SeLaMaT HaRi RaYa....


Tinggal beberapa hari lagi, umat islam akan meraya kan hari kemenangannya, iaitu hari raya aidilfitri, sebulan kita berpuasa dan tiba la masa untuk kita raya kan.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada anda semua, semoga raya tahun ini meriah buat anda semua.

Dan juga aku mohon ampun dan maaf , jika selama dalam perkenalan blog ini, aku ada tersalah type, tersasur bahasa dan sebagainya..biasa setiap manusia ini tiada yang sempurna.

aku berharap agar persiapan raya korang dah siap semuanya, dan berjimat la ketika berbelanja, ingat hari yang akan datang, jangan enjoy sakan shopping, lepas raya poket kosong, huhu..

Tahun ni aku sambut dengan sedeharna je, biasanya baju raya aku satu je, tapi raya tahun ni aku beli 2 pasang baju melayu, complete set...hehehe....saja suka2 coz tahun ni aku beraya di 2 buah negeri yang berlainan, satu kat kelantan dan satu lagi kat sarawak...

sebelum aku mengakhiri kata2 aku pada hari ini, aku nak ucap selamat berpuasa dan selamat hari raya lagi sekali, makan ketupat dan lemang ingat la aku di sini k.....sekian dahulu dari aku...



No comments: