Selamat Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi kepada anda semua, semoga hari ini lebih ceria dari yang biasa, dan kepada yang bekerja hari ini selamat menjalankan tugas dengan sempurna ya, dan ingat dalam mencari rezeki ini, biarla kita mencari rezeki yang halal dan baru la hidup kita semua berkat dan di redha oleh Illahi.

Dan kepada adik-adik dan guru-guru, selamat bercuti ya, guna la cuti anda dengan sebaiknya, jangan sia2 kan cuti anda, ini lah masa utk kita bersama keluarga. Dan kalau blh pergi la bercuti kemana-mana bg hilangkan tension, atau pun balik kampung halaman.

Dan kepada umat islam yang sedang menunaikan fardhu haji di mekah sekarang ni, lakukan ibadah dengan sempurna, x lama lagi untuk merayakan hari kemenangan bakal2 haji dan hajjah, mudah-mudahan mendapat haji mabrur k. Dan ingat la dalam menunaikan ibadah haji ini, mesti la kena ikhlas, jangan semata2 utk mendapat kan title sahaja, dan bila balik dari mekah nanti, harap kehidupan berubah, jangan ulangi lagi kehidupan yg sebelum ini, jadi orang yang beriman kepada Allah. dan kepada anda semua, selagi masa masih ada, jangan sia2 kan hidup anda k... hendak lah sentiasa akur dengan suruhan dan perintah Allah.

Dan di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan kepada semua umat islam yang berada di malaysia ini atau di luar sana, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA. dan aku mohon maaf jika ada yg terkasar bahasa atau ayat yang aku guna dalam blog ni yg tidak menyenangkan hati anda semua. walaupun raya haji ni aku x dapat pulang ke kampung halaman, terasa sedih la plak, tetapi nk wat macamanakan, ada sebab2 tertentu yang aku x pat balik..

ok la cukup di sini dulu, entry aku ni adalah sekadar berkongsi pendapat dan nasihat di pagi hari..jika ada salah ejaan atau sebagainya, harap di maafkan k...

2 comments:

apezs shah said...

Selamat Pagi en. khai.. tak terjah pun blog owang..ermmm.. anyway have a good time to u den Salam Aidiladha..;)

Khairiz said...

haha..apez..sorry sangat.