Bertemu kembali

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kegadrat illahi kerana memberi kesempatan untuk mengupdate blog saya tuk kali ini.

Saya Bersyukur kepada allah swt kerana telah memberi kekuatan kepada saya untuk teruskan perjuangan saya. Lumrah kehidupan ini kita tidak boleh nak lari, setiap insan yang diciptanya tidak akan terlepas dari ujiannye. Dia telah memberi pinjam dunia ini untuk sementara waktu sahaja, jadi guna la peluang yang telah diberikan olehnya,jangan kita sia-siakan hidup kita. Apabila semuanya ditarik balik, kita menyesal tidak ada gunanye.

Entry kali ini bukannyer saya nak jadi ustaz untuk berceramah, cuma ingin memberitahu tentang yang benar, siapa la saya ini, saya adalah insan yang kerdil dan hina, tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, setiap detik apa yang kita lakukan belum tentu diterima olehnya.

Kita sebagai khalifahnya hanya mampu berusaha sahaja, yang menentukan hanya Dia Yang Kuasa lagi maha mengetahui. Kita harus la bersabar mengharungi kehidupan kita sekarang, jangan terlalu cepat melatah dan berputus asa, setiap ujiannyer mesti ada hikmah di sebaliknya, Allah tidak akan beri ujian kepada kita kalau tiada sebab.

Jadi la seorang yang penyabar dan tabah dalam menghadapi rintangan dan masalah yang kita hadapi.Cub cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, macaman tu terpulang pada diri kita masing –masing menyelesaikannya.

Saya pun xnak cakap banyak, cukup setakat ini sahaja, ingat la kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja, jangan terlalu taksub dengan keindahan dunia, sebaliknya kita fikirkan macamana kehidupan kita di akhirat nanti.

Saya minta maaf jika ada salah dan silap, maklum la  saya pun manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan, akhir sekali saya doakan anda semua  sihat walfiat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan kepada saya, jasa anda semua saya x dapat nk balas, cuma allah swt sahaja yang dapat balas.

Sekian, Jumpa lg…

No comments: