Percutian Di P.Pinang.



23hb Julai 2010, dalam pukul 10.30mlm  kami berangkat ke Pulau Pinang, dalam keadaan yang penat teramat.Ni la dikatakan planning last minute..memang kami x jangka pun nk ke pulau pinang, dalam kul 4.30ptg baru plann...bila dapat kata sepakat baru la kami comfirm pergi.

Walaupun kereta Exora tu belum service lagi, tapi kami tetap gak redah, buat kerja gila katakan.Dalam keadaan yang x bermaya, kami cuba gak bermaya, start je perjalanan sejam pertama aku tido, kerana turn untuk aku drive plak...dalam kul 1pagi, kami rehat di perhentian bikam,sambil makan apa yang ada..huhu..
kalau tengok muka masing2 amat la sedih..semuanya penat.hehehe..

hampir 30 minit kitaorang rehat kat situ, tibe la turn aku drive, xnk bagi aku mengatuk so aku maintainkan kelajuan 120km/j. Nak laju lagi x dapat la keta lom service...mengambil masa 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai gak rumah ewan di seberang perai..alhamdulillah semua nya selamat.

Pada keesokan hari dalam kul 1ptg kami gerak dari umah ewan pergi ke Bukit Jambul, untuk hantar daus buat Promo magika di sana, selepas selesai je majlis promo daus, kami berangkat ke ori nasi kandar, untuk mkan petang, walhal dekat umah ewan kami dah makan dah soto masakan mak ewan...hehehe...mana la badan x naik kan...

selepas makan semua selesai, kami tinggalkan daus ngn KRU, dan kami terus perjalanan kami ke batu feringgi, destinasi pertama kami singgah adalah di pantai, tapi sayang waktu kami sampai ke sana, waktu dah senja, so  dapat la nk tgk view kat pantai tu....sempat la bergambar kat sana...hehehe..itu agenda kami.

second destinasi kami ke Hard Rock Cafe. rehat2 kat sana sambil snap pic....n  after dat teuskan lagi ke Night Market Feringhi..org kata window shopping je la..coz kami berjalan bukan time gaji...hbis je kat situ kami terus ke padan kota lepak kat sana...dan destinasi terakhir kami quee tuk naik free..lebih kurang 1 jam la quee baru la dapat naik feri..masa tu dah kul 12.30 pagi dah...tu la kali pertama aku naik feri, tapi sayang x dapat nak tgk permandangan laut...huhu....kami selamat sampai kul 1pagi di rumah ewan..kami ingat mak n ayah ewan dah tido, rupanya x..mereka tunggu kepulangan kami....balik bukan nak terus tido, tapi melatak dulu....ayoi berat aku dah naik dah..huhu...

Penat berjalan satu hari full, lepas makan n mandi kami "pengsan" kan diri, sampai la kul 1ptg baru la kami bangun huhu...lepas makan tengahari baru la kami gerak teruskan destinasi kami yang terakhir kat pulau pinang, p berjalan ke jusco seberang perai...xde tempat dah nak pergi hehe...

Dalam kul 5 ptg baru la kami gerak dari seberang perai ke taiping untuk cari kedai makan Jalan2 cari makan, kat kamunting, taiping, tapi malangnya kedai tersebut tutup, x dapat kami merasa masakan yang murah dan sedap tu, nak wat camana xde rezeki huhu...

kul 6 petang kami ambil daus kat taiping central, kerana dia baru habis wat show kat sana, n kami terus pergi ke Doli Kuet Teow Goreng, mengisi perut yang lapar hehe...memang terbaik la kuey teow dia, sampai aku makan 2 pinggang haha....so lepas semua selesai, dalam kul 8 malam baru la kami gerak terus balik kl....

Ingat ke terus balik umah, tapi kami terpaksa pecut ke KLIA kena ambil kakak daus yang baru balik dari kuching, dalam kul 1 pagi kami tiba di KLIA dan terus balik ke Putra Height umah daus, dan kami rehat kan badan kat sana....kul 10 pagi hari isnin baru kami balik ke umah masing2..semua masuk opis lewat..huhu...

walauapapun aku,zura, daus n boy nak ucap ribuan terima kasih kepada keluarga ewan kerana memberi layanan yang baik buat kami semua....InsyaAllah jika ada masa kami akan datang lagi, Kek N soto mak wan masak memang terbaik..x puas kami makan...huhu...

ini sahaja cerita yang dapat aku kongsikan..dan di bawah ni koleksi2 gambar kami sepanjang kami berada di sana.....jumpa lagi...

@ Beach Batu Feringgi.

@Holiday In, Feringhi.




@Padang Kota.


@Umah Ewan...(kek Coklat yang best)



@Bukit Jambul Shopping Complex.

@Ferri.






@ Hard Rock Cafe.

@Jusco Seberang Perai


@Ori Nasi Kandar with Daus,Femi don, Nad, Alif and KRU team.


@Daus tgh practise, Otw ke Bukit Jambul, atas jambatan P.pinang.


No comments: