Gua Ikan,Kelantan



Ini adalah salah sebuah tempat tarikan di kelantan,Nama tempat ni dipanggil Gua Ikan, Sebab tempat ni femes ngn banyak ikan yang ada lam gua tersebut,Tempat ni juga berhampiran dengan Gunung Stong,kami datang kesini pun dah lewat petang ,Masa on the way balik dari gunung stong kami singgah kesini sekejap.

Memang menarik gak la dngn keunikan gua tersebut.Kami disini xlama hanya sekejap jer,sebab hari dah semakin gelap, lagipun perjalanan kami masih jauh lg.Agak dalam 3 jam nak sampai ke rumah kitaorang.

Dalam gua tersebut ada satu kolam yang banyak ngn ikan,ramai gak yang datang kesini tuk memancing,tapi kami xsempat nak masuk ke dalam gua tambahan plak kami x bawa touchlight,so macam mana kami nak masuk,lam gua gelap silap haribulan x jumpa pintu keluar.

Kami sempat snap gambar kat kawasan luar gua sahaja.Kami memang teringin nak masuk dalam gua tersebut,tp tunggu lau ada masa baru kami datang balik ke sini,diorang kata dalam gua tersebut menarik gak,tapi xley nk cerita la,sebab kami x masuk ke dalam lagi.So apa-apa pun kami memang happy datang kesini.












Percutian Ke Gunung Stong Kelantan

 

Percutian aku ke kelantan pada tempoh hari, memberi aku  peluang tuk pergi mandi ke Gunung Stong,Opss jangan ingat umah aku xder air lak. Saja2 jer datang kesini kebetulan masa aku balik kelantan Asrul member aku kat kuantan Join sekali.

Yer la da lama aku teringin nk ke Gunung Stong, Da ada peluant nak kesana aku go on aje, xsilap hari sabtu kitaorng pergi ke sana,perjalan kesana mengambil masa selama 3 jam dari rumah aku.

Seramai 9 org join aku ngan asrul pergi kesini, iaitu Nik,Wadiey,Nuar,Amir,Dan 3 org  kawan amir. Memang menarik suasana di sini,sejuk dan nyaman. Aktiviti yang kami lakukan di sini selain mandi adalah BBQ. Selama 5 jam kami habis kan masa disini…Banyak kenangan indah bercuti bersama mereka..

AKu nak beterima kasih kepada semua yang terlibat, kerana sanggup plan ke Gunung Stong, dan memberi peluang kepada aku ngn asrul follow sekali…

Thanks to Hanif n Amir coz sediakan makanan pada hari tu, Dan disini aku ingin minta maaf,kerana aku xley nk join korang bermalam disana. Insyallah jika ada masa dan rezeki kita akan pergi lagi kesana.

Dan dibawah ni koleksi2 gambar kami di Gunung Stong yang sempat kami ambil.




Time ni kitaorang bersiap nk balik...tp sempat lagi bergambar kat pintu masuk Gunung Stong,saje2 ambil buat kenangan...ntah bila plak ley datang dan jumpa ngn diorang.

Hahaha ni la muka aku paling kelakar…huhu…masing2 baru lps mandi,tu rambut masing2 da jd cam sabut kelapa hahahaha…



Gambar yang kat atas ni,gambar kat tepi jalan nk ke Gunung Stong,Nth la panas2 pun still nak bergambar gak.walhal mata masing2 xdapat nak buka kerana tahan panas..




ntah bila masa plak diorang berempat ni bergambar kat atas jambatan tu. Tut-tut balik umh tgk balik ada gambar mereka ni…..time ni maybe aku da ada kat dalam air da kot.




Ini aku ngn group perak,secara kebetulan je aku jumpa ngn diorang...coz diorang mandi tempat sama ngn kitaorng mandi...thanks to all...
Insyallah ada rezeki kita akan jumpa lagi.



Kenangan tetap akan jadi kenangan. saat dan waktu ini ntah bila plak akan berulang kembali. Senyuman itu akan terpahat dihati.



Memikirkan masa hadapan, kemanakah arah tuju ku seterusnya..aku buntu…huhu mengenang nasib diri dan memikirkan masalah.




Orang akan tertanya apakah motif gambar diatas. apakah yang dilakukan oleh 2 org dalam gambar tersebut?Motif dia adalah menandanyer kecerian dan kegembiraan dalam hati yang terpedam selama ini. Ini la mengambarkan bahawa alangkah indah hidup ni tidak dibelenggu oleh masalah.

The truthly i’m don’t know what i want to  said, but i’m still trying to said anything to u all. hope u’ll be understand k..


**************************************************************************************************

Gunung Stong ini adalah gunung yang tertinggi di Asia. Jadi tidak mustahil la kalau tempat ini dikategorikan tempat yang berbahaya, bahaya yang saya maksudkan adalah bahaya berpunca dari air.

Disini akan berlaku tragedi buruk sekiranya berlaku hujan, itu nasib la kalau ada yang tahu tentang tempat ni mungkin mereka akan selamat, tapi bagaimana pula dengan pelancong lain yang baru datang ke sini , dan x tahu apa2.

Di sini juga pernah banyak meragut nyawa manusia. So saya xnk cerita panjang, anda semua boleh lihat la gambar2 kat bawah ni.dan bezakan la.
*************************************************************************************************

Sebelum Hujan


Selepas hujan

Kejadian ini boleh berlaku sekelip mata sahaja..kalau kita leka dengan air,kalau kita tidak peka dgn keadaan sekeliling maknanyer kita lena la dalam air tu….Kejadian ni berlaku didepan mata kami…






Perbezaan yang ketara gambar atas dan bawah..Dan dekat batu tu la tempat kitaorang buat BBQ, tapi nk wat camana da xder rezeki..



Dalam kekalutan nak selamatkan diri masing2 ada seorang yang tersangkut x sempat nak selamatkan dirinnye. Dia adalah mangsa kejadian.Dia hanya bergantung pada batu tu sahaja,andaikata tangan dia terlepas dari berpegang pada batu tu,alamat jawabnyer tiada la….tp alhamdulillah  beliau dapat diselamatkan, gambar dibawah ni yang sempat kami ambil...



masa ni, tgh usaha tarik beliau naik…


Alhamdulillah sekali lagi kerana mangsa dapat diselamatkan. hampir 20 minit usaha tuk menyelamatkan beliau akhirnyer berjaya. Beliau merupakan pelancong dari pakistan yang datang bercuti ke sini.

Syukur kepada allah maha besar, kerana tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku kepada kami semua.

Disini bukan niat saya ingin menakut2kan anda yang  mana x pernah datang ataupun yang planning nak datang kesini, saya cuma nak kongsikan pengelaman sahaja, x salah kalau anda nk datang kesini, cuma anda semua perlu pastikan keselamatan diri anda masing2, itu  je.

Moralnye : Kami x baca amaran yang tertulis dipapan tanda dan dibelakang tiket. tu yang kami x tahu menahu tentang ni semua…

Gunung Stong iNi tempat yang menarik dan indah, nyaman dan boleh hilangkan tension or penat kita.Cukup la satu hari ,itu pun da memadai.