TUTORIAL FOR PROGRAMMER OR STUDENT

 

DISINI AKU SEDIAKAN LINK TUTORIAL SEMUA TENTANG PROGRAMMING LANGGUAGE.

UNTUK KLIK LINK TERSEBUT SILA TEKAN RIGHT CLICK MOUSE AND CLICK TO OPEN NEW TAB.

1.TUTORIAL VB.NET [CLICK HERE]

2.TUTORIAL VB6 [CLICK HERE]

3.TUTORIAL JAVA[CLICK HERE] OR [CLICK HERE]

4.TUTORIAL PHP [CLICK HERE]

5.TUTORIAL CSS [CLICK HERE]

LINK-LINK YANG AKU SEDIA DISINI ADALAH SUDAH MERANGKUMI SEMUA PROGRAMMING LANGGUAGE SEPERTI :

VB6,VB.NET,PHP,JAVA,JAVA SCRIPT,HTML,CSS,PHP,AJAX,ASP DAN DLL.

Lega Rasa Nya…

salam kembali….

selama 3 bulan da berlalu alhamdulillah sistem yang aku bangunkan dah menampakan hasil nya.

Siang malam aku bersekang mata mengadap laptop, sehinggakan jadual aku berterabur x tersusun, nth bila masa aku tido, nth bila masa aku makan…macam2 dugaan yang aku hadapi.

walaupun masih banyak lagi yang perlu ditambah dalam sistem aku ini, tp syukurla separuh darinye da dapat dibuat.

Otak ni da cam x betul da..hahaha…hari2 dok tgk coding huhu….kan best kalau aku jadi end user jer…senang sikit…huhu…

Tapi ini dah kira ok la…da la ni first projek aku..aku kadang takut gak..mana la tau kot last minute x jadi….tapi aku yakin pada kebolehan aku sendiri, aku akan lakukan setakat yang mana mampu..

Terima kasih kepada semua yang membantu aku dalam pembangunan sistem ini…insyallah selepas raya ini sistem ini dapat digunakan.

Terima Kasih….

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry aku kali ni adalah koleksi gambar lagi..huuhu..biasa la kalau xder gambar x best gak..asyid dok membaca jer busan gak.

Ok la gambar2 kat bawah ni adalah kawan2 aku semasa aku kat SMKSI dulu..sebenarnya ramai lagi  kawan2 aku tapi gambar diorang tak ada, ni jer yang dapat aku paparkan. Gambar2 ni pun aku dapat dari page member aku…huhu…keje aku ciplak gambar orang jer…

1_362026904l

Gambar kat atas ni x silap aku masa member aku kawin itu hari, sayang nyer aku xder kat situ, so k, aku x kisah pun…huhu….bila aku tengok balik gambar ni teringat lak aku kat diorang ni semua…huhu…

1_678560676l Gambar ni plak aku x tau lokasinyer kat mana tapi, lau x silap aku gambar ni masa diorang tengok bola kot, tengok tu aksi uday tepuk dahi, maybe kumpulan yang dia sokong x dapat nak jaringkan gol, yang lokman plak happy sakan, siap angkat tangan lagi menandakan pasukan yang dia sokong jaringkan gol, aksi Dija plak maintain jer…fadhil dan farkhan plak aku x tahu apa reaksi mereka, dan gadis 2 orng ni plak x tahu la sokong pasukan mana huhu, aku x tahu la sapa lawan sapa ni, coz aku tiada di lokasi tersebut…cuma aku harap korang semua happy always…(jangan marah yer aku kutuk2 gambar korang, just kidding)1_930909826l Yang ni plak aku x tahu nk comment apa, tgk sendiri la aksi2 diorang…bergaya sakang….huhu….

1_714091217l Syoknyer tengok diorang mandi, teringin lak aku nk p mandi laut, da lama da x mandi laut huhu…harap jer umah kat ngn pantai,huhu nak wat macamana tiada kesempatan…happynyer aku tengok diorang….xpa diorang happy aku pun tumpang happy juga..huhu..

1_665799064l

Selamat pengatin baru kepada member aku sorang ni, semoga berkekalan hingga ke anak cucu, congratulation dari aku….huhu…

1_457879367l 

Semakin ayu si gadis ini…hahaha…lama da aku x jumpa korang…aku rindu kat member aku….

1_635468206l 

wah bestnyer tengok diorang makan, terasa lapar lak perut aku ni tengok makanan ni.huhu….aikm che control ayu nampak???? apa yang uday tunjuk tu aku x pasti..x nampak…

1_389412614l

Maybe time ni diorang bakar ayam kot….tgk pada tangan fadhil tu macam gaya mengibas asap…whatever la…tp yang penting sempat lagi bergambar….

Huhu…da cukup setakat ni, sebelum tu aku nk mintak maaf kalau terkasar bahasa or tersalah taip…huhu…

Walauapapun korang tetap kawan aku….insyallah jika umur ku panjang dan ada rezeki kita akan bertemu kembali…aku doakan korang sihat selalu dan ceria2 la selalu….yang pastinyer aku merindui korang semua….

Ikhlas dari ku…

Yasmin Ahmad Akan Dikenang Dengan Karya Berkualiti

 

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia Sabtu malam, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.
Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.
Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.
Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.
Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.
Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.
Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.
Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.
Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.
Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006.
Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.
Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.
Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.
Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.
-- BERNAMA

Berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan

Dalam hidup kita ni x pernah lari dari masalah, setiap masa dan saat ada jer masalah yang timbul, tak kira la masalah besar ataupun kecil,

kadang2 kita rasa rimas ngn masalah kita hadapi, masalah ni terdapat banyak kategori seperti masalah takder duit, masalah kerja,masalah study dan macam2 masalah.

Kenapa kita diuji ngn masalah tersebut? kerana Allah swt tu maha besar, dia nak menguji kita samada kita dapat atasi tak setiap ujian yang dia berikan, Allah bukan saja2 nak munyusahkan umat nyer, tapi Allah mahu kita tahu bahawa bukan mudah tuk kita hidup ni….

Setiap masalah yang kita hadapi tu ada hikmah disebaliknye. kita harus la bijak cari jalan penyelesaian masalah tersebut, setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaian nyer, sama juga ngn penyakit mesti ada ubat nyer.

jangan la kita fikir masalah tu adalah satu bebanan bagi kita, sebenarnya tidak sama sekali, di anugerahkan akal supaya kita dapat berfikir, tu tujuan dia bagi akal fikiran kita supaya berfikir mencari jalan tuk keluar dari masalah,

Yang sebenarnya masalah ni bukannya orang yang miskin dan susah je yang dapat masalah, malah org yang berada lagi banyak masalah yang dihadapinye, senang kata kita yang hiduo di dunia ini adalah sama sahaja tiada yang beza antara yang miskin ataupun yang kaya, Allah tu maha adil.

Sebelum kita hendak melakukan sesuatu tindakan tu, harus la kita fikirkan, adakah betul atau tidak tindakan yang kita nak ambil, jangan terlalu mengikutkan hati sangat, pepatah ada mengata mengikut hati mati dan ikut rasa binasa,betul juga pepatah tu, kalau kita telalu mengikutkan hati kita, macam2 perkara yang buruk berlaku, Sebagai contoh, seorang gadis yang baru putus cinta, sedih,kecewa dan macam2 lagi, kerana terlalu mengikut hati yang kecewa tu, dia sanggup bunuh diri, kerana dia fikir tu jalan penyelesaian yang terbaik bagi dia, So kita yang waras ni jangan lah mudah tewas, kuatkan semangat dan yakin pada diri kita sendiri.jadi seorang yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan.

kalau kita ada masalah yang besar dan tak tahu nak selesaikan macamana, cari kawan yang boleh membantu kita atau pun sapa2 yang kita kenal yang mana boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.Masalah kita ni jangan terlalu pedamkan dalam hati sangat, sekali sekala luah kan, kalau x macamana orang nak tahu kita ada masalah atau tidak, apa guna kita berkawan kalau seorang kawan pun xdapat nak bantu kita, mustahila dalam ramai kawan2 kita x ada yang dapat dipercayai untuk kita kongsikan masalah kita ngn dia, tapi jangan berlebih-lebihan, sekadar sahaja dah cukup.nanti lain plak cerita nya.

Disini saya nak kongsikan sedikit tentang ujian yang allah berikan kepada anda semua, saya pun sama gak dengan anda semua, seorang insan yang biasa, tapi yang membezakan kita adalah ujian yang diberikan. Allah telah menguji saya dengan begitu besar sekali, sehinggakan saya sendiri x x tahu nak atasi macam mana, tapi saya cuba sedaya upaya tuk mengharunginyer dengan hati yang tabah dan tenang, dan yakin bahawa Allah sentiasa berada disisi kita.masalah yang saya hadapi terlalu banyak, saya ceritakan satu sahaja masalah saya disini,iaitu masalah kesihatan, saya dianugerahkan oleh allah 3 penyakit kronik, iaitu penyakit yang boleh membawa maut kepada saya, apa penyakit tu saya x perlu la cerita,hampir 8 tahun saya menderita dangan pemberian Nya, pada mula nya saya pun berputus asa gak nak hidup, tapi saya yakin dan kuatkan semangat bahawa saya juga mampu hidup seperti insan yang lain, saya hadapi dengan hati yang tabah, dan saya sentiasa tanamkan dalam diri saya bahawa allah tu sayang kan kita, kerana tu la kita dapat hadiah yang besar dari dia, saya bersyukur kepada allah diatas pemberiannya, kerana dari ni lah saya mula sedar betapa besarnya kuasa Dia,

Itu lah setiap masalah kita hadapi tu haruslah bersabar, jangan terlalu memikirkan perkara2 yang negetif, sentiasa lah berfikiran positif, Guna la sebaik yang mungkin akal yang telah dikurniakan kepada kita tu, jangan sia2kan pemberianya.sementara masih diberi peluang tuk gunakan kita gunakan, jangan menyesal di kedian hari apabila kurnianya ditarik balik.

Akhir kata, maaf jika entry saya x sesuai atau sebaliknye,saya hanya ingin kongsikan pendapat sahaja, ok la,kalau ada yang tersalah taip tu harap dimaafkan la yea, apa yang baik tu datang nye dari Allah swt dan apa yang kurang tu datang dari diri kita sendiri, banyak la berdoa kepada Allah supaya dapat membantu kita, dan jangan la masa kita susah sahaja baru kita nak minta pertolongan ngn Allah, masa senang pun berdoalah agar disenangkan hidup selama2nya.

 

Tahukah Erti Cinta Yang Sebenar???

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Apa Itu Cinta

 

images

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Papa…, Bacakan cerita ini!

 

MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada
mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi.
"Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk.
"Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca..."
"Mama basuh pinggan. Aiaaaa... bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah.
"BUDAK INIIII...!!! Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah. Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menik-mati sarapan bersama,. saya perhatikan buku itu masih dipegang-nya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" riba-tiba Sarena bertanya.
"Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar.
Konsentrasi saya cuma terganggu sekctika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!
Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memccut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina...! Inaaaa...!! Inaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.
"Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cuma.. Darah kembali memenuhi wajahnya.
Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.
Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.
Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya ter-hadap Sarena sejak seminggu lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.
Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papaaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlalu
Hingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?
Saya tidak dapat menjawab, selain air mata yang tumpah.
- BAPA KECEWA.

MuTiaRa KaTa.

 

*    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

*    Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
     musuhnya sendiri.

*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
     hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
     lawan & yang mana satu kawan.

*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
     menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
     yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
     dikesani oleh orang lain.

*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
     mengejar nama.

*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
     sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
     terhadap kesilapan mereka.

*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
     kapal yang besar.

*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
     beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
     seumur hidupnya.

*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

*    Imaginasi menguasai dunia.

*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
     peluang untuk menjadi pandai.

*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
     menjadi pembaca terlebih dahulu.

*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
     suara yang paling merdu di dunia.

*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
     orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
     kemiskinan mereka.

*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
     yang anda suka.

*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
     daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
     ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
     dan lupakan masa silam.

*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
     sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
     matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
     yang anda dapat.

*    Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

*    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
     dimiliki

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
     masih mempunyai masa depan.

*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
     mengenal kemanisan.

*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
     membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
     kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
     ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
     dengan minatnya.

*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
     kemenangan terhadap orang lain.

*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
     tetapi tidak melakukannya.

*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
     daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
     boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
     memikirkan masa depan anda.

*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
     bagaimana keadaan kita semasa hidup.

*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
     perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
     alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
     hinaan kepada Allah.

*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
     bahawa masa depan masih ada.

*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
     pada diri manusia

*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
     belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

*    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
     yang gagal terus gagal

*    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
     dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
     apa yang berlaku

*    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
     yang berlidah manusia

*    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
     kita rasai nikmatnya.

*    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
     kegagalan

*    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
     jatuh ke bumi

*    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
     membuktikannya melalui perlaksanaan.

*    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
     sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

*    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
     dirinya ditipu.

*    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

*    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

*    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

*    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
     kemusnahan dan kematian

*    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
     & kejayaan

*    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

*    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
     kecacatan atau kekurangan

*    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
     terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

*    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
     anda yang sebenar

*    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
     di dalamnya kita terbakar

*    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
     akan menamatkan manusia

*    Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

*    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

*    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

*    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
     daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

*    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
     ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
     kita usahakan

*    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
     yang datang.

*    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
     beroleh apa yang kita hajati.

*    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

*    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
     kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Koleksi Gambar at Samporna Sabah

 

Entry kali ni aku nk penuhkan gambar, busan gak asyik baca2, sekali sekala nk gak tgk gambar pemandangan yang indah.huhu…

So entry aku ni x banyak la membebel……

Gambar-Gambar kat bawah ni semuanya gambar kat area samporna, dimana tempat akak dan abg ipar aku keje. Dan sume gambar ni sumenye disnap oleh abg ipar aku. So selamat melihat jer, If u all have a time pergi la bercuti kesana..

DSC_0001 all

all2

DSC_0041

DSC_0283

DSC_0285

DSC_0066

If u all nak tau ni la akak n abg ipar aku…(gambar atas)

DSC_2765

 

Matakin

TAPAK LEMAN

PeSaN Ayah tEnTaNg SaHaBaT

Anakku,
Di awal perjalanan waktumu, di ujung lintasan hayatku, ingin kusampaikan kepadamu beberapa patah kata yang kuharapkan dapat menjadi azimat yang memberikan warna indah bagi hidupmu yang penuh keceriaan.

Senang hatiku karena engkau selalu memperhatikan kata-kataku. Hal itu membuatku semakin bergairah untuk bercerita kepadamu tentang mutiara-mutiara kehidupan yang berhasil kukumpulkan disepanjang perjalananku. Kali ini izinkanlah aku bertutur tentang arti sahabat dan persahabatan.

Anakku,
Tidak ada seekor burungpun yang dapat terbang jauh apabila ia terbang sendirian. Begitu juga tak seorangpun dapat mencapai tujuan-tujuan besar dalam hidupnya apabila ia mencoba mencapainya seorang diri, atau apabila ia tidak mempunyai sahabat-sahabat disekelilingnya. Seorang sahabat adalah seseorang yang dengannya engkau berani menjadi dirimu sendiri, yang dengannya engkau berani berkata : “Inilah Aku!”
Sungguh seorang sahabat adalah bagian penting dari hidupmu. Orang bijak mengatakan bahwa seorang sahabat adalah dorongan ketika engkau berhenti, sepatah kata ketika engkau kesepian, petunjuk jalan ketika engkau tersesat, senyuman sabar ketika engkau berduka, juga lagu gembira ketika engkau merasa bahagia. Bahkan seorang sahabat adalah seseorang yang menghentikanmu ketika engkau meluncur jatuh. Seorang sahabat adalah orang yang siap mendengar ketika engkau ingin mengatakan sesuatu, seorang yang peduli dengan masalahmu, dan juga tempat engkau berbagi rasa!
Tentu senang hatiku jika engkau mempunyai banyak sahabat, Anakku. Tapi yang paling kusukai dari dirimu adalah bahwa engkau senantiasa berusaha menjadikan dirimu sahabat bagi orang lain. Tahukah engkau anakku, begitu terharunya aku ketika masa kecilmu banyak kau isi dengan menjadikan dirimu sahabat bagi anak-anak disebelah rumah kita, serta sahabat bagi binatang-binatang peliharaan kita? Waktu itu aku merasa bahagia sekali karena engkau dapatkan dan kau nikmati kedamaian dan kebahagiaan bersama sahabat-sahabatmu!

Meskipun begitu, sahabatmu yang terpenting adalah dia yang menghendaki Kebaikan dan Kebahagiaan bagimu, dimana Kebaikan adalah Kebenaran yang kita fahami dengan sejelas-jelasnya, dan Kebahagiaan Sejati adalah rasa senang yang dibangkitkan oleh hasrat yang tinggi pada Kebenaran. Dialah yang menghendaki Keselamatan bagimu di dunia dan di akhirat kelak, Anakku. Maka jadikanlah dirimu sahabat terpenting, kalau mungkin bagi setiap orang!
Telah kulihat kebijakanmu sejak masa kecilmu Nak. Tentu tak sulit bagimu untuk memahami kata-kataku. Dan mengenai arti Persahabatan, Anakku, aku hanya ingin mengatakan bahwa Persahabatan adalah intan-berlian yang tak ternilai harganya. Tak dapat dijual, tak dapat dibeli, dan juga tak mungkin dipinjamkan, karena didalamnya terkandung kehendak untuk saling menghormati, saling mencintai, dan saling memberi!
Sekarang marilah kujelaskan hal yang lebih mendalam. Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah SWT berfirman bahwa Dia adalah Sahabat bagi manusia yang berdzikir kepada-Nya. Berdzikir kepada Allah SWT adalah senantiasa mengingat kepada-Nya dimanapun engkau berada, senantiasa kau basahi lidahmu dengan mengucapkan Nama-Nama-Nya yang Agung, melaksanakan semua kewajiban dan perbuatan baikmu karena Allah semata, kau hindari perbuatan yang dilarang-Nya karena Allah, dan kau sadari benar bahwa Dia selalu mengawasimu.
Jika kau lakukan semua ini, maka suatu saat akan kau rasakan di dalam hatimu, cinta yang semakin besar kepada-Nya, dan rasa cinta ini akan berwujud Kehendak yang kuat untuk mendapatkan ikatan yang kekal dengan Dia yang Maha Hidup. Maka bila kau menjadi sedemikian bersungguh-sungguh dengan tekadmu, akan kau rasakan kelak bahwa Dia membalas cintamu. Akan diperlihatkan kepadamu keajaiban-keajaiban dari cinta-Nya. Pada saat itu, pada saat cintamu mendapat respon yang baik dari-Nya, maka engkau akan berkembang sedemikian rupa sehingga sampailah engkau pada suatu keadaan dimana engkau bukan saja melakukan suatu pekerjaan “karena Allah” (li-Llah) tapi juga “dengan Allah” (bi-Llah)! Hanya engkau sendirilah yang akan memahami keadaan itu, tak ada yang perlu engkau kuatirkan dan tak perlu lagi kau bersedih hati jika Allah SWT telah mengangkatmu ke derajat itu.
Capailah keadaan itu, Nak! Itulah yang tertinggi yang dapat dicapai oleh hamba-hamba-Nya. Itulah Kebahagiaan Sejati! Dan tak akan pernah kau capai keadaan itu kecuali Allah SWT menghendakinya. Maka berdo’alah selalu, Anakku, berdo’alah selalu, kemudian perkuatlah kesabaranmu. Sesungguhnya akan kau sadari kelak bahwa kita semua sangat bergantung kepada Allah SWT.
Masih segar dalam ingatanku, tangisanmu yang nyaring ketika engkau hadir di dunia ini. Masih segar dalam pandanganku bagaimana kau repotkan ibumu dengan rasa hausmu akan kasih sayangnya. Aduhai Anakku, tahukah engkau betapa besar cinta kami kepadamu? Sengaja kami pilihkan sebuah nama yang indah bagimu, Nak. Semoga indah pula masa depanmu!!
Berbahagialah dengan apa yang ada pada dirimu, Nak! Apa yang dianugerahi Allah SWT kepadamu adalah apa yang terbaik bagimu! Bersyukurlah dengan semua nikmat yang telah Ia berikan kepadamu, dan bersabarlah dengan ujian yang datang dari-Nya. Sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki keburukan bagi kita. Sesungguhnya Ia Maha Bijaksana. Jadikanlah dirimu manusia yang berguna, agar tidak sia-sia Allah menciptakanmu.

Bersungguh-sungguhlah dalam menempuh perjalanan hidupmu, karena dengan penuh kesungguhan pula Ia telah menciptakanmu. Milikilah sebuah cita-cita yang luhur dan mulia karena ia merupakan penggerak jiwa yang luar biasa, tonikum yang menyegarkan seluruh sel-sel tubuhmu, serta pembakar semangat yang tak habis-habisnya! Dan, dengan senantiasa memohon pertolongan-Nya, raihlah tujuan hidupmu dengan cara terhormat!
Sesungguhnya manusia yang tidak mempunyai tujuan dalam hidupnya adalah manusia yang juga tidak mempunyai masa depan, dan manusia yang menghalalkan segala cara untuk meraih harapan-harapannya adalah manusia yang menabung derita.
Ingatlah selalu bahwa Allah SWT adalah Yang Terbaik untuk dicintai (The Best to Love). Bila kau dapatkan cinta-Nya maka telah kau miliki segala-galanya, karena Dia-lah Yang Maha Kaya. Sebaliknya mereka yang kehilangan cinta-Nya adalah orang-orang yang telah kehilangan segala-galanya.
Berjuanglah dengan sepenuh hati. Jangan biarkan keragu-raguan menggerogoti akal dan jiwamu. Akhirnya, jadikanlah saat pertemuanmu dengan-Nya kelak, dengan Sahabat Yang Maha Tinggi, adalah saat terindah dalam hidupmu!!
Baiklah anakku, kucukupkan suratku sampai di sini, dengan harapan semoga engkau semakin arif, semakin bijaksana, dan semoga Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mencintaimu selalu….!
Yang selalu berdo’a untukmu,
Ayahmu.

Kehidupan haruslah diteruskan.....



sahabat ... matahari memancar kamar diterangi diriku kaku menatap pena kertas terbentang mengharapkan sedikit coretan namun buntu fikiran tidak mampu mencurahkan

sahabat ...
dirimu amat ku hormati, kusayangi, kusanjungi

kasihku padamu ikhlas kerana Ilahi

jatuh tertuduk dirimu ingin ku bantu berdiri semula

namun kenyataan hanya doa yang dikirimkan


sahabat ...
dunia mengasyikkan, mengaburi mata

sayu hati mengigatkan diri itulah hadya

agar rahmat Ar-Rahman tetap mengunjungi qalbu

khuatir ia adalah berterusan di basahi

oleh peringatan Allah andainya kerap terabai



sahabat ...
jika benar katamu diri telah lemas

maka carilah pelampung makrifat

agar timbul keinsafan yang abadi

insaf akan kelemahan diri

tanpa kurnia yang hakiki




sahabat ...
biar dirimu dihina, dicaci, dibenci

namun kasih yang tersemai tetap abadi

apa jua ketentuan Ilahi maka rendah diri

berkekalan permintaan ku agar dirimu sentiasa dihampiri



sahabat ...
bangunlah, lontarkan dirimu dalam Redha Kasihnya

letakkan gunung keinsafan

lahirkan zuriat keimanan

alirkan lautan kasih

biar badai menghalang, ombak menjulang

kapal keimanan gagah menetang



Solat Jumaat atas jalan

KUALA KRAI - Gara-gara ‘berebut’ projek pemasangan permaidani, Masjid An-Nur di Guchil 3, dekat sini, yang bernilai RM2.1 juta masih tidak dapat digunakan biar pun masjid baru itu sudah siap sejak pertengahan Mei lalu.

Akibatnya, harapan penduduk Guchil untuk menggunakan masjid yang dirasmikan upacara pecah tanahnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal Januari tahun lalu itu sehingga kini masih tidak kesampaian.

Masalah itu juga menyebabkan penduduk terpaksa menunaikan solat Jumaat di merata-rata masjid sekitar, bahkan ada yang menunaikan solat atas jalan di sebuah masjid 'alternatif' berikutan tiada permaidani di Masjid An-Nur.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Fauzi berkata, walaupun pembinaan masjid baru itu sudah siap pada 13 Mei lalu seperti jadual asal, penduduk masih tidak dapat menggunakannya kerana masalah permaidani.

Dia mendakwa, masalah timbul apabila tiga kontraktor asal yang terlibat dengan projek pembinaan masjid itu ‘dihalang’ pihak tertentu daripada memasuki tender bagi memasang permaidani berkenaan.

Dakwanya, ‘perbalahan’ dipercayai berpunca daripada sikap satu pihak lagi selain tiga kontraktor asal yang turut berminat untuk mendapatkan projek pemasangan permaidani di masjid berkenaan.

"Masjid sudah lama siap tapi tak dapat guna sebab tak ada permaidani sehingga kami penduduk Guchil terpaksa bertaburan mencari masjid pada setiap hari Jumaat untuk sembahyang.

"Penduduk Guchil bukan sikit, mana mampu masjid-masjid lain nak tampung mereka sedangkan jemaah asal masjid itu pun sudah ramai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Justeru, Fauzi meminta pihak berkenaan supaya mencari jalan bagi menyelesaikan segera masalah permaidani itu dengan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga menyusahkan penduduk.

Masjid An-Nur baru bagi menggantikan masjid lama yang berusia lebih 40 tahun itu terdiri daripada dua tingkat dan merupakan masjid termoden di daerah ini.

Upacara pecah tanah projek masjid baru itu disempurnakan Najib yang pada waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri pada 4 Januari tahun lalu.

Langkah Najib meluluskan peruntukan sebanyak RM2.1 juta untuk masjid baru itu secara tidak langsung mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang meluluskan RM35,000 untuk membina masjid lama pada 1968.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di salah sebuah masjid ‘alternatif’ mendapati, penduduk terpaksa menunaikan solat Jumaat dalam keadaan panas di bawah khemah yang diletakkan di tengah jalan.

Tinjauan turut mendapati, ada juga dalam kalangan jemaah yang menjadikan beranda sebuah rumah di belakang masjid dan padang sebuah sekolah rendah berhampiran sebagai tempat solat.

Kenangan semasa di McD Genting Highland

".. ada masa kite perlu menangis agar kita tahu dunia ni bukan hanya untuk ketawa,ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainye setitis air mata..ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tak kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa bertapa bernilainya seorang teman..."




hahaha...lau nk knl ni la gadis yang menyerikan mcd aku lu...rindu3,lama da x jumpa ngn diorang.Nth la diorang ni keje lg or x kat sana.Thanks pija n azimah.



Dan ni pulak manager kesayangan aku.K.zawi.Sedey aku dgr khabar,k.zawi da berhenti da kat Mcd..huhu...sib baik la ada gambar dia huhu...insyallah lau ada rezeki aku akn jumpa ngn k.zawi.Aku hope k.zawi happy selalu...Time kitaorng ada crew meeting,so sblm start meeting,so sempat la aku bergambar hahaa...



N ni plak kawan aku yang keja kak sana. Ocha,asrul,Nad.Huhu..ngn diorang pun aku da lama x jumpa...yang selalu jumpa pon ngn asrul jer..



ni plak Nad,Ocha n abg iwan....a.iwan byk tolong kitaorang masa keje kat sana,dia gak manager dan adik pada k.zawi.




hahha...ni plak time aku dapat hadiah,group aku dapat no 2,tu pun jadi la...pada xdapat apa..huhu..yang bag hadiah kat aku tu a.razmin,masa tu dia 1's assistant McD firstworld,n skunk dia da jd store manager kt McD Genting 1....
yang lain tu menyibuk jer nak bergambar..hahahaha..jangan marah yer..kawan2.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hahaha...ini koleksi2 gambar kenangan aku bersama Asrul,a.iwan,ocha n Nad,semasa di outdoor theme park genting.Time ni aku happy sgt2 kerana dapat habiskan cuti bersama dgn diorang,seharian suntuk kitaorang habiskan masa kat sana,yer la tuk kali akhir sebelum Ocha,Asrul dan Nad pulang ke kampung masing2. Yer la tak tau bila plak dapat kuar sama2 camni lg,masing2 da bawa haluan dioran masing2.

Hari tu hari bahagia kami,kami x lepaskan peluang tuk enjoy sepuas2 nyer.Semua game kami main,sampai ada yang x boleh berjalan kerana pening,macam2 ragam ada pada hari tu.Itu semua xbg masalah bg kami semua yang penting kami semua happy,ini lah dikatakan sahabat,susah senang bersama.

Masa yang kat indoor kami x ambil gambar,kerana da malas,so gambar kat outdoor jer yang kami ada.So aku pun xtau lg nk citer apa,mungkin setakat ni dulu.Jadi lihatla gambar kenangan aku yang ada tersimpan ngn aku.

p/s : Jangan salah faham lak bila tgk gambar aku berdua dgn Nad dan Ocha,kitaorang xder apa2 hubungan just kawan sahaja,yang lain tu gosip semata-mata.

Akhir sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada a.iwan,asrul,ocha dan Nad,kerana sudi luangkan masa tuk habiskan cuti bersama.Kenangan ini akan aku abadikan selamanyer..
Insyallah walauapa jua sekalipun yang berlaku kita tetap sahabat sejati.