Nothing..

 

Assalamualaikum and Good evening to all.

Bersua kembali dalam ruangan blog aku kali ini, tp kali ini aku x tahu nk kongsi citer apa dgn uOls semua.bytheway i’m try the best k..huhu.

Dalam duk buhsan menghintung hari ,tiba2 lak aku teringat zaman aku kecik2 dulu,uish kalau nk diingatkan kembali, kalau nk kenal aku ni seorang yang amat nakal,biasa la masa tu kan budak2 lg hehe…Tapi nakal2 aku ni nenek tetap syng aku,tu yang best tu,kemana jer nenek pergi mesti nenek akan bawa aku bersama,dan apa yang aku nk mesti akan dapat..huhu

aku masih ingat sampai sekunk pesan2 nenek  kat aku,antara2 pesan nenak kepada aku adalah, pertaman,jangan kita lupa pada tuhan,kedua,nk pergi jauh dari rumah jgn lupa bawa quran,ketiga,selalu baca al-quran,keempat,buat baik kepada semua orng,jagn benci dan bermusuh dengan org lain, dan kelima jangan derhaka pada mak dan ayah.

Itu pesan2 nenek aku, aku pernah kene pajang ngn nenek kerana lupa nk baca al-quran sewaktu pulang dari sekolah.aku kene rotan, tp xder la sakit sangat,coz nenek x rotan macam abah rotan,kalau abah rotan berair air mata..huuhu

kalau uOls nak tahu dari umur aku 7 tahun sampai la umurku 10 tahun,hidup aku dengan rotan abah aku itu la,kalau x kerana rotan tu,mungkin aku x jadi org kot(mengikut pepatah la)huhu…memang perit,tp best, kerana blh mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya, aku tahu abah,mak dan nenek pukul aku sebab diorang sayang aku.kan aku da cakap aku ni dulu budak degil, so sesuai la kene rotan….hehehe…

yang last kali abah aku pukul aku, masa aku ngn adik aku curi2  hisap rokok tak silap aku masa tu aku darjah 6 kot,adik aku darjah 4, dah la p curi rokok abah sendiri,hisap plak sebelah bilik abah,memang cari nahas la,dalam syok hisap rokok,tiba2 ada rasa sesuatu je yang sampai ke pipi aku ini, sejuk je rasa, sekali aku pandang,ambil kau,abah aku dah lesing muka aku,mana x meraung masa tu,sakit woooo, moral kat sini,jangan la cuba nk hisap rokok,kalau nk isap rokok tu jangan la curi yang ayah punye,lau x nanti kantoi bodoh2.

kadang2 bila aku teringat kisah silam aku ni,sedey la plak,tp kadangkala gembira la plak…huhu..nthlah…aku bersyukur kerana aku dapat hidup didalam keluarga yang bahagia,dan aku bersyukur mendapat seorang ayah yang berdedikasi,tegas,disiplin dalam mendidik anak-anaknya, aku respect la kat ayah aku.walaupun muka dia yang menakutkan kitaorang tapi hati dia tetap baik.

Dalam hidup aku,aku x boleh hilang orang aku sayangi, masa nenek meninggal aku x dapat nk menerima,tapi aku menangis sekuat manapun,nenek xkan kembali.akhir sekali aku pasrah,aku redha,hidup aku sunyi sikit,bila nenek xde,kalau x aku selalu bersama ngn nenek,kemana sahaja nenek pergi mesti aku ada,tapi kini hanya bayangan nenek sahaja yang tinggal,walaubagaimanapun aku tetap rindu pada mu nenek,aku doakan semoga roh mu dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org2 yang beriman,amin..

walauapapun aku bersyukur kehadrat illahi kerana aku masih lagi mempunya kedua2 org yang aku kasihi dan cintai iaitu ma dan abah aku,diorang diibaratkan permata dihati aku,aku terlalu sayangkan mereka.

aku pun dah x tahu nk citer apa lagi,nth betul nth tidak susunan citer aku ni,aku main type jer apa yang terkeluar dari mulut aku ni.

apa2 pun aku harap korang sayangilah kedua2 ibubapa anda,jangan terlalu ikuttkan perasaan dan hati, bila mak ayah marah sikit merajuk,lari dari rumah, x elok perangai tu,ish sapo dio yang ajar depa lagu tu..sebaliknya,mereka sebenar sayang kat hangpa semua,bukan depa benci,kan pepatah ke peribahasa aku pun dah lupa, yang berrbunyi(sorry xder bunyi,bace je ek) “marah tu tandanya syang” lebih kurang la tu…

sebelum berundur,maafkan la jika aku ada membuat kesilapan,terkasar bahasa atau sebagainya, akhir sekali terima kasih kepada anda sema…

 

ok…Assalamualaikum…

sepi…

 

Alangkah indahnya kalau hidup ini penuh dengan kecerian dan kegembiraan,alangkah indahnya kalau hidup ini tanpa ada masalah…

Tapi ini semua tidak dapat dielakkan,kerana hidup ini perlu diuji,kalau tidak kita bebas tuk melakukan apa sahaja tanpa batasan dan kita tiak kenal erti susah dan senang..

Begitula kehidupan aku,penuh dengan kesepian,sedih dan kebusanan,tapi apakan daya ini adalah lumrah kehidupan.aku tidak boleh nak salahkan pada takdir,kerana ini semua ada hikmah disebaliknya.setiap apa yang aku dapat adalah ketentuan illahi diatas segala kesilapan yang aku lakukan selama ini, memang setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan,kerana kita dalah insan yang kerdil.

Apa jua masalah sekali pun,pasti ada jalan penyelesaian.Aku sedar bahawa hidup ini xsemua nya happy,kadangkala kita perlu ada rasa sedih,derita dan sebagainya.

Saban hari aku memikirkan tentang kehidupan aku, aku happy hanya luaran,dalaman hanya allah sahaja yang tahu, aku juga ingin hidup macam burung,bebas terbang kesana sini,bebas tuk melakukan apa sahaja, tp aku telah diciptakan oleh allah sebagai hamba nya dimuka bumi ini.

Ya allah,aku bersyukur kepada mu, diatas segala kurniaan mu yang telah Kau beri pada aku selama ini, aku bersyukur kepada mu kerana memberi peluang kepada aku terus hidup diatas muka bumi ciptaan mu ini. Aku tidak dapat nak melawan ketentuan mu,apa yang aku blh lakukan,adalah menurut segala perintah mu dan meninggal segala larangan mu.

Aku sepi,hidup aku sekarang tidak seperti dulu lagi,mungkin da sampai masa nya tuk aku merasai semua ini. Aku tahu ramai lagi yang menderita tuk meneruskan kehidupan mereka, kira aku xder la seteruk mereka diluar sana,aku hanya sedeharna sahaja.

Aku ingin berterima kasih kepada Allah kerana masih sayangkan aku, dan aku tahu allah x pernah membeci setiap ciptaannya, tapi apa yang aku kesal umat2nya makin ramai benci pada allah dan makin ramai yang menyokong syaitan.mungkin mereka rasa dunia ini adalah syurganya tuk selama2nya.

ku seru kepada semua saudara sesama islam, sempena bulan mulia bakal tiba ini, guna la ia sebaik yang mungkin, banyakkan taubat kepadanya, insyallah semoga segala kesipan yang kamu lakukan akan diperkenankan oleh allah, percaya la allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah cuma mahu umatnya sujud pada nya,ikut segala arahannya dan tiggalkan segala larangan nya, itu sahaja,bukan susah pun……

cukup sekadar ini sahaja entry aku kali ini, maafkan aku jika adalah yang tak kena pada artikel aku kali ini…..

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, IAITU BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SENGAN SEMPURNA.

SEBELUM ITU AKU INGIN MEMOHON MAAF DIATAS SEGALA KESILAPAN AKU YANG TELAH AKU LAKUKAN KEPADA ANDA SEMUA SELAMA INI, AKU JUGA INSAN BIASA YANG X TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN.

APA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN APA YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI DIRI AKU SENDIRI…

Tidak Kusedar…

Assalamualaikum kepada anda semua semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu.

Tanpa aku sedari,hari ini genap la umur aku yang ke24 tahun,begitu cepat masa berlalu,tanpa aku sedari semua in, ini adalah kuasa dari allah swt.

Ya allah sempena ulang tahun aku kali ini,aku  bermohon kepada mu agar lanjutkanlah usia ku supaya aku sempat menebus kembali kesalahan2 aku yang telah kulakukan selama 24 tahun, sehinggakan aku tak terkira semua ini dan aku bermohon kepada mu agar murahkan la rezeki aku dan kuarga ku,dan rakan2 seperjuangan ku.

Aku bersyukur kepada mu kerana memberi peluang kepada aku terus hidup walaupun diuji dengan pelbagai ujian, tapi aku tetap bersyukur kepada mu kerana memberi kesempatan kpd aku untuk meneruskan perjuangan ku.

semoga di tahun yang baru ini aku berharap hidup aku lebih baik dari hari2 yang lain.

aku pun x tahu nak cakap apa lg….

terima kasih kepada member2 yang mengingati tarikh lahir aku…thanks to all

c u again…

Alhamdulillah

 

l ko

Assalamualaikum kepada anda semua, semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walfiat…

Syukur saya kehadrat illahi kerana dengan keizinan dariNya dapat saya menaip entry saya untuk kali ini.

Bagi semua umat islam, lg beberapa hari sahaja kita akan menyambut bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan iatu bulan ramadhan yang mana kita semua umat islam ini akan menjalani ibadah puasa.

Bulan ramadhan ini hanya sekali sahaja dalam setahun, jadi lakukan la sebaik yang mungkin, kerana bulan ni adalah bulan tuk kita membersihkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini dalam sedar ataupun tidak sedar. Perbanyakkan amalan bulan ramadhan kerana banyak pahala Allah telah sedia untuk kita semua. Rugilah kalau kita sia-siakan, belum tentu tahun yang seterusnya kita sempat tuk lakukan selama ini, kerana Allah itu maha adil, maha mengetahui.

Perbanyakan la amal ibadah dan amalan yang mulia bukan sahaja di bulan ramadhan malah dibulan2 yang lain juga, kerana allah menyanyangi org yang mengikut segala perintah nya dan menghindar dari melakukan segala larangan nya.

sebelum terlewat saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam yang ada didunia ini.

Insyallah kita akan berjumpa kembali, akhirkata apa yang baik tu semuanya datang dari Allah swt dan apa yang kuarangnya datang dari diri sy sendiri, maafkan jika tersalah typing or sebagainya.

Tanda kematian bagi umat islam

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.
Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

• Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datingnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.

Sedihkan?

Assalamualaikum…
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “
” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”
“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”
“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”
“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia”
“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..
Sedih kan???
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
Wallahualam..

Apabila Syaitan Bermesyuarat!!!!

 

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) …

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.” “Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”

“Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Syaitan: “lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”

“Bagaimana caranya?” jerit para iblis.

“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,” jawabnya “pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”

“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.”

“Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”

“Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu.”

“Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka.”

“Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”

“Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.”

“Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”

“Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!”

“Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.”

“Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi.”

“Pasti berhasil! Pasti berhasil!” Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, “Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?”

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan’s Y-oke? – Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.
Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”
P/S : Sekadar renungan untuk semua..

A true story happened in the U.S.

A true story happened in the U.S. Moga kita boleh ambil iktibar………..

There’s one asian muslim lady, pakai tudung and with good akhlak. One nigth this lady was on her way home, walking all by herself. Since she finished job late, she decided to take the short cut to her house. She walked at an isolated lorong and the surroundings made her feel very uncomfortable. Tiba-tiba dia nampak ada one guy (white American male) standing againts the wall kat tepi lorong tu. Dia rasa takut & tak sedap hati…all that she can do was pray to Allah for her safety….dia baca ayat kursi dgn penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu.

Masa she passed by that guy, dia sempat tengok muka lelaki tu.Fortunately that guy buat tak endah jer and this lady selamat sampai ke rumah dia. The next morning, this lady terbaca dlm newspaper that an American lady had been raped by an unknown stranger dekat lorong yg dia jln semalam just 10 minutes after she passed that lorong.

She was very positive that the guy she saw last nigth was the rapist. So she went to lodge a police report & became a witness to the rape case.She identified the rapist and
after further investigation the police had proved that the guy was really the rapist.This muslim lady hairan juga why that man tak rape dia masa dia lalu kat lorong tu, but rape the next passer by at that lorong. She really wants to know..so she asked for permission to talk to the rapist before any punishment dijatuhkan….

She asked the rapist “Why dont U do anything to me on that nigth eventhough you know that I’m alone?”

The rapist jawab…”No, you are not alone.That nigth I saw two young man walking with U.One on ur right side & the other one was by your left side.If U were alone of course U will be my victim.”

That muslim lady was very supprised to hear the answer……dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu,may be juga berkat ayat Kursi yg dia baca mlm tu.

Kisah dan Teladan

5 perkara

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin…

Virus Atau Bala??

Ramai yang beranggapan H1N1 hanya sekadar virus yang mampu membunuh manusia dalam tempoh masa yang agak cepat. Bagi umat Islam, kita patut merenung kembali kenapa virus berbahaya ini menyerang manusia seluruh dalam jangka masa yang tak diduga.

Allah telah menurunkan bala kepada manusia sepertimana tsunami yang telah melanda negara Islam mahupun kafir. Apabila azabNya diturunkan, tiada siapa yang terlepas. Seorang ustaz telah memberitahu, azab bukan hanya ada didalam kubur atau di akhirat saja tetapi di dunia juga ada.

  • Di dunia pun kita sudah merungut kepanasan matahari, bagaimana pula dengan kepanasan api neraka?
  • Kita sering merungut jika ada makanan atau minuman yang tidak menepati citarasa dan kita ada banyak pilihan untuk membeli makanan tetapi adakah pada masa itu kita terfikir tentang hidangan di neraka yang lebih memeritkan dan tiada pilihan?
  • Seandainya kita mengalami demam atau sakit, adakah kita masih cergas melakukan amal ibadat seperti solat fardhu?Ingatlah di dalam neraka, tiada kerehatan bagi penghuninya

Banyak sebab musabab jika difikirkan secara logik berkaitan penularan virus H1N1 ini. Makanan kita banyak terdedah dengan penggunaan anggota haiwan yang di gelar babi seperti curcumin ( E 100), riboflavin ( vitamin B2), indigo carmine/Idigotine dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang bertajuk HALAL HARAM. Buku tersebut boleh didapati dimana-mana kedai buku. Ianya banyak membincangkan hal berkaitan makanan.

Itu baru berkenaan makanan. Bagaimana pula dengan pakaian, pinggan mangkuk, alat solek dan sebagainya? Ramai umat Islam yang ambil mudah berkaitan pemprosesan sesuatu barangan. Asal ada tanda halal, semua main rembat asalkan keperluan diri di isi.

Sesuatu yang terjadi mesti ada sebab. Penyakit takkan datang dengan sendiri sekiranya kita mencegah dari awal. Contoh paling senang:

  1. Merokok memang boleh mendatangkan pelbagai penyakit sehingga ada fatwa yang mengatakan merokok itu haram tetapi masih ramai orang Islam yang menghisapnya.
  2. Membiarkan air bertakung dalam tin atau sebagainya. Kita sedia maklum, nyamuk aedes suka membiak di air yang jernih tetapi kita tidak membuang air tersebut malah makin memberi galakan untuk nyamuk tersebut. Apa kesudahannya? Berlakulah penularan demam denggi, chikungunya, demam malaria dan lain-lain.
  3. Berpakaian seksi boleh mendatangkan pelbagai mudarat. Ada perbezaan maksud yang besar di antara menutup aurat, membungkus aurat (pakaian ketat tetapi menutupi seluruh badan) dan membuka aurat. Masalah aurat pun mendatangkan masalah besar seperti kes rogol, sumbang mahram, tiru gaya artis dan lain-lain.

Banyak lagi masalah berpunca dari manusia sedangkan segala peringatan telah termaktub didalam al-Quran malah hadis shahih pun banyak menerangkan dan menguatkan peringatan tersebut. Saya berharap agar kita sama-sama merenung kembali kesilapan dan kealpaan kita sebagai makhluk Allah dalam menunaikan segala perintah dan laranganNya.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang tidak betul. Ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini.

Cara Hidup Aku.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali kita dalam blog aku yang tidak seberapa ini.Entry aku kali ini, aku sendiri pun tak tahu nak cerita apa,lagi pun aku dalam kebusanan dan tak tahu nak buat apa, so aku luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu diblog aku, mungkin sesetengah orang tidak berapa faham dengan cara penyampaian blog aku ini.

Blog aku ini adalah universal,aku akan cerita apa sahaja yang terlintas dibenak pemikiran aku ini , dan sesetengah orang pelik dan hairan, ada yang tanya aku, kenapa blog aku ni xder langsung cerita tentang dunia pekerjaan aku, senang je aku jawab, dunia aku adalah berbeza, bukan aku x cerita, ada masa tu aku sendiri pun dah naik busan nak cerita sal kerja, jadi diatas permintaan sesetengah orang, maka aku bina la lagi satu blog yang mana di blog tu aku menceritakan tentang isu-isu perkomputeran sahaja, tp buat masa ini aku xde idea lg nk kongsikan, nama blog aku yang baru adalah Everything for me.

Tak semestinya seorang programmer tu kene cerita tentang aturcara sahaja, kadang2 tu aku sendiri pun dah naik jemu, ya la asyik2 coding, mata aku dah nak rabun da hari2 mengadap kod,bagi orng yang faham tu faham la, bg org yang x faham ni susah sikit,

Blog aku ini aku ingin buat kelainan sikit, baru la ok kan.huhu..pada yang ingin tahu tentang komputer or sebaliknya, anda boleh cari kat pak cik google, kat sana terlalu banyak, dan x silap aku dah banyak blog yang menceritakan isu-isu komputer dan sebagainya, kalau aku buat pun mungkin akan sama seperti yang lain…huhu.

Dalam hidup aku ini xde org pun yang faham cara aku, tapi aku xkisah kerana ini adalah kehidupan aku, yang mana ok tu ok la bagi aku, yang mana x ok maaf la ye.aku nk buat camana kan? setiap manusia ciptaan allah ni berbeza xde yang sama.kalau yang sama aku x tahu nak cakap la, nak kata rambut yang sama color x kot, sekarang ni dah macam2 color rambut manusia aku tengok, ada yang brown,ada yang perang dan ada yang warna warni.tu terpulang la pada individu masing2 kan, dah itu cara diaorang, kita x boleh nak halang.

Hidup aku ni senang je, aku akan buat apa yang aku suka, tapi bukan yang x elok la. aku sendiri pun tak tahu nak cerita camana, orang disekeliling aku kata, aku ni seorang yang pelik, pelik camana tu aku x tahu, tu atas pandangan masing2. Apa yang peting sekarang ni aku bahagia dengan cara hidup aku sekarang ni, aku x kisah orang nak kata apa kat aku, kata la, itu hak diorang, aku x kesah pun.

ok la, aku pun x tahu apa yang telah ku bebelkan,huhu…ikut sedap tulis jer ni, apa yang terlintas difikiran aku tulis aja, lau ada salah dan silap tu maaf la yer, maklum la aku ni juga insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

cuma aku nak ingatkan sikit kat sini, haruslah kita berbuat baik kepada setiap semua manusia,jangan la ada sifat hangsat dengki dan dendam dalam diri kita. Kebaikan tu haruslah dibalas dengan kebaikan, dan keburukan itu juga dibalas dengan kebaikan,.

Sekian dahulu dari aku…insyallah kita akan jumpa kembali di next entry..k…

Dikir Barat

 

kali ini pula aku ingin menceritakan asal usulnya dikir barat,yang mana adalah salah satu kebudayaan negeri kelantan yang femes.

102_5180 Gambar Hiasan.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ia wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar.

Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.

Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

 

ASAL USUL

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam.

Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat.

Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.


AHLI KUMPULAN

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

b) Juara @ Tok Jogho
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.


LAGU KARUT DIKIR BARAT

Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:

1. Karut Kelantan Cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani
4. Karut Wok Yoh
5. Karut Pendek
6. Karut Yengki Cepat
7. Karut Yengki Anjur
8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9. Karut Yengki Ding Ding
8. Karut Hala
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan

Ada tiga jenis irama Dikir :

1. Irama Asli
2. Irama Padang Pasir.
3. Irama Hindustan.


PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi.

Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan. Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.

Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.

Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.


PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.

Sejarah Negeri Kelantan

Entry kali ini adalah menceritakan tentang sejarah negeri kelantan, saya begitu tertarik dengan negeri kelantan, dan saya rasa bertuah kerana saya dilahirkan sebagai anak kelantan.

 

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Siti Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Siti Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Bertemu kembali

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kegadrat illahi kerana memberi kesempatan untuk mengupdate blog saya tuk kali ini.

Saya Bersyukur kepada allah swt kerana telah memberi kekuatan kepada saya untuk teruskan perjuangan saya. Lumrah kehidupan ini kita tidak boleh nak lari, setiap insan yang diciptanya tidak akan terlepas dari ujiannye. Dia telah memberi pinjam dunia ini untuk sementara waktu sahaja, jadi guna la peluang yang telah diberikan olehnya,jangan kita sia-siakan hidup kita. Apabila semuanya ditarik balik, kita menyesal tidak ada gunanye.

Entry kali ini bukannyer saya nak jadi ustaz untuk berceramah, cuma ingin memberitahu tentang yang benar, siapa la saya ini, saya adalah insan yang kerdil dan hina, tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, setiap detik apa yang kita lakukan belum tentu diterima olehnya.

Kita sebagai khalifahnya hanya mampu berusaha sahaja, yang menentukan hanya Dia Yang Kuasa lagi maha mengetahui. Kita harus la bersabar mengharungi kehidupan kita sekarang, jangan terlalu cepat melatah dan berputus asa, setiap ujiannyer mesti ada hikmah di sebaliknya, Allah tidak akan beri ujian kepada kita kalau tiada sebab.

Jadi la seorang yang penyabar dan tabah dalam menghadapi rintangan dan masalah yang kita hadapi.Cub cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, macaman tu terpulang pada diri kita masing –masing menyelesaikannya.

Saya pun xnak cakap banyak, cukup setakat ini sahaja, ingat la kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja, jangan terlalu taksub dengan keindahan dunia, sebaliknya kita fikirkan macamana kehidupan kita di akhirat nanti.

Saya minta maaf jika ada salah dan silap, maklum la  saya pun manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan, akhir sekali saya doakan anda semua  sihat walfiat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan kepada saya, jasa anda semua saya x dapat nk balas, cuma allah swt sahaja yang dapat balas.

Sekian, Jumpa lg…

Assalamualaikum…

 

 

Terima kasih diatas kerjasama dari anda semua yang sudi melayari blog ini,

Disini aku ingin bagitau kepada yang sentiasa mengikuti blog aku atau pun yang baru, dalam beberapa hari ni mungkin blog ni x uodate, kerana aku terpaksa  check in kat hospital tuk beberapa hari diatas sebab-sebab tertentu.

Mungkin blog ni akan update selepas aku kuar dari wad, aku juga ingin kerjasama anda supaya mendoakan aku cepat sembuh dan keluar dari wad.

jika ada apa2 sila tinggal komen di sini yer.

Ntah La.

 

Syukur alhamdulillah…semalam pergi hospital check samaada aku terkena H1N1 or x, result dia memuaskan, aku terlepas dari jangkitan virus yang x berguna tu.

tapi badan aku masih lemah lagi…suhu badan pun lom turun lg..sabar aje la. habis semua keje aku tergendala, kerana aku x dapat nak beri tumpuan.kepala aku masih lagi pening….huhu..

nth la kenapa disaat ini aku demam? ini semua ujian dari Allah swt. Dalam keadaan camni pun aku masih lg masuk office, dok umah nanti busan lak.

erti sahabat

Apakah itu persahabatan?
Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.
Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling pengertian.


Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

.

cinta Dan kawan

SaTu HaRi CINTA & KAWAN BeRJaLaN DaLaM SeBuaH KamPuNg.,., :z
Tiba-TiBa CINTA TerJaTuH DaLaM TeLa9a.,., KeNaPa??? :t
KaReNa CINTA iTu BuTa.,., :d
LaLu KAWAN PuN iKuT TerJuN DaLaM TeLa9a.,., KeNaPa??? :t
KaReNa.,., KAWAN aKaN BuaT aPa SaJa DeMi CINTA !!! :o
Di DaLaM TeLa9a CINTA HiLaNg.,., KeNaPa??? :t
KaReNa.,., CINTA iTu HaLuS, MuDaH HiLaNg KaLaU TaK DiJa9a, SuKaR DiCaRi aPa La9i DaLaM TeLa9a YaNg 9eLaP.,., :s
SeDaNgKan KAWAN MaSiH La9i MenCaRi-CaRi DiMaNa CINTA & TeRuS MeNuNggu.,., KeNaPa??? :t
KaReNa.,., KAWAN iTu SeJaTi & aKaN KeKaL SeBa9ai KAWAN YaNg SeTia... :~
So, Har9aiLah KAWAN KiTa SeLa9i KiTa TeRaSa Dia BERARTI.,., :$
WaLau KiTa PuNya CoupLe, TeMaN TeTaP YaNg PaLiNg SeTia.,., :L
WaLau KiTa PunYa HarTa BanYaK, TeMaN TeTaP YaNg PaLiNg BerHar9a.,., :y

Kata – Kata Mutiara

 

Ø Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Ø Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Ø Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Ø Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Ø Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Ø Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan  

Ø Janganlah berputus asa, tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Ø Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.

Ø Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih dari sepantasnya.

Ø Hati yang terluka ibarat besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Ø Setitik dakwah mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. 

Ø Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Ø Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Ø Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri menusuk diri dan menyakiti orang lain.

Ø Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mulai berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

Ø Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cobaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Ø Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Ø Lumbung emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.

Ø Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.

Ø Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Ø Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Ø Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Ø Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini karena setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Ø Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Ø Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Ø Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.

Ø Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.

Ø Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.  Ianya berwujud tetapi amat sukar dilihat. 

Ø Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya.

Ø Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Ø Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali. 

Ø Lebih baik tidur dengan perut yang lapar dari pada bangun tidur dengan banyak hutang.

Ø Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Ø Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Ø Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Ø Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mau permintaan kamu diabaikan orang.

Ø Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

Ø Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Ø Nikmat itu kadang-kadang tidak disadari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar merasa.

Ø Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Ø Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa.

Ø Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Ø Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya ia itu baik dan burukmu.

Ø Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Ø Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.

Ø Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Ø Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Ø Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Ø Mengharukan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Ø Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Ø Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Ø Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Ø Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,  tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Ø Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Ø Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya  pergi.

Ø Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, niscaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Ø Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup  dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Ø Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila masa ia akan pecah.

Ø Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.  

Ø Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kemarin, maka terkutuklah dia.

Ø Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan dari pada usaha yang besar.

Ø Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Ø Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.

Ø Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.

Ø Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Ø Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Ø Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus karenanya.

Ø Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Ø Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Ø Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Ø Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Ø Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Ø Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Ø Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.

Ø Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Ø Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya. 

Ø Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

Ø Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

Ø Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri karena harum baunya.

Ø Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain karena orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Ø Mungkin diam itu suatu jawaban yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Ø Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Ø Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

Ø Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama?

Ø Jangan menghina barang yang kecil karena jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Ø Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Ø Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Ø Hidup ini adalah warna-warni yang terlukis pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

Ø Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Ø Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Ø Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah prikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.

Ø Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, karena ia dimulai dari pada dirinya sendiri.

Ø Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Ø Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Ø Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.

Ø Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Ø Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan coba untuk menyelesaikannya.

Ø Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Ø Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini karena setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Ø Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.

Ø Kecemerlangan sebenarnya adalah apabila anda dihantam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Ø Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata  yang bersinar-binar, tetapi tidak melihat apa-apa.

Ø Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Ø Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ø Kebenaran itu apabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Ø Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Ø Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan..

Ø Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari pada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Ø Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Ø Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Ø Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.  Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Ø Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Ø Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ø Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Ø Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya  ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Ø Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh karena itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Ø Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Ø Setiap mata yang tertutup belum berarti ia tidur. Setiap mata terbuka belum berarti ia melihat.

Ø Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Ø Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Ø Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh karena itu berikanlah walau secuil kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Ø Esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Ø Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya.

Ø Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca  karena membaca itu sumber hikmah 
menyediakan waktu tertawa karena tertawa  itu musiknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir karena berfikir itu  pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal karena beramal itu  pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda karena bersenda itu akan  membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadah karena beribadah itu adalah sumber dari segala ketenangan jiwa.

Ø Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari pada jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Ø Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka  siapa yang mengelakkannya karena takut padaKu, maka Aku akan  menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

Ø Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan. Teruskan perjuangan kita  walaupun  terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Ø Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik dari pada kebaikan zaman. 

Ø Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Ø Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengobati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas ibarat pisau bedah yang boleh membuang segala luka emosi.

Ø Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar untuk selamanya.

Ø Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasakan saat ini.

Ø Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.

Ø Hari yang mendatang tidak akan memberikan sembarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. 

Ø Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Ø Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya. 

Ø Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Ø Keberanian yang sebenarnya ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.

Ø Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan. 

Ø Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.

Ø Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Ø Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Ø Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau  membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Ø Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahwa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencoba untuk menukar dirinya sendiri.

Ø Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Ø Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, niscaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Ø Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan. 

Ø Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas darinya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah darinya.

Ø Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Ø Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang  kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.

Ø Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Ø Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Ø Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah. 

Ø Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya karena kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. 

Ø Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

Ø Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasehat yang sangat curang untuk kemerdekaan.

Ø Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.

Ø Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar dari pada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

Ø Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. 

Ø Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Ø Di sebalik keindahan rumah berseragam, disebalik senyum dan takwa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

 

 

 

Busan…

 

Ntah la kenapa lak malam ni aku x ley nak tido, puas dah aku paksa mata aku tuk lelap tapi still xdapat huhu…da xtahu nak wat apa da.

Habis facebook,myspace,friendster,taged aku layan, tapi still gak busan…bila time sunyi2 camni teringat lak kat member2 aku…huhu…

Planning aku sebenarnya nk ke genting tapi nak wat camana H1N1 punya pasal semua program aku tunda. Xpasal2 aku lak kene quaratin, sedangkan orang lain yang kene,busannye dok umah…nk gak g lepak TC,pagi2 camni best layan angin pantai yang sejuk…

Nak sambubg wat keje malas la plak…dah naik jemu dah asyik mengadap coding jer hari2 huhu…kat opis wat keje,kat umah pun wat keje, time cuti camni pun kene wat keje.

Lumrah kehidupan nak buat camana.Terpaksa la aku lalui semua ini. apa yang boleh aku lakukan sabar aje la.

adiey