Berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan

Dalam hidup kita ni x pernah lari dari masalah, setiap masa dan saat ada jer masalah yang timbul, tak kira la masalah besar ataupun kecil,

kadang2 kita rasa rimas ngn masalah kita hadapi, masalah ni terdapat banyak kategori seperti masalah takder duit, masalah kerja,masalah study dan macam2 masalah.

Kenapa kita diuji ngn masalah tersebut? kerana Allah swt tu maha besar, dia nak menguji kita samada kita dapat atasi tak setiap ujian yang dia berikan, Allah bukan saja2 nak munyusahkan umat nyer, tapi Allah mahu kita tahu bahawa bukan mudah tuk kita hidup ni….

Setiap masalah yang kita hadapi tu ada hikmah disebaliknye. kita harus la bijak cari jalan penyelesaian masalah tersebut, setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaian nyer, sama juga ngn penyakit mesti ada ubat nyer.

jangan la kita fikir masalah tu adalah satu bebanan bagi kita, sebenarnya tidak sama sekali, di anugerahkan akal supaya kita dapat berfikir, tu tujuan dia bagi akal fikiran kita supaya berfikir mencari jalan tuk keluar dari masalah,

Yang sebenarnya masalah ni bukannya orang yang miskin dan susah je yang dapat masalah, malah org yang berada lagi banyak masalah yang dihadapinye, senang kata kita yang hiduo di dunia ini adalah sama sahaja tiada yang beza antara yang miskin ataupun yang kaya, Allah tu maha adil.

Sebelum kita hendak melakukan sesuatu tindakan tu, harus la kita fikirkan, adakah betul atau tidak tindakan yang kita nak ambil, jangan terlalu mengikutkan hati sangat, pepatah ada mengata mengikut hati mati dan ikut rasa binasa,betul juga pepatah tu, kalau kita telalu mengikutkan hati kita, macam2 perkara yang buruk berlaku, Sebagai contoh, seorang gadis yang baru putus cinta, sedih,kecewa dan macam2 lagi, kerana terlalu mengikut hati yang kecewa tu, dia sanggup bunuh diri, kerana dia fikir tu jalan penyelesaian yang terbaik bagi dia, So kita yang waras ni jangan lah mudah tewas, kuatkan semangat dan yakin pada diri kita sendiri.jadi seorang yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan.

kalau kita ada masalah yang besar dan tak tahu nak selesaikan macamana, cari kawan yang boleh membantu kita atau pun sapa2 yang kita kenal yang mana boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.Masalah kita ni jangan terlalu pedamkan dalam hati sangat, sekali sekala luah kan, kalau x macamana orang nak tahu kita ada masalah atau tidak, apa guna kita berkawan kalau seorang kawan pun xdapat nak bantu kita, mustahila dalam ramai kawan2 kita x ada yang dapat dipercayai untuk kita kongsikan masalah kita ngn dia, tapi jangan berlebih-lebihan, sekadar sahaja dah cukup.nanti lain plak cerita nya.

Disini saya nak kongsikan sedikit tentang ujian yang allah berikan kepada anda semua, saya pun sama gak dengan anda semua, seorang insan yang biasa, tapi yang membezakan kita adalah ujian yang diberikan. Allah telah menguji saya dengan begitu besar sekali, sehinggakan saya sendiri x x tahu nak atasi macam mana, tapi saya cuba sedaya upaya tuk mengharunginyer dengan hati yang tabah dan tenang, dan yakin bahawa Allah sentiasa berada disisi kita.masalah yang saya hadapi terlalu banyak, saya ceritakan satu sahaja masalah saya disini,iaitu masalah kesihatan, saya dianugerahkan oleh allah 3 penyakit kronik, iaitu penyakit yang boleh membawa maut kepada saya, apa penyakit tu saya x perlu la cerita,hampir 8 tahun saya menderita dangan pemberian Nya, pada mula nya saya pun berputus asa gak nak hidup, tapi saya yakin dan kuatkan semangat bahawa saya juga mampu hidup seperti insan yang lain, saya hadapi dengan hati yang tabah, dan saya sentiasa tanamkan dalam diri saya bahawa allah tu sayang kan kita, kerana tu la kita dapat hadiah yang besar dari dia, saya bersyukur kepada allah diatas pemberiannya, kerana dari ni lah saya mula sedar betapa besarnya kuasa Dia,

Itu lah setiap masalah kita hadapi tu haruslah bersabar, jangan terlalu memikirkan perkara2 yang negetif, sentiasa lah berfikiran positif, Guna la sebaik yang mungkin akal yang telah dikurniakan kepada kita tu, jangan sia2kan pemberianya.sementara masih diberi peluang tuk gunakan kita gunakan, jangan menyesal di kedian hari apabila kurnianya ditarik balik.

Akhir kata, maaf jika entry saya x sesuai atau sebaliknye,saya hanya ingin kongsikan pendapat sahaja, ok la,kalau ada yang tersalah taip tu harap dimaafkan la yea, apa yang baik tu datang nye dari Allah swt dan apa yang kurang tu datang dari diri kita sendiri, banyak la berdoa kepada Allah supaya dapat membantu kita, dan jangan la masa kita susah sahaja baru kita nak minta pertolongan ngn Allah, masa senang pun berdoalah agar disenangkan hidup selama2nya.

 

No comments: