Kebusanan...


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama aku  x update blog aku ini. Mungkin ada orang tertanya-tanya kemana aku pergi menghilangkan diri, yang sebenarnya aku ada je, Cuma kebelakangan ni aku kurang idea untuk coretkan di blog aku ini.
Pagi ini aku terasan bosan dan x tahu nak buat apa, so aku lapangkan la masa kat blog aku ni. Entry aku kali ini seperti biasa, iaitu menceritakan kisah hidup aku. Dan macam biasa juga la, kepada yang nak baca, terima kasih banyak la, kepada yang x nak baca tu terpulang la. Aku x kesah pun dan terima kasih juga kerana melayari blog aku ini.

Termasuk yang hari ini dah banyak dah aku mohon kerja, ada dah yang interview dan ada juga blom ada panggilan lagi. Semalam aku dapat kerja kat area KL, tapi aku rasa kerja tu aku x mahu kot, bukan maksud aku memilih kerja, tapi x sesuai ngn diri aku kot. Memang orang akan kata, kita kerja ja apa kerja yang  kita dapat, memang kita x minat, tapi lama2 minat. Tapi bagi aku langsung aku x minat dan bukan itu kerja yang aku minta. Dah memang aku x minat kerja jual insurans nak wat macamana kan, lagi satu gaji mengikut 100% komision, bermakna kalau x dapat pelanggan, maknanya aku x dapat gaji la.
Bagi aku x kesah la kerja apa, tapi bukan jadi agen ansuran, aku tahu ramai yang dah Berjaya, tapi say sorry la bagi diri aku.
Mengikut pengelaman kerja aku memang banyak, dan x susah untuk aku dapat kan kerja, kerja yang mengikut bidang aku baru 2 company, mungkin aku x sesuai kerja opis kot, tu jiwa aku x aman aje. Aku sendiri pun x tahu kenapa. Mengikut pengelaman aku, aku pernah menjadi programmer dan manage portal site (berkaitan laman web), tapi bila aku resign kerja bulan lepas, aku dah rasa x minat dah dalam bidang IT ini. Ntah la apa nak jadi pun aku x tahu.

Hari ini, aku jalan2 kat Giant, terbaca note, yang menyatakan jawatan kosong, aku pun isi aja la, mana la tahu, kot2 rezeki aku ada kat sana, aku x kisah kerja apa pun, janji kerja aku itu halal baru berkat hidup aku. Orang kata kalau kita dapat duit yang haram, hidup kita x berkat kan. Bukan aku nak kata, ini mungkin salah satu sebab. Tapi kesilapan itu tetap datang dari diri aku sendiri, kitakan manusia biasa, mana lepas dari melakukan kesilpan kan.

Tapi seriously, aku rasa tertekan dah sebulan lebih aku x kerja, coz aku x pernah dok saja selama sebulan, selalunnya, ada je kerja yang aku buat. Aku x tahu la plak org yang x kerja berbulan2 tu apa perasaan dia. Mungkin lagi teruk pada aku kot. Aku bukan apa, walaupun aku ni bujang lagi, tapi tanggungjawab aku banyak. That y la aku kena kerja.

Ramai orang dah Tanya bila mau kahwin? Umur dah meningkat dah....tapi apakan daya, ekonomi diri pun x kukuh, camana nak sara anak orang, pepatah mengatakan ukur baju di badan sendiri kan, so aku tgk atas kemampuan la. Ala kalau dah jodoh tu x kemananya...umur x penting pun, sekadar nombor jew, selalu orang kata umur muda lagi, enjoy la sepuas2nya baru kahwin, tapi aku x sama cam diorang, aku ada pendirian aku sendiri, kalau duit x da nak enjoy camanakan? Hehehe

Apa2 pun aku terus berusaha, yang menentukan adalah Allah swt, kerana ajal, maut, rezeki, jodoh semua di tanganNya. Kita sebagai hambaNya redha aja dengan ketentuanNya, dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita.

Aku rasa dah panjang lebar dah ni, cukup la setakat ini je k...insyaAllah, jika umur panjag kita akan bertemu kembali di lain hari ok...aku sentiasa doakan anda semua Berjaya dalam hidup dan tercapai segala cita2 yang di impikan selama ini...InsyaAllah....Assalamualaikum.

2 comments:

apezs shah said...

hye Khai.. sabar yea..;)

Khairiz said...

to apezs

thanks ya...yup tgh sabar la ni..hehe