchange formats on the web and in corporate development. With XML, there are various syndication formats (likely the subject of another post) and other business format standards to review.

DatabasesSQL is critical to almost any application. If you learn standard SQL, then you can translate this to almost any database product on the market especially the popular engines like Microsoft SQLServer, Oracle, DB2, MySQL.

Toolbox – Every programmer should be able to do more than just program in one language. In addition, there are many scripting tools that can be part of your toolbox which can make you extra productive. Cygwin is a Unix shell that you can install on Windows, and I can not live without it. Unix scripting is very powerful when dealing with batch processing of files or even just interacting with the file system. Perl, the Pathetically Eclectic Rubbish Lister, is another language that can be used for web development, but it really shines when dealing with file and text processing.

I know I have ignored various tools and languages, but this is really just a starting point. In software development, it is always helpful to keep learning new things and new concepts. If you really want to stretch your mind, start working in Artificial Intelligence and programming in LISP, or do some logic programming in Prolog. If you feel really adventurous take a look at Standard ML. I am not sure what it is really useful for, but it is a completely different language than most.

Hye...

Assalamualaikum n salam sejahtera to all myfrenz...

dah lama rasanya aku x update myblog, al-maklum la lately aku busy sikit dengan kerja2 yang nth bila nak siap nih, kepala otak aku pun da serabut....but nak wat camana kan sabar aje la....kalau x buat nanti xde la pendapatannya...huhu...

Ingat nak tukar kerja, tapi aku rasa sayang pula nk tinggal keja ni, dah macam da sebati dengan hidup aku, walaupun susah tapi atleast aku dapat mencubanya dengan sebaik yang mungkin...

Sekali lagi nak mintak maaf kepada pihak2 berkenaan, bukan aku x nak reply comment korang or message korang, buat masa ni aku kekurangan masa nak buka blog aku ni....apa2 pn please note at my facebook k.....

Insyallah if i have a time i will be come back k...
i love u all myfrenz...thanks for supported me....

MAJLIS KONVOKESYEN UTM

Ini adalah Majlis Konvokesyen aku yang ke 2…kali yang ke 3 insyallah x lama lagi..huhu….

1

me and kak ina….in the hall 7

Sha,Mar,Me,Betty and Halim…this time line up to enter the hall… 8 9

My beloved Mom’s 11

My young Brother… 12 13

me with raffi 14

with my moms and my dad.. 15 16with my cousin…kak tie.. 17

raffi, amirul and me.. 18  20 21 22 23 24 25 26  2728with kak yan 29with amir  and raffi 30with mar… 31with Nor and Norli… 32with Wawa… 33with Emi and Roy… 34

with Pian Satero… 35  37 

38 with Encik Fadhilah my lecturer…39

Wanita Islam Jadi Entiti Tak Bersura...

artikel ni aku dapat dari keratan akhbar hari...aku tertarik ngn artikel ini...
nth la apa dah nak jadi??? aku x nk komen lebih...anda semua boleh nilai sendiri...setiap individu ada pendapat masing2....

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, baiah jatuh talak tiga pemimpin Pas adalah amalan yang memperlekehkan wanita Islam supaya menjadi entiti tidak bersuara serta memecahbelahkan keluarga demi politik.

Bekas Perdana Menteri berkata, politik tidak seharusnya dikaitkan dalam perkahwinan kerana ia akan memberikan kesan negatif.

"Ia memperlekehkan wanita Islam, menjadikan wanita sebagai entiti yang tak ada suara, tak ada personaliti... siapa saja boleh buat keputusan sehingga sanggup memecahbelahkan keluarga.


"Apa akan berlaku apabila dia ada keluarga, mempunyai tiga hingga empat anak dan tiba-tiba kerana kecewa dengan Pas serta mahu masuk parti lain... dia kena bercerai.

"Ini kita kena fikir. Apabila campur aduk politik parti dengan agama inilah yang berlaku. Dari dulu kita sudah kata jangan campur agama dengan politik sebab politik kadang-kadang kotor, manakala agama itu bersih," katanya selepas merasmikan Ceramah Bersiri Mengenai Jantina bertajuk Peranan Wanita Dalam Pembinaan Negara anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, baiah itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia pengakuan yang tidak sesuai dengan keselesaan hidup orang Islam.

"Waktu kahwin kita buat ikrar, tetapi ini bertentangan dengan ikrar kita," katanya.

Mengenai kemelut MCA dan Pas ketika ini, Dr Mahathir berkata kebanyakan ahli politik lebih mengutamakan diri, bukannya parti, bangsa dan negara.

"Baik dalam MCA dan Umno, keutamaan ialah apa yang saya dapat untuk saya, bukan apa yang saya boleh sumbangkan kepada kebaikan negara atau bangsa.

"Jadi, kalau ada sikap macam itu (maka) tetap berpecah, masing-masing bawa penyokong sendiri sebab dia nak jadi ketua," katanya.


*politik semata2...

Piala Malaysia 2009

Entry kali ini aku nak citer sikit bab piala malaysia baru2 ini....

Dan aku nk ucap syabas kat negeri aku, walaupun dapat naik johan pun dah kira percubaan yang baik la,pada x dapat masuk final langsung...

aku bangga ngn pemain dari kelantan sahaja......yang dari luar tu x la...coz anak jati yang aku banggakan....tapi yang buat aku x bangga kan adalah penyokong fanatic....lau tgk dah macam xde pedoman....bukan aku nk kutuk, tapi hakikatnya memang nyata....x boleh ke kalau nk memekik terlolong ngn mulut sahaja, dan jagan main2 baling mercun dan pelbagai objek...

aku kasihan tgk kamera man, dia di tugaskan tuk ambil gambar jer...tapi apa yang dia dapat??? 9 jahitan di kepala, kerana terkena balingan batu....dan ada sorang lagi kameraman kene mercun kat leher....apa dah nk jadi???

perbuatan ni semua boleh memalukan negeri sendiri je....aku turut sedih dengan kelakuan sesetengah penyokong....dah macam vandalisme dah jadinya..banyak kerusi kat stadium bukit jalil terbakar...

pada mula2 nya aku ingin turut serta ke bukit jalil, tapi bila memikirkan balik, baik aku x pergi.. coz apa yang aku jangkan betul2 terjadi....
so aku baerharap selepas ini jangan la memalukan negeri sendiri k.....walaupun aku x terlibat...tapi aku juga terkena tempias nya....

So aku harap pada masa akan datang ni, tolongla jangan ulang balik kesilapan yang sama....
setakat ini sahaja yang aku boleh cerita.....

sambung next time k....

sekali lagi tahniah kepada Pasukan KELANTAN,chayok2 kelate gomo kelate...

Majlis Konvokesyen 2009

DSC03500

Akhirnye penantian aku selama ini dah terjawab,apa yang aku idam2kan selama ni da termakbul.allhamdulillah

ini adalah konvokesyen yang pertama aku di dewan besar yayasan pahang..dan yang kedua berlansung pada 21hb Nov 2009 di UTM skudai johor.

walaupun majlis konvo ni simple, but menghappy kan aku n family aku..Ini la saat2 aku nk jumpa balik ngn member study lu…this macam reunion gak la…dapat bergambar buat kenangan selama2nya.

Terima kasih x terhingga kepada semua lecturer yang hadir hari tu dan menghadiahkan aku bunga,Terima kasih juga kerana mengajar saya dan membentuk saya menjadi seorang insan yang berguna.Jasa mu akan dikenang buat selama2 nya.

Dan juga terima kasih kepada kawan2 yang datang bg sokongan pada hari tersebut.Nantit konvo ke2 aku jemput datang lagi yer.

Insyallah gambar masa kat skudai nanti akan aku post kan.

 

More Picture

Pagi Yang MembusanKan

seperti biasa bunyinye..nth la aku pun x tahu....apa yang aku rasa busan2.....
Pagi tadi rasa malas je nak bangun g kerja...tp hari ni awal
plak masuk opis..selalu masuk keje kul 10...
nth la aku masih tido lagi kot...huhu...

Niat di hati,masuk opis awal blh la balik awal, nampak gayanya xdernye balik
awal, still balik lewat gak..Ni la dikatakan Lumrah Pekerjaan.
So apa nak buat, sabar, Sabar itu kan separuh dari iman.

Hari ni pagi2 masuk opis dok Hadap Fb ngn Ms je...kerja nth kemana lagi
ingat nak buat after lunch nanti...tu pun tgk keadaan..huhu..
napa aku ni jadi malas hari ni...
nak kata x makan lagi, rasa nya pagi ni saja dah 2 x makan dah
nak kata x cukup air, dah habis 2 botol dah aku minum air masak...

Hari ni maybe Bos aku masuk opis...
so aku kene standby kapas la tuk tutup telinga...nk ketahan peluru
dari Bos hehe..Bukan apa keje yang dia suruh buat
aku x siap kan lagi..
hehehe..memang patut la kene marah nanti...tapi
x kesah..telinga ni dah kebal dah....

Itu la,if dia x masuk aman jer kami wat keje..
tapi bila dia masuk, semua air muka berubah, buat 2 x kene..
buat ni x kene...
macam2 la....sepi jap opis bila BigBos masuk..huhu..

So aku harap korang jangan la ikuti jejak aku ni
aku bukan pekerja contoh...sentiasa lawan cakap bos..
perangai keras kepala...

Busan...

X tahu la kenapa aku terasa amat busan sekali, bukan busan apa, busan keje, bukak mata je keje, keje-keje, tapi nk wat macamana kan kena la sabar, coz itu punca rezeki, lau x keje nanti sapa nak sara hidup kita kan???

ntah la aku pun dah x tahu nak wat camana lagi, mula2 dulu memang la excited nk resign, tapi dipk2 kan balik sayang la plak...itu la terlalu mengikut kata hati...bak kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa" binggung dibuat nye....

aku tahu setiap org punyai masalah, tapi masalahnya semua x sama...rambut sama hitam hati lain2..huhu...

serabut kepala dibuatnya..ye la dalam sehari 3 keje nak kena aku siap kan, smpai waktu tuk aku rehat da xder....makan pun da x menentu...tu la badan kering ni...hahaha

sib baik opismate kat sini semua ok2 senang nk comunicate, lau x mati kutu aku dibuatnya...
aku x tahu la bila senario ini akan berakhir..apa yang aku blh buat sabar..sabar..sabar...itu aja la..

kalau nk d pk kan memang keje ni x akan habis..every time, every second ada je keje nak dibuatnya....

Dinner at Pizza Hut

nak di jadikan cerita,sebenarnya makan malam kat pizza semalam adalah sempena selebrate birthday aku yang lepas, dah lama dah planning, tapi semalam baru dapat peluang kuar sama p makan, bukan la aku plan semata2 nk makan pizza, secara kebetulan, dah semalam tgk pizza xder org, tu kita masuk je….perut dah lapar time tu…

 

celebrate birthday aku kali ini simple je,x perlu la nk wat besar-besaran,nanti buat aku teringat lak yang aku ni dah semakin meningkat usia…huhu…

 

nyway aku nk ucap terima kasih la, kepada Niniey,Kodi,Man coz sudi join sekali semalam. Kat bawah ni ada la beberapa pic yang boleh aku kongsikan kat sini, coz majlis semlam pun secara spotan je….

 

DSC00876

 

 

DSC00878 

 

DSC00881 huhu..island Supreme kegemaran aku

DSC00882 tapi yang x best nye semalam semua ondiet la konon, dah banyak order, nk x nk aku makan je sorang2 huhu…makan banyak,tp badan tetap mantain…huhu…x perlu on2 diet nih…

DSC00875

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Ayat Suci Di Badan Bayi

Ini la dikatakan kekuasaan allah swt. tiada siapa pun yang boleh menandinginya…..artikel ini aku dapat dari akhbar metro.

 

mainpix

MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.
Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.
Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.
Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul. Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.
Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.
Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.
Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.
Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.
“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.
Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.
“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.
“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.
“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.
Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.
“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

hye to all

dah jarang aku post entry blog aku ni....dikesempatan masa yang ada ni, aku ingin post something kat blog aku ni, lagi pun busan x tahu nak wat apa...sambil menghidup udara pantai teluk chempedak ni, fresh sikit otak aku....huhu....

aku harap korang semua sihat sejahtera....aku bukan apa..wat masa skunk agak bz sikit ngn keje...yer la cuti panjang dah habis, so bila balik opis keje bertimbung2...nasib la...nak2 lagi semua sistem yang aku buat hilang begitu saje...

aku pun dah mula tension ngn keje aku skunk ni x tahu napa, nak masuk opis pun dah malas...huhu...aku berharap sangat interview aku tempoh diterima...aku pun dah mula busan dok kat kuantan ni, x tahu nak kemana lg....

aku ingat nak tukar keje baru ngn tempat baru, saje nk cari pengalaman baru huhu....yer la kalau aku buat keje yang aku x suka x akan jadi nye hati ku dah mula busan...x tahu la kenapa...setahu aku, aku dah banyak tukar keje..belum lagi jumpa keje sesuai ngn diri aku, dulu aku ingat keje opis ni ok bg diri aku,tp sebalik nye.....

aku sendiri x tahu apa yang sesuai ngn diri aku, aku ni jenis aktif x ley wat keje duduk je...huhu...mula aku jadi malas...biasala tabiat manusia x boleh nak lari....

minggu ni minggu meeting, serabut kepala, setiap kali p meeting mesti ada perubahan yang baru.

aku pun x tahu nk cerita apa lagi....sib baik hari ni ramai orang kat tc ni, x la busan aku lepak kat sini, kat mana lagi aku nak lepak kalau x kat tepi pantai ni....

ok la...insyallah if aku ada masa aku akan post kan entry ok...thanks to my friends whos always view my blog....

sakit hati pun ada...

otak aku serabut.....apa yang aku blh buat adalah sabar sahaja......

al-kisahnya yang membuat aku sakit hati sangat2....mylaptop have prob, aku x sempat nk setel coz tergesa2 nak balik kampung, so aku hantar la laptop aku kat kedai tuk repair. hari pertama tauke kedai tu call ok lagi bunyi nye...tapi keesokan nya dia just msg aku dia kata, sorry terdelete hardkdisk D, baca jer mesej tu aku terus call mengamuk..yer la..mana x aku x marah..kerja aku selama 6 bulan, lagi sikit lg nak siap, tut2 hilang camtu jer....sapa x baran....

laptop aku da macam laptop baru beli...kosong dalam.....nak buat apa lagi sabar la..dah habs cara da guna tuk panggil data tu kembali...tp semua fail.....so aku diberi peluang tuk siap kan dalam masa seminggu...perghhh..bos aku ingat aku ni robot ke hapa.......

dah la semua tu xde backup....huhu..sabar aje la.....

puasa pun sudah, raya pu sudah

time beraya memang best, enjoy jer, duit pun jalan macam air,bila time habis cuti raya, rasa cam nak pintang pun ada, coz, no budget yang tinggal...mula la pening dok pk nk makan apa??huhu..nk tunggu gaji lambat lg hujung bulan depan...tension rasanya..

sabor aja la...bila dah lepas baru la nk pikior..before this x nk pk lak...hai nasib badan...huhu...
bukan aku saja yang problem..malh ramai lagi kawan2 aku n anda semua...

Salam Syawal Dari Ku….

kad3

dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap saya selama ini terhadap anda semua, mana la tahu kot2 ada terkasar bahasa atau sebagainya.Biasa la kita insan yang lemah ni, x kan terlepas dari melakukan kesilapa, apa yang kita mampu ada meminta maaf diantara satu sama lain…

semoga raya anda tahun ni meriah dan happy….

Continue…

 

assalamualaikum….

aku rasa aku lama da x update blog aku ini. so kesempatan masa yang ada ini aku guna sekejap tuk update blog aku ini.

aku nk mintak maaf la ngn korang semua…kebelakangan ini aku busy, sehingga xder masa tuk aku on9…huhuhu..mesti tertanya2 member aku kat fb,ms kemana aku menghilang…hehehe…aku x hilang aku still ada.

aku pun tak tahu nak cakap apa, otak aku skunk tgh blurrrr…..huh pejam..celik..pejam..celik…dah 12 hari dah kita sambut bulan ramadhan.sekejap jew rasa…syawal plak menunggu ketibaannye…

camana persiapan raya korang??? dah  ready lom??? zaman skunk semua org prepare awal2…sib baik ketupat orng x buat skunk…lau x xder orng nak makan…hehehe…yer la xmoh nanti kelam kabut time2 dekat nak raya, so sediakan payung sebelum hujan. tapi jangan terlebih sudah..cukup je ala kadar..x baik membazir..huhuhu…

aku x tahu lagi nak beraya kat mana tahun ni…tunggu n lihat saja la…so lastly aku nak ucap ribuan terima kasih kepada yang memfollow blog aku ni….

Dikesempatan ini aku mohon ampun dan maaf jika aku terkasar bahasa atau sebagainya…so selamat meneruskan ibadah puasa.. dan selamat memyabut syawal yang akan tiba x lama lagi….

*so sorry because i don’t have any idea to write this entry…

Nothing..

 

Assalamualaikum and Good evening to all.

Bersua kembali dalam ruangan blog aku kali ini, tp kali ini aku x tahu nk kongsi citer apa dgn uOls semua.bytheway i’m try the best k..huhu.

Dalam duk buhsan menghintung hari ,tiba2 lak aku teringat zaman aku kecik2 dulu,uish kalau nk diingatkan kembali, kalau nk kenal aku ni seorang yang amat nakal,biasa la masa tu kan budak2 lg hehe…Tapi nakal2 aku ni nenek tetap syng aku,tu yang best tu,kemana jer nenek pergi mesti nenek akan bawa aku bersama,dan apa yang aku nk mesti akan dapat..huhu

aku masih ingat sampai sekunk pesan2 nenek  kat aku,antara2 pesan nenak kepada aku adalah, pertaman,jangan kita lupa pada tuhan,kedua,nk pergi jauh dari rumah jgn lupa bawa quran,ketiga,selalu baca al-quran,keempat,buat baik kepada semua orng,jagn benci dan bermusuh dengan org lain, dan kelima jangan derhaka pada mak dan ayah.

Itu pesan2 nenek aku, aku pernah kene pajang ngn nenek kerana lupa nk baca al-quran sewaktu pulang dari sekolah.aku kene rotan, tp xder la sakit sangat,coz nenek x rotan macam abah rotan,kalau abah rotan berair air mata..huuhu

kalau uOls nak tahu dari umur aku 7 tahun sampai la umurku 10 tahun,hidup aku dengan rotan abah aku itu la,kalau x kerana rotan tu,mungkin aku x jadi org kot(mengikut pepatah la)huhu…memang perit,tp best, kerana blh mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya, aku tahu abah,mak dan nenek pukul aku sebab diorang sayang aku.kan aku da cakap aku ni dulu budak degil, so sesuai la kene rotan….hehehe…

yang last kali abah aku pukul aku, masa aku ngn adik aku curi2  hisap rokok tak silap aku masa tu aku darjah 6 kot,adik aku darjah 4, dah la p curi rokok abah sendiri,hisap plak sebelah bilik abah,memang cari nahas la,dalam syok hisap rokok,tiba2 ada rasa sesuatu je yang sampai ke pipi aku ini, sejuk je rasa, sekali aku pandang,ambil kau,abah aku dah lesing muka aku,mana x meraung masa tu,sakit woooo, moral kat sini,jangan la cuba nk hisap rokok,kalau nk isap rokok tu jangan la curi yang ayah punye,lau x nanti kantoi bodoh2.

kadang2 bila aku teringat kisah silam aku ni,sedey la plak,tp kadangkala gembira la plak…huhu..nthlah…aku bersyukur kerana aku dapat hidup didalam keluarga yang bahagia,dan aku bersyukur mendapat seorang ayah yang berdedikasi,tegas,disiplin dalam mendidik anak-anaknya, aku respect la kat ayah aku.walaupun muka dia yang menakutkan kitaorang tapi hati dia tetap baik.

Dalam hidup aku,aku x boleh hilang orang aku sayangi, masa nenek meninggal aku x dapat nk menerima,tapi aku menangis sekuat manapun,nenek xkan kembali.akhir sekali aku pasrah,aku redha,hidup aku sunyi sikit,bila nenek xde,kalau x aku selalu bersama ngn nenek,kemana sahaja nenek pergi mesti aku ada,tapi kini hanya bayangan nenek sahaja yang tinggal,walaubagaimanapun aku tetap rindu pada mu nenek,aku doakan semoga roh mu dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org2 yang beriman,amin..

walauapapun aku bersyukur kehadrat illahi kerana aku masih lagi mempunya kedua2 org yang aku kasihi dan cintai iaitu ma dan abah aku,diorang diibaratkan permata dihati aku,aku terlalu sayangkan mereka.

aku pun dah x tahu nk citer apa lagi,nth betul nth tidak susunan citer aku ni,aku main type jer apa yang terkeluar dari mulut aku ni.

apa2 pun aku harap korang sayangilah kedua2 ibubapa anda,jangan terlalu ikuttkan perasaan dan hati, bila mak ayah marah sikit merajuk,lari dari rumah, x elok perangai tu,ish sapo dio yang ajar depa lagu tu..sebaliknya,mereka sebenar sayang kat hangpa semua,bukan depa benci,kan pepatah ke peribahasa aku pun dah lupa, yang berrbunyi(sorry xder bunyi,bace je ek) “marah tu tandanya syang” lebih kurang la tu…

sebelum berundur,maafkan la jika aku ada membuat kesilapan,terkasar bahasa atau sebagainya, akhir sekali terima kasih kepada anda sema…

 

ok…Assalamualaikum…

sepi…

 

Alangkah indahnya kalau hidup ini penuh dengan kecerian dan kegembiraan,alangkah indahnya kalau hidup ini tanpa ada masalah…

Tapi ini semua tidak dapat dielakkan,kerana hidup ini perlu diuji,kalau tidak kita bebas tuk melakukan apa sahaja tanpa batasan dan kita tiak kenal erti susah dan senang..

Begitula kehidupan aku,penuh dengan kesepian,sedih dan kebusanan,tapi apakan daya ini adalah lumrah kehidupan.aku tidak boleh nak salahkan pada takdir,kerana ini semua ada hikmah disebaliknya.setiap apa yang aku dapat adalah ketentuan illahi diatas segala kesilapan yang aku lakukan selama ini, memang setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan,kerana kita dalah insan yang kerdil.

Apa jua masalah sekali pun,pasti ada jalan penyelesaian.Aku sedar bahawa hidup ini xsemua nya happy,kadangkala kita perlu ada rasa sedih,derita dan sebagainya.

Saban hari aku memikirkan tentang kehidupan aku, aku happy hanya luaran,dalaman hanya allah sahaja yang tahu, aku juga ingin hidup macam burung,bebas terbang kesana sini,bebas tuk melakukan apa sahaja, tp aku telah diciptakan oleh allah sebagai hamba nya dimuka bumi ini.

Ya allah,aku bersyukur kepada mu, diatas segala kurniaan mu yang telah Kau beri pada aku selama ini, aku bersyukur kepada mu kerana memberi peluang kepada aku terus hidup diatas muka bumi ciptaan mu ini. Aku tidak dapat nak melawan ketentuan mu,apa yang aku blh lakukan,adalah menurut segala perintah mu dan meninggal segala larangan mu.

Aku sepi,hidup aku sekarang tidak seperti dulu lagi,mungkin da sampai masa nya tuk aku merasai semua ini. Aku tahu ramai lagi yang menderita tuk meneruskan kehidupan mereka, kira aku xder la seteruk mereka diluar sana,aku hanya sedeharna sahaja.

Aku ingin berterima kasih kepada Allah kerana masih sayangkan aku, dan aku tahu allah x pernah membeci setiap ciptaannya, tapi apa yang aku kesal umat2nya makin ramai benci pada allah dan makin ramai yang menyokong syaitan.mungkin mereka rasa dunia ini adalah syurganya tuk selama2nya.

ku seru kepada semua saudara sesama islam, sempena bulan mulia bakal tiba ini, guna la ia sebaik yang mungkin, banyakkan taubat kepadanya, insyallah semoga segala kesipan yang kamu lakukan akan diperkenankan oleh allah, percaya la allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah cuma mahu umatnya sujud pada nya,ikut segala arahannya dan tiggalkan segala larangan nya, itu sahaja,bukan susah pun……

cukup sekadar ini sahaja entry aku kali ini, maafkan aku jika adalah yang tak kena pada artikel aku kali ini…..

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, IAITU BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SENGAN SEMPURNA.

SEBELUM ITU AKU INGIN MEMOHON MAAF DIATAS SEGALA KESILAPAN AKU YANG TELAH AKU LAKUKAN KEPADA ANDA SEMUA SELAMA INI, AKU JUGA INSAN BIASA YANG X TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN.

APA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN APA YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI DIRI AKU SENDIRI…

Tidak Kusedar…

Assalamualaikum kepada anda semua semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu.

Tanpa aku sedari,hari ini genap la umur aku yang ke24 tahun,begitu cepat masa berlalu,tanpa aku sedari semua in, ini adalah kuasa dari allah swt.

Ya allah sempena ulang tahun aku kali ini,aku  bermohon kepada mu agar lanjutkanlah usia ku supaya aku sempat menebus kembali kesalahan2 aku yang telah kulakukan selama 24 tahun, sehinggakan aku tak terkira semua ini dan aku bermohon kepada mu agar murahkan la rezeki aku dan kuarga ku,dan rakan2 seperjuangan ku.

Aku bersyukur kepada mu kerana memberi peluang kepada aku terus hidup walaupun diuji dengan pelbagai ujian, tapi aku tetap bersyukur kepada mu kerana memberi kesempatan kpd aku untuk meneruskan perjuangan ku.

semoga di tahun yang baru ini aku berharap hidup aku lebih baik dari hari2 yang lain.

aku pun x tahu nak cakap apa lg….

terima kasih kepada member2 yang mengingati tarikh lahir aku…thanks to all

c u again…

Alhamdulillah

 

l ko

Assalamualaikum kepada anda semua, semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walfiat…

Syukur saya kehadrat illahi kerana dengan keizinan dariNya dapat saya menaip entry saya untuk kali ini.

Bagi semua umat islam, lg beberapa hari sahaja kita akan menyambut bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan iatu bulan ramadhan yang mana kita semua umat islam ini akan menjalani ibadah puasa.

Bulan ramadhan ini hanya sekali sahaja dalam setahun, jadi lakukan la sebaik yang mungkin, kerana bulan ni adalah bulan tuk kita membersihkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini dalam sedar ataupun tidak sedar. Perbanyakkan amalan bulan ramadhan kerana banyak pahala Allah telah sedia untuk kita semua. Rugilah kalau kita sia-siakan, belum tentu tahun yang seterusnya kita sempat tuk lakukan selama ini, kerana Allah itu maha adil, maha mengetahui.

Perbanyakan la amal ibadah dan amalan yang mulia bukan sahaja di bulan ramadhan malah dibulan2 yang lain juga, kerana allah menyanyangi org yang mengikut segala perintah nya dan menghindar dari melakukan segala larangan nya.

sebelum terlewat saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam yang ada didunia ini.

Insyallah kita akan berjumpa kembali, akhirkata apa yang baik tu semuanya datang dari Allah swt dan apa yang kuarangnya datang dari diri sy sendiri, maafkan jika tersalah typing or sebagainya.

Tanda kematian bagi umat islam

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.
Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

• Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datingnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.

Sedihkan?

Assalamualaikum…
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “
” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”
“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”
“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”
“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia”
“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..
Sedih kan???
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
Wallahualam..

Apabila Syaitan Bermesyuarat!!!!

 

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) …

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.” “Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”

“Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Syaitan: “lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”

“Bagaimana caranya?” jerit para iblis.

“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,” jawabnya “pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”

“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.”

“Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”

“Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu.”

“Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka.”

“Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”

“Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.”

“Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”

“Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!”

“Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.”

“Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi.”

“Pasti berhasil! Pasti berhasil!” Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, “Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?”

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan’s Y-oke? – Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.
Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”
P/S : Sekadar renungan untuk semua..

A true story happened in the U.S.

A true story happened in the U.S. Moga kita boleh ambil iktibar………..

There’s one asian muslim lady, pakai tudung and with good akhlak. One nigth this lady was on her way home, walking all by herself. Since she finished job late, she decided to take the short cut to her house. She walked at an isolated lorong and the surroundings made her feel very uncomfortable. Tiba-tiba dia nampak ada one guy (white American male) standing againts the wall kat tepi lorong tu. Dia rasa takut & tak sedap hati…all that she can do was pray to Allah for her safety….dia baca ayat kursi dgn penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu.

Masa she passed by that guy, dia sempat tengok muka lelaki tu.Fortunately that guy buat tak endah jer and this lady selamat sampai ke rumah dia. The next morning, this lady terbaca dlm newspaper that an American lady had been raped by an unknown stranger dekat lorong yg dia jln semalam just 10 minutes after she passed that lorong.

She was very positive that the guy she saw last nigth was the rapist. So she went to lodge a police report & became a witness to the rape case.She identified the rapist and
after further investigation the police had proved that the guy was really the rapist.This muslim lady hairan juga why that man tak rape dia masa dia lalu kat lorong tu, but rape the next passer by at that lorong. She really wants to know..so she asked for permission to talk to the rapist before any punishment dijatuhkan….

She asked the rapist “Why dont U do anything to me on that nigth eventhough you know that I’m alone?”

The rapist jawab…”No, you are not alone.That nigth I saw two young man walking with U.One on ur right side & the other one was by your left side.If U were alone of course U will be my victim.”

That muslim lady was very supprised to hear the answer……dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu,may be juga berkat ayat Kursi yg dia baca mlm tu.

Kisah dan Teladan

5 perkara

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin…

Virus Atau Bala??

Ramai yang beranggapan H1N1 hanya sekadar virus yang mampu membunuh manusia dalam tempoh masa yang agak cepat. Bagi umat Islam, kita patut merenung kembali kenapa virus berbahaya ini menyerang manusia seluruh dalam jangka masa yang tak diduga.

Allah telah menurunkan bala kepada manusia sepertimana tsunami yang telah melanda negara Islam mahupun kafir. Apabila azabNya diturunkan, tiada siapa yang terlepas. Seorang ustaz telah memberitahu, azab bukan hanya ada didalam kubur atau di akhirat saja tetapi di dunia juga ada.

  • Di dunia pun kita sudah merungut kepanasan matahari, bagaimana pula dengan kepanasan api neraka?
  • Kita sering merungut jika ada makanan atau minuman yang tidak menepati citarasa dan kita ada banyak pilihan untuk membeli makanan tetapi adakah pada masa itu kita terfikir tentang hidangan di neraka yang lebih memeritkan dan tiada pilihan?
  • Seandainya kita mengalami demam atau sakit, adakah kita masih cergas melakukan amal ibadat seperti solat fardhu?Ingatlah di dalam neraka, tiada kerehatan bagi penghuninya

Banyak sebab musabab jika difikirkan secara logik berkaitan penularan virus H1N1 ini. Makanan kita banyak terdedah dengan penggunaan anggota haiwan yang di gelar babi seperti curcumin ( E 100), riboflavin ( vitamin B2), indigo carmine/Idigotine dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang bertajuk HALAL HARAM. Buku tersebut boleh didapati dimana-mana kedai buku. Ianya banyak membincangkan hal berkaitan makanan.

Itu baru berkenaan makanan. Bagaimana pula dengan pakaian, pinggan mangkuk, alat solek dan sebagainya? Ramai umat Islam yang ambil mudah berkaitan pemprosesan sesuatu barangan. Asal ada tanda halal, semua main rembat asalkan keperluan diri di isi.

Sesuatu yang terjadi mesti ada sebab. Penyakit takkan datang dengan sendiri sekiranya kita mencegah dari awal. Contoh paling senang:

  1. Merokok memang boleh mendatangkan pelbagai penyakit sehingga ada fatwa yang mengatakan merokok itu haram tetapi masih ramai orang Islam yang menghisapnya.
  2. Membiarkan air bertakung dalam tin atau sebagainya. Kita sedia maklum, nyamuk aedes suka membiak di air yang jernih tetapi kita tidak membuang air tersebut malah makin memberi galakan untuk nyamuk tersebut. Apa kesudahannya? Berlakulah penularan demam denggi, chikungunya, demam malaria dan lain-lain.
  3. Berpakaian seksi boleh mendatangkan pelbagai mudarat. Ada perbezaan maksud yang besar di antara menutup aurat, membungkus aurat (pakaian ketat tetapi menutupi seluruh badan) dan membuka aurat. Masalah aurat pun mendatangkan masalah besar seperti kes rogol, sumbang mahram, tiru gaya artis dan lain-lain.

Banyak lagi masalah berpunca dari manusia sedangkan segala peringatan telah termaktub didalam al-Quran malah hadis shahih pun banyak menerangkan dan menguatkan peringatan tersebut. Saya berharap agar kita sama-sama merenung kembali kesilapan dan kealpaan kita sebagai makhluk Allah dalam menunaikan segala perintah dan laranganNya.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang tidak betul. Ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini.

Cara Hidup Aku.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali kita dalam blog aku yang tidak seberapa ini.Entry aku kali ini, aku sendiri pun tak tahu nak cerita apa,lagi pun aku dalam kebusanan dan tak tahu nak buat apa, so aku luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu diblog aku, mungkin sesetengah orang tidak berapa faham dengan cara penyampaian blog aku ini.

Blog aku ini adalah universal,aku akan cerita apa sahaja yang terlintas dibenak pemikiran aku ini , dan sesetengah orang pelik dan hairan, ada yang tanya aku, kenapa blog aku ni xder langsung cerita tentang dunia pekerjaan aku, senang je aku jawab, dunia aku adalah berbeza, bukan aku x cerita, ada masa tu aku sendiri pun dah naik busan nak cerita sal kerja, jadi diatas permintaan sesetengah orang, maka aku bina la lagi satu blog yang mana di blog tu aku menceritakan tentang isu-isu perkomputeran sahaja, tp buat masa ini aku xde idea lg nk kongsikan, nama blog aku yang baru adalah Everything for me.

Tak semestinya seorang programmer tu kene cerita tentang aturcara sahaja, kadang2 tu aku sendiri pun dah naik jemu, ya la asyik2 coding, mata aku dah nak rabun da hari2 mengadap kod,bagi orng yang faham tu faham la, bg org yang x faham ni susah sikit,

Blog aku ini aku ingin buat kelainan sikit, baru la ok kan.huhu..pada yang ingin tahu tentang komputer or sebaliknya, anda boleh cari kat pak cik google, kat sana terlalu banyak, dan x silap aku dah banyak blog yang menceritakan isu-isu komputer dan sebagainya, kalau aku buat pun mungkin akan sama seperti yang lain…huhu.

Dalam hidup aku ini xde org pun yang faham cara aku, tapi aku xkisah kerana ini adalah kehidupan aku, yang mana ok tu ok la bagi aku, yang mana x ok maaf la ye.aku nk buat camana kan? setiap manusia ciptaan allah ni berbeza xde yang sama.kalau yang sama aku x tahu nak cakap la, nak kata rambut yang sama color x kot, sekarang ni dah macam2 color rambut manusia aku tengok, ada yang brown,ada yang perang dan ada yang warna warni.tu terpulang la pada individu masing2 kan, dah itu cara diaorang, kita x boleh nak halang.

Hidup aku ni senang je, aku akan buat apa yang aku suka, tapi bukan yang x elok la. aku sendiri pun tak tahu nak cerita camana, orang disekeliling aku kata, aku ni seorang yang pelik, pelik camana tu aku x tahu, tu atas pandangan masing2. Apa yang peting sekarang ni aku bahagia dengan cara hidup aku sekarang ni, aku x kisah orang nak kata apa kat aku, kata la, itu hak diorang, aku x kesah pun.

ok la, aku pun x tahu apa yang telah ku bebelkan,huhu…ikut sedap tulis jer ni, apa yang terlintas difikiran aku tulis aja, lau ada salah dan silap tu maaf la yer, maklum la aku ni juga insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

cuma aku nak ingatkan sikit kat sini, haruslah kita berbuat baik kepada setiap semua manusia,jangan la ada sifat hangsat dengki dan dendam dalam diri kita. Kebaikan tu haruslah dibalas dengan kebaikan, dan keburukan itu juga dibalas dengan kebaikan,.

Sekian dahulu dari aku…insyallah kita akan jumpa kembali di next entry..k…

Dikir Barat

 

kali ini pula aku ingin menceritakan asal usulnya dikir barat,yang mana adalah salah satu kebudayaan negeri kelantan yang femes.

102_5180 Gambar Hiasan.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ia wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar.

Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.

Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

 

ASAL USUL

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam.

Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat.

Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.


AHLI KUMPULAN

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

b) Juara @ Tok Jogho
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.


LAGU KARUT DIKIR BARAT

Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:

1. Karut Kelantan Cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani
4. Karut Wok Yoh
5. Karut Pendek
6. Karut Yengki Cepat
7. Karut Yengki Anjur
8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9. Karut Yengki Ding Ding
8. Karut Hala
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan

Ada tiga jenis irama Dikir :

1. Irama Asli
2. Irama Padang Pasir.
3. Irama Hindustan.


PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi.

Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan. Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.

Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.

Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.


PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.