SeLaMaT HaRi IbU

Walaupun hari ibu dah berlalu, tapi aku tetap nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibuku yang tersayang.

Bagi ku hari ibu adalah hari-hari, jasa ibu tidak dapat dibalas dengan hanya satu hari sahaja.Bagi ku ibu adalah segala2nya, ibu la buah hati aku,yang aku sayang dan cinta. Kerana ibu la aku dilahirkan menjadi insan yang sempurna.

Ibu, sempena menyambut hari ibu ini,anakmu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas jasa-jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak mu ini, ibu dikesempatan ini anak mu ingin mohon maaf diatas segala salah dan silap yang telah anak mu lakukan atau terkasar bahasa yang membuatkan ibu terguris hati. Ketahui la anak mu tidak sengaja untuk berbuat demikian.

Ibu, jasa mu terlalu besar, sehingga anak mu tidak dapat nak balas jasamu itu, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ibu, walaupun anak mu tidak pulang ke kampung tuk raikan hari mu ibu, tapi hati anak mu ini tetap bersama-sama mu setiap saat dan waktu, tidak pernah sesekali anak mu lupakan.Hari-hari anak mu ini rindukan ibu, alangkah indah dan bahagia jika anak mu berada disisi mu ibu ketika meraikan hari yang bahagia buat mu, anak mu terlalu rindukan masakkan mu ibu, sudah lama anak mu tidak makan makanan kegemaran yang ibu masakan, masakan ibu tidak sama masakan orang lain.

Ibu sekali lagi anak mu ingin minta ampun dan maaf dari hujung rambut hinggala hujung kaki diatas segala kesilapan dan kesalahan yang telah anak mu lakukan secara sedar ataupun tidak sedar, dan halalkan makan minum anak mu selama ini. Terima kasih ibu, anak mu sentiasa mengingati mu dan merindui mu. Anak mu sentiasa mendoakan agar ibu dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki.

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

No comments: