happy sesangat...

Penantian aku selama ini dah berakhir, segala soalan2 yang bermain di pikiran aku sudah terjawab semua, ko hadir tika ku memerlukan mu....ko seakan faham perasaan dan hati aku ketika ini.

Tetapi kenapa kau pergi meninggalkan aku tanpa sebarang khabar berita, ko terus lenyap dari pandangan ku, bertahun2 aku menunggu mu, sekalipun ko x pernah muncul....

Tapi kenapa kali ini ko muncul kembali dalam hidup aku??apa yan kau mahukan dari aku? adakah ko datang untuk mengecewakan aku buat kali kedua??

Ketahuilah hati ku x pernah benci akan dikau, tapi aku kecewa dgn sikap dan tingkah laku mu itu...
Walaupun ko dah kembali, dalam diri aku ko dah tiada lagi...ko dah x wujud dalam hidup aku, apa yang aku nampak adalah bayangan mu saja...aku nasihat kan kau agar ko pergi la ketempat asalmu...kamu jgn datang mengganggu hidup aku lagi, kerana sudah mempunyai org yang tersayang yang lebih baik dri mu...

Ko balik la..ko jaangan ganggu kami lagi...ni bukan tempat ko...kehidupan kita dah berbeza, ko berada di alam lain dah sekarang, kau kene terima hakikat......

Jika masa aku sudah tiba, kita akan jumpa juga di sana, jgn la kau merintih dan menangis merayu pada aku, perkara itu x akan berulang...dunia kita berbeza....

Aku sentiasa doakan roh ko berada dalam keadaan aman dan berada disisi org2 islam yang mulia...ko hapuskan la segala kenangan kita dulu....ko kembali la kepada tempat asal mu..aku merayu pada mu....

Benny And Kenny

DSC01435

 

Hari ini genap umur Kenny & Benny 38 hari…

dah semakin aktif aku tengok..berbeza pada hari mula2 aku bawa balik, kenny n benny cam x dapat nak sesuaikan tempat,

hampir satu hari xnak makan puas pujuk, sib malam tu aku bg carrot dia makan,

apa yang aku suka sangat kedua-dua ekor arnab aku ni manja, kalau x belai dia satu hari merajuk cam budak2 huhu…

Tapi cara dia berlari tu yang cute nampak….

DSC01406

Benny & Kenny banyak perbezaan, kalau benny dalam sangakar dia la yang paling aktif, kenny plak pemalu, tapi bila bawa keluar jer dari sangkar terbalik, benny pemalu kanny plak yang aktif….huhu

cam2 ragam, walau apapun aku happy jaga kenny n Benny…

DSC01408

 

kalau nak kenal ini la Kenny….

DSC01416

                                                                  ni plak Benny

2010

DSC01235 copy

Apa khabar semua, semoga tahun baru ni memberi kehidupan baru

untuk korang semua.

Kejar la impian dan cita2 anda sampai dapat

realisasikan impian anda pada tahun ini

tinggalkan kenangan pahit 2009 anda, buangkan sejauh2 yang mungkin

jangan di kenangkan lagi, simpan kenangan manis anda

sampai bila2,

kesilapan yang lalu jadikan pengajaran untuk diri anda masing2.

Jangan sia2kan hidup korang semua

maju la ke hadapan sebagai anak melayu

yang serba boleh.

Semoga Azam tahun baru ini lebih bermakna dari tahun yang lepas,

jangan terlalu cepat putus asa.

percaya pada diri korang masing2….