K.A.M.I

Melepak di Chanai Cafe, SS15 Subang Jaya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama kami berlima tidak melepak bersama, akhirnya kami dapat berkumpul kembali dengan izin Allah swt.
Kami berlima seperti adik beradik dan juga sahabat sejati. Terdiri daripada Zura, Aku, Rach, Ewan dan Ryzal.  Walauapa jua sekalipun yang berlaku kami tetap berlima.  Kami x kesah apa yang org ingin katakana, yang penting kami happy.
Melepak di NZ Cafe
Apa yang aku suka berkawan dengan diorang ni, adalah sebab diorang ni mempunyai hati yang ikhlas untuk berkawan. Kami sentiasa berada ketika dalam keadaan susah dan senang, semua ini kami harungi bersama, tidak seorang pun yang di kecualikan, semuanya kami layan adil.


Semasa event  Daus AF8 di Restoran Jaam-e-Jam, Bukit Bintang

Banyak kenangan manis kami berlima yang akan aku pahatkan dihatiku sampai bila2, mereka juga yang telah mengajar aku erti persahabatan yang sebenar.
Mungkin Korang tertanya2 kenapa ada perempuan seorang  dalam  group ini? Bagi kami x hairan, sebab zura ini kami anggap kakak yang sulung dalm family ini, kami tidak memilih dengan siapapun kami nk berkawan, janji niat di hati itu ikhlas untuk berkawan, kami tidak kira jantina untuk berkawan.
Dalam kegembiraan ini, ada juga perselisihan faham antara kami, tapi Alhamdulillah semu itu kami selesaikan dengan cara baik, kami tidak mahu ada sifat iri hati, benci dan sebagainya dalam persahabatan kami. Kami mengamalkan sikap jujur dalam persahabatan, agar persahabatan kami kekal buat selama-lamanya.

Bersahur di Tepi Pantai Port Dickson, Seremban
Dari mana aku kenal dengan mereka ini? Perkenalan aku dengan mereka ini bermula dari zura. Dari zura la aku kenal siapa Rach, Ewan dan Ryzal, pertemuan yang pertama kali kami ada di puncak kota keriangan Genting Highland pada 29 hb May 2010.
Dari situ la kami mula kenal mengenali setiap orang, dan selepas dari Genting la, kami selalu keluar sama2 kemana2 saja kami akan bersama. Dan hari ke hari melepak bersama, akhirnya aku rapat dengan diorang ni, dan sekarang dah menjadi family da.

Makan bersama di Restorang Santai, Damansara

Ingatlah jagalah persahabatan korang semua dengan baik, kerana sahabat ini sukar untuk dicari berbanding dengan kawan, dan juga berhati-hati lah dalam memilih kawan. Aku bersyukur pada Allah kerana telah menemui aku dengan mereka, sebelum ini, aku sukar untuk mendapat sahabat yang betul2 sahabat, tetapi bila aku datang KL, Allah telah berikan 4 orang sahabat sekali gus.
Apa yang kami jaga adalah perpisahan, perpisahan ini lah yang kami cuba elakkan, walaupun dah berumah tangga nanti, insyaAllah kami akan usaha jaga hubungan kami semua. Siapa inginkan perpisahan kan??  Yang hanya dapat memisahkan kami adalah Mati sahaja.

Dalam banyak kenangan manis kami adalah kenangan semasa kami beraya dan bercuti di Kuching Sarawak. Entah aku tidak boleh nak gambarkan macamana, yang aku tahu happy sesangat, ya la bukan senang nk bercuti bersama seperti ini. InsyaAllah tahun hadapan kami berlima sekali lagi menjejaki kaki ke negeri Sarawak.

Apa yang penting adalah kerjasama bab kata wonderpet. Itu lah yang membuatkan persahabatan kita kekal lama, jika ada masalah, cuba cerita dan dan selesai bersama. Jangan pendam dalam hati, kerana nanti akan merosakan perhungan kita.

Ok lah, aku igin kenalkan group Adiwira yang kami berikan.
Ini lah Azura @ Sutera Qaseh, dia merupakan kakak sulung dalam group ini, yang bakal bertunang pada 01.11.2011 nanti, apa2 pun aku nk ucap tahniah kat ko n tunang ko k..:)
Bekerja di syarikat  Web Services di Sentul KL

Haha ini aku, no 2 dalam group ini..aku seoarang yang perangai gila-gila, sib baik la x gila betul hehe.. aku penganggur terhormat, yang hanya tunggu kerja baru pada bulan 1 ini.

Rach, no 3, seorang yang periang...periang kew?? Dan pemalu orangny, tapi sempoi tetap ada. Kerja sebagai Registration, HUKM Cheras.














Mista Ewan @ Ewan no 4, haha dia ni lain dari yang lain perangai dia, tapi itu kami shj yg tahu, seorang  yang periang  dan sikit macam budak2 hehe...
Kerja di Istana Budaya KL.
















Dan ini yang bongsu, Ryzal Aziz, seorang yang sporting n caring...
Kerja di U Mobile Bukit Bintang.















Dan ini antara koleksi-koleksi gambar kami bersama ...




















10 comments:

SyahmiFikri said...

hohoh.. best nye bila hang out ngan kawan2 nehh.. yea..

Khairiz said...

haha..lama da...memang selalu hangout, yg terbaru sabtu minggu lepas

hans said...

hopefully persahabatan korang kekal selama2nya
amin

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

Khairiz said...

amin...insyaAllah..dan jgan lupa lawati blog sy

yg ni

http://khairizman.blogspot.com
dan
http://khairulrizman.blogspot.com

k.

Anip™ said...

tentang bulan, 5 sahabt..huhu

Carlos Seira said...

bestnyer, dah keja pun masih boleh hang out jauh jauh, sampai kuching tu

Khairiz said...

anip : yup hehe seakan sama kan

Khairiz said...

carlos yup memang best, tapi kena pandai cari masa yg sesuai la, walau susah manapun kami tetap akan usaha..

Mia Meymi said...

hehe. best pulak nengoknye..
kwn2 mcm adik bradik kan..bgus2..:)
jaga psahabatan dgn baik ye..

Khairiz said...

mia : yup ini lah yang kita perlu cari, btw p sarawak nanti dengan adik ADIWIRA ni la hehe...tu yg happy sangat...

InsyaAllah akn jaga persahabatan ni sampai ke akhir waktu :)