Wanita Islam Jadi Entiti Tak Bersura...

artikel ni aku dapat dari keratan akhbar hari...aku tertarik ngn artikel ini...
nth la apa dah nak jadi??? aku x nk komen lebih...anda semua boleh nilai sendiri...setiap individu ada pendapat masing2....

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, baiah jatuh talak tiga pemimpin Pas adalah amalan yang memperlekehkan wanita Islam supaya menjadi entiti tidak bersuara serta memecahbelahkan keluarga demi politik.

Bekas Perdana Menteri berkata, politik tidak seharusnya dikaitkan dalam perkahwinan kerana ia akan memberikan kesan negatif.

"Ia memperlekehkan wanita Islam, menjadikan wanita sebagai entiti yang tak ada suara, tak ada personaliti... siapa saja boleh buat keputusan sehingga sanggup memecahbelahkan keluarga.


"Apa akan berlaku apabila dia ada keluarga, mempunyai tiga hingga empat anak dan tiba-tiba kerana kecewa dengan Pas serta mahu masuk parti lain... dia kena bercerai.

"Ini kita kena fikir. Apabila campur aduk politik parti dengan agama inilah yang berlaku. Dari dulu kita sudah kata jangan campur agama dengan politik sebab politik kadang-kadang kotor, manakala agama itu bersih," katanya selepas merasmikan Ceramah Bersiri Mengenai Jantina bertajuk Peranan Wanita Dalam Pembinaan Negara anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, baiah itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia pengakuan yang tidak sesuai dengan keselesaan hidup orang Islam.

"Waktu kahwin kita buat ikrar, tetapi ini bertentangan dengan ikrar kita," katanya.

Mengenai kemelut MCA dan Pas ketika ini, Dr Mahathir berkata kebanyakan ahli politik lebih mengutamakan diri, bukannya parti, bangsa dan negara.

"Baik dalam MCA dan Umno, keutamaan ialah apa yang saya dapat untuk saya, bukan apa yang saya boleh sumbangkan kepada kebaikan negara atau bangsa.

"Jadi, kalau ada sikap macam itu (maka) tetap berpecah, masing-masing bawa penyokong sendiri sebab dia nak jadi ketua," katanya.


*politik semata2...

No comments: