Ku Merindui Senyumanmu.......

Dalam kesepian pagi ini, tetiba aku teringat tentang kau, sudah 6 tahun kita berpisah, tetiba2 membuatkan aku teringat pada kamu. 

aku rasa 6 tahun itu sekejap sahaja berlalu, tetapi memori aku x pernah lupa akan dikau, aku akan ingat kenangan kita bersama dahulu sampai bila2 selagi nyawa aku masih ada.

kita hanya kenal sekejap sahaja kan? x sampai pun setahun, aku ingat lagi masa kita mula2 kenal dulu, aku kenal ko melalui nini, dia la yang kenal kan ko pada aku. masa tu kita sama2 nak celeberate merdeka kat padang MPK kuantan, masa tu ko sem 2, aku sem 1.

Lepas kita kenal malam tu, kita mula menjadi kawan rapat kan, kita selalu study sama2 kat kafe hostel. tapi kita bukan study pun kan? borak je lebih, aku rindu saat dan masa itu.

Masa tu aku rasa ko la yang paling banyak bagi nasihat kat aku dan kawan2 aku kan? ko baik sangat ngn kami, ko bagus, ko x sama ngn dak pompuan lain, ko diam je, ko akan cakap ngn org yg ko kenal jew, ko x suka kuar mana yang x berfaedah buat ko, ko lebih kan masa tuk study, x kira siang or malam.

Tapi, ko mula berubah masa dekat2 ngn final exam, masa tu aku x perasan sangat, nini n lyn jer selalu citer kat aku yg ko skunk da berubah, ko bermurum je spanjang hari, kadang2 makan pun ko x nak. Ko kenapa? aku cuba gak ty ko, ko ada masalah ker? kot2 aku boleh bantu, tapi ko cuma bagi jawapan kat aku, ko ok je, xda apa2 la..tu je jawapan ko selalu yg ko beri kan.

Tapi masa balik dari  kedai makan kat belakang hostel tu, aku di paksa oleh nini, tuk tanya lg apa masalah ko, sebab diorang bimbang tengok keadaan ko, diorang sayang kan ko, tu sebab diorang ambil berat tentang diorang. kali ni jawapan ko lain sikit dari jawapan sebelum ini. Tapi sebelum ko jawab ko menangis, aku masih ingat lagi, aku ty ko kenapa? ko jawab, ko x lama lagi hidup kat dunia ni, ko kata ko xda harapan lagi, aku mintak maaf la lau masa tu aku jawab ngn kasar, bukan apa kami semua sayang ko, kan aku selalu cakap ajal,maut,jodoh dan rezeki semuanya berada di tangan Allah, Allah shj yg dapat menentukannya, kita harus banyak2 berdoa minta di panjang kan umur agar di beri peluang tuk kita bertaubat, sebelum kita pergi buat selama2nya.

Masa tu ko terus menagis, aku pun dah x tau nak pujuk ko macam mana lagi, hy yg aku mampu berkata adalah sabar..sabar itu aja, sebelum ko beredar ko sempat bagi tahu aku, yang ko sedih tengok dak2 bilik ko, yang mana x suka solat, padahal ko da nasihat banyak kali, malah ko kata ada yang tenking ko pasal solat,  masa tu aku terkedu jap dgn citer ko, ko ni seorang yang mulia la, jarang aku jumpa kawan seperti ko ni, ko betul2 risaukan n sayangkan kawan2 ko...aku berdoa mudah2 han Allah beri peluang yang terbaik tuk ko.

Kalau x silap aku, malam khamis tu ko ada menyatakan hasrat ko, yang ko nak ajak aku, nini n lyn pg tgk wayang hari ahad nanti, ko kata ko teringin sangat nak tgk citer Potret Mistik, aku cakap ok jew, tapi kami semua rasa cam pelik je ngn ko ni, yer la, ko kan x suka tgk wayang, tetiba lak ko nk tgk wayang. 

hari ahad petang tu kita pn g ke Megamall kuantan, masa kat mall tu aku tgk ko enjoy je, masa makan pun ko byk ketawa, senang sikit hati aku tgk keadaan ko macam ni. Dalam panggung aku lak yang tergelak tgk reaksi ko, haha, aku tgk ko takut sangat ngn citer tu, padahal citer tu bukannya seram sangat pun...hahaha aku biarkan je la, kesian nini, asyik kena peluk ngn ko je..haha....apa pun2 janji ko happy kira ok la.

Malam tu plak ko ajak berbincang kat kafe hostel, ko kata ko nak celeberate birthday ko kat Teluk Chempedak, n ko nak tema birthday ko baju semua warna biru, ok kami ikut kan jew apa yg ko nak, tapi aku hairan, kenapa ko nak sangat tengok aku ngn nini pakai baju sama,? aku ngn nini x tau apa2, ko kata ni permintaan terakhir ko, nk x nak aku ngn nini terpaksa la beli baju yang sama. Masa tu juga aku janji ngn ko, yang aku nk belanja ko makan kat McD TC, ko kata ko suka sangat bila dengar aku nk belanja ko makan mcd, plik je aku tgk ko ni, bukan cam x biasa mkn mcd, tapi x pa la...tu kira hadiah aku gak la sempena hari jadi ko nanti.

Hari yang di nanti2 kan oleh ko pun dah tiba, tapi hari tu aku x blh datang awal ke sana, coz aku ada hal, fan n lyn yg sediakan semua makanan dan sebagainya. Ko kata majlis ko start kul 3 ptg, tapi masa tu aku jauh lagi nk ke sana, ko kata ko nk tunggu aku juga baru nak start majlis, aku g tau ngn nini suruh pujuk ko, supaya ko mula je dulu majlis tu...xpa la, atleast aku datang gak ke majlis ko. Dalam kul 4.30 aku sampai ke sana, tapi sebelum aku melangkah kaki nak naik jambatan kayu tu, tetiba aku terasa macam lain macam jew, masa tu aku terfikir yang perkara buruk yang akan berlaku pada ko, masa tu juga aku terus hilang mood nk celebrate birthday ko. Tapi aku x nk bagi tau sapa2 aku simpan je dalam hati aku, sampai je aku kat sana, aku tgk semua da ada, aku je yg lewat.

Tapi  aku betul2 minta maaf, coz aku tertunjuk kat ko yg aku badmood time tu, ko suruh aku makan, aku x nak, ko ajak ambil gambar ngn ko pun aku x nak, sekeping pun xda gambar aku masa birthday ko, masa tu aku berkhayal jap, sambil tgk ombak kat pantai tu, aku tersentap bila aku terdengar ucapan ko, yang ko kata minta maaf semua jika ada salah dan silap, harap halalkan makan dan minum, dan ko kata ini adalah sambutan hari jadi yang terakhir buat ko, tapi masa tu aku pk positif, aku mksud kan kata2 ko tu bahawa tahun depan ko da x nk wat sambutan lagi, aku pk macam tu, supaya aku x nk pk benda2 buruk.

Sepanjag majlis ko tu, Alhamdulillah la, xda apa2 yg buruk berlaku pada ko, cuma ko je yg x nak makan, ko minum jew, kul 5.30 ptg majlis ko habis, masa otw nk balik tu, aku nk tunaikan janji aku pada ko, yg ak janji nk belanja ko makan kat McD. Masa tu ko kata ok jew, tapi keadaan menjadi berubah bila di penjujung jambatan tu, ko kata ko rasa pening sangat2, aku ty ko sakit kew, ko jawab x, ko cuma pening kepala je, andaian aku , ko x makan tu sebab ko rasa pening, masa tu ko kata nk makan nasi, ok la sampai kat kedai makan tu aku nk order nasi, ko plak yg x nak, ko kata nak ubat, aku bagi panadol, ko kata ko x nak plak, hbs cara dah masa tu kami semua pujuk ko makan ubat , tapi ko tetap degil, ko cuma kata nak balik. Aku tanya lagi ko x nak makan ke McD, ko kata x pa la lain kali la, so ok la, kami pun bawa la balik.

Malam tu kul 11 mlm, nini call aku, dia kata ko dah ok, ko da makan ayam kfc yang tapau petang tadi, lega sikit hati aku dengar, tapi nini kata perangai ko malam tu, macam budak2, ko x nak tido kat katil, ko nk tido kat lantai, dan ko bersolek, ko pakai baju lawa2, nini kata malam tu ko cantik sangat, tapi aku x blh tgk, coz ko pakai dalam bilik jew.  

Nini gtau aku, ko suka sangat ngn hadiah yg aku bagikan tu, aku cakap la, apa sangat yang ada pada hadiah aku tu....aku x kesah la, janji ko happy tu pun dah cukup bagi aku seorang kawan, aku x suka tgk kawan aku susah. aku nk kawan2 aku semua happy. 

Malam bila aku da x ingat, ko ada gtau aku, yg ko ni ada minat kat sorang mamat ni, tapi bila aku ty sapa, ko kata nanti satu hari nanti ko akan bagi tau, dan ko ada tulis lirik lagu kat atas kertas warna, cantik sangat aku tgk, yg tu pun ko nk mintak tolong aku sampaikan, aku just jawab ok jew. rupa2nya ko ni sorang yg kuat rahsia erk, baru la aku tau. Dan sempat lagi permintaan ko yang nak aku tunaikan, ko nak aku kapel ngn nini, aku kata mana blh, nini kan kawan baik aku. x lebih dari tu, tapi ko nak juga aku janji ngn ko, aku kata tgk la macam mana...ko pun senyum dengar jawapan dari aku....pening kepala aku dengan sikap ko nih..huh......

Petang Khamis tu, aku sempat jumpa ko, sebelum pg kelas cik niza, aku ngn ko kan sama kelas ngn cik niza, tu aku pk ko nk gerak sama ngn aku, tapi aku tgk ko masa tu bawa beg besar. aku tanya ko, ko nak ke mana? ko jawab ko nak balik kg buat selama2 nya, aku jawab giler ke apa ko ni, kan hari ni kelas last cik niza, x kan ko x nak masuk, lg pun final dah dekat sangat dah ni. ko kata xpa la, ko pun da xda mood nak belaja, ko kata ko nak balik rehat kat umah, masa tu aku x blh halang kehendak ko, terpulang la pada ko tuk buat keputusan. Sebelum ko beredar, sempat ko beri senyuman yg manis sangat aku rasa. masa tu aku x pk apa2 pun, aku rasa tenang jew.

Hari jumaat pagi, aku dikejutkan oleh fan, yang mengatakan ko dah pergi, masa tu aku tgh blur, baru bangun tido, aku ty fan, ko pg mana, fan jawab lagi ko da xda, ko da pergi, masa tu baru aku terkejut, dan aku macam x percaya, petang semalam je aku jumpa dia ok lagi keadaan dia. lepas fan g tau. nini lak call bagitau aku yg ko dah pergi semalam, masa dalam perjalanan nak ke hospital, ko meninggal dalam van dekat ngn trafic light, masa tu aku tetiba menjadi sayu dan menitis air mata, masa tu aku x pk apa2 dah...aku ikut jew diorang pergi umah ko.

Masa aku sampai umah ko, berat rasa kaki nak melangkah masuk, aku x sanggup tuk tengok ko, dan aku masih lagi x percaya, jenazah tu bukan jenazah ko, masa tu lah aku terpk aku ni banyak wat salah ngn ko, dan aku x sempat nk minta maaf, sama la ngn kawan2 lain semua kata, x sempat nak minta maaf ngn ko, aku harap ko dapat maafkan aku dan kawan2 yang lain. Masa jenazah ko nk di masukkan dalam van, aku sempat lah tolong ankat buat kali terakhir tuk ko, sbgai seorang sahabat, walaupun kita x lama kenal, aku cukup happy kenal ngn ko, thanks sangat2.

Masa kat kubur, aku teringin nak melihat wajah ko buat kali terakhir sebelum di kebumikan, tapi aku x dapat nk lihat wajah ko, kera, diorang x buka kain yang tutup muka ko, diorang hnya buka ikatan tali yg di kepala sahaja, masa org mula jatuh kan tanah ke dalam kubur ko, aku masa tu tahan sebak, aku x nak nangis kat kubur ko, aku x nak ko terseksa. Bila dah siap upacara pengebumian ko, akhirnya aku izinkan ko pergi dengan tenang, aku berdoa pada tuhan agar roh ko akan berada di tempat golongan2 yang beriman, Amin.

Masa sampai di hostel baru la aku teringat pesanan2 ko sebelum ini, lagi sekali minta maaf, aku x tahu nk bg kat sapa lirik lagu yng ko buat nih, ko x sempat nk bagitau aku siapa orang itu, kami terpaksa buka sampul itu, dan kami lihat ko sangat kreatif, di atas kertas warna merah, tertulis lirik lagu sudirman, "Salam Terakhir", masa tu nini n lyn x tahan sebak, diorang menangis x henti2, kami x tahu nak buat apa, apa yang berlaku sebelum ini, seolah2 ko da tahu ko betul2 akan tinggalkan kami buat selama2nya, dan ketika ini la aku teringat balik kata2 ko sebelum ini.

Barang2 ko dan lirik lagu tu, kami terpaksa bagi kat mak ko, masa mak ko datang nk ambil barang2 ko kat hostel, aku x blh simpan, coz aku x tahu nk bg kat siapa. Masa jumpa mak ko kat hostel la, baru aku tahu, ko selama ini menghidap sakit jantung, tapi kenapa ko x bagi tau aku dan kawan2 lain, ko tanggung sakit sorang2 je. tapi nk wat camana perkara tu dah berlalu, ada betul juga cara ko tuh.

ok la aku x nak citer banyak2 pasal ko, aku cuma rindu sama kamu, tetiba ko muncul dlam lamunan aku tadi. apa2 pun aku sentiasa mendoakan ketenagan ko di sana, aku tahu suatu hari nanti kita akan bertemu juga di sana nanti k.

Ok la setakat ini sahaja yang aku dapat citer tentang arwah kawan aku, yang telah kembali ke rahmatullah 6 tahun yang lalu, di sebabkan jantung nya dah x berfungsi, allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital Kuala Lipis, lebih kurang dalam kul 8.30 malam, beberapa jam selepas jumpa ngn aku di kafe, Allah lebih sayangkan dia, biar la Allahyarham pergi dengan aman, yg mana masih di beri peluang tuk hidup, laku kan lah amalan yg terbaik, jgn sia2kan hidup korang k...

Mari la sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nurul Hafizah, semoga roh nya di cucuri rahmat dan tempatkan dikalangan yang beriman. Dan sebelum terlupa sedekah kan Al-fatihah juga kepada kawan aku sorang lagi yang meninggal di bulan puasa 2 tahun yang lepas iaitu Allahyarham Ahmad. semoga Allahyarham juga ditempat kan di golongan orang yg beriman. Kedua2 kawan aku pergi pada hari jumaat, begitu mulia nya mereka. Allayarham Ahmad meninggal secara tiba2 sesak nafas selepas solat subuh.

Ingat la ajal kita x tahu bila masa nya akan sampai, jadi bertaubat la sebelum terlambat,

sekian sahaja dari aku....


3 comments:

Anonymous said...

terima kasih amigo! besar posting!

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!.

Nur Liyana Chew said...

sumpah..menangis kita bace entry ni...sedih nya T_T
moga tenang arwah d sana...al fatihah :(