Terasa Amat Busan....

Dah 3 hari masuk opis dok mengadap facebook je...dah x tau nak wat apa..nak wat keje, keje xde, start 2 hb 7 nanti baru ada keje...

Tu la kan bila dapat keje merungut banyak keje, tapi bila xde keje busan lak...ntah la labu....

aarrghhhh tidak apa aku nak buat.....

komen kat fb pun malas dah nk di layan nya...banyak yang merapu...n ada gak yang menyakit hati... tu la ragam manusia ni macam2.....ada yang nak kene sepak pun ada...hahahaha...(gurau je)...

nak sentap pun xde motif hahaha....x best asyik marah2 je...lg best happy2 je....jiwa pun tenang...

tapi jiwa x selalu tenang...kerana ada je makhluk2 yang menggangu hahaha...siapakah makhluk tu...???

tolong la aku, apa yang harus aku lakukan skunk....mau tido aje....sib baik hari ini aku balik keje kul 7 ptg..boleh tido puas2..hehehe

k la aku dah merapu meraban dah ni...jumpa lain waktu k...bye2...

Terima Kasih....

Terima kasih kerana kau sudi muncul dalam hidup aku...

sekian lama aku mencari, akhirnya ku temui jua...

Kau datang dengan satu senyuman yang menawan yang memikat hati aku..

aku terpegun melihat iras wajahmu dan senyuman mu telah memikat hati ku..

Dulu aku ingat, kau bukan milikku, masa tu aku fikir aku bertepuk sebelah tangan..

Tapi tidak, ko juga sama seperti aku, baru aku tahu aku x bertepuk sebelah tangan..

Kehadiran kau telah membuat kehidupan aku berubah, kau telah memberi sinar baru dalam hidup aku..

Terima kasih sekali lagi aku ucapkan pada mu yang sudi menerima aku sebagai teman hidup mu,

InsyaAllah akan ku jaga hubungan kita hingga ke akhir hayat.

Sudah cukup aku menderita selama ini, dan skunk aku ingin perbaiki semula kesilapan aku yang lalu..

Yang lepas biar ia pergi..jangan dikenang2 lagi, kesilapan yang lepas telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya,

Tak mungkin aku ulangi kesilapan yang sama...InsyaAllah aku ubah sikap ku, demi untuk mu.

Walaupun pertemuan kita singkat pada mulanya, tapi ia telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri ku.

Ini kali pertama dalam hidup aku yang boleh menerima kehadiran mu dengan sekali pandang sahaja, baru sebulan kita kenal, tapi bagi aku dah bertahun2 aku kenal diri mu.

cuma satu ku pinta dari mu, peggang la pada janji2 mu itu, aku x mau janji kosong dari mu, kerana sudah perit tuk aku hadapi semua ini...

Percayalah..jika jodoh kita, pasti akan berkekalan hingga akhir waktu...

Tiada org lain selain ko dalam hidup aku sekarang ini, itu sahaja yang aku ingin kau tahu...


*entry berbentuk jiwang haha...pada yang ingin baca..baca la..aku wat blog ini adalah tuk cerita tentang diri aku je..pada yang x suka xpa..aku xpaksa...

Terlalu Pantas Masa Berlalu

Pejam celik..pejam celik..dah nak habis dah bulan June..

cepat masa berlalu....x sabar rasa nak tunggu kedatangan bulan Julai..

kerana bulan Julai adalah bulan yang membuat aku bahagia..huhu

Dan bulan julai juga la, bulan sejarah dalam hidup ku, yang mana sejarah itu

tak dapat nak dilupakan....huhu

Sempena masuk bulan Julai ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada 2 orang sahabat aku iatu Saif Haqiem Dan Herman, kerana banyak membantu aku

memberi semangat kepada aku,ketika aku mengalami masalah suatu ketika dahulu.

jasa korang tidak pernah aku lupakan....

Bila agak nya kita boleh jumpa erk?? kita hanya kawan melalui alam maya sahaja...

InsyaAllah jika ada rezeki kita akan bertemu jua...

Huhu....

Setahun peristiwa itu berlalu, so far ok la sehingga ke hari ini, keadaan aku pun semakin pulih

seperti biasa....

aku dah mula hidup baru sekarang, segala yang lepas biar la ia pergi jauh dari hidup aku

walaupun sukar untuk aku lupakan, tetapi aku terpaksa....huhu...


apa pun tunggu entry aku bulan 7 nanti k...

Pucuk muda AF8



LONTARKAN apa jua pandangan tentang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Sama ada ia melakar sejarah sebagai program realiti edisi paling gagal atau tidak meraih sambutan membanggakan, itu hanya kata-kata segelintir pihak menjatuhkan hukuman tanpa menyertakan bahan bukti.

Bagi tiga pemain gelanggang rancangan itu - Shahir, Adira dan Daus,AF8 punya pengaruh tersendiri dalam dunia baru mereka.

Bahkan, masing-masing tidak berupaya menolak signifikan menuntut segudang ilmu selama tiga bulan ditemani Norman Abdul Halim, Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar, Adnan Abu Hassan, Que Haidar dan Linda Jasmine itu.

Pada awalnya, hati sang juara, naib juara dan pemenang posisi ketiga itu sedikit terkilan dengan persepsi kurang bijak dilontarkan buat AF8.

Namun, lama-kelamaan mereka sedar, ia menjadi lumrah yang tidak mampu dibendung ditambah AF sudah 'berusia' apabila menginjak angka lapan tahun bersiaran.

Enggan terus selesa di 'langit' sendiri, Shahir, Adira dan Daus yang sebelum ini menerima sederet komen negatif berbanding positif, menjunjung misi usai menamatkan pengajian.

Sebarang situasi buruk atau pengalaman kurang enak menimpa graduan AF lain selama ini, ia tidak dianggap penghalang kepada mereka menghayun langkah mewarnai kanvas industri.

Sinar baru Shahir




Mengikut jejak langkah juara musim pertama iaitu Vince, Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7), Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi sebelum ini berdepan banyak kesulitan sebelum mencapai kejayaan pada AF8.

Jejaka berusia 22 tahun itu pernah melanjutkan pengajian dalam kursus Asasi Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2006. Memasuki semester ketiga, Shahir yang berdepan masalah peribadi terpaksa pulang semula ke kampung halaman.

"Kemudian, saya merancang hendak buka perniagaan berupa pusat futsal. Sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik, sudah pasti saya mahu bantu meringankan beban keluarga. Tetapi, malangnya saya tidak cukup modal biarpun soal pengurusan tanah mendirikan premis itu telah diselesaikan.

"Alhamdulillah, dalam berdepan pelbagai cabaran, saya diterima masuk AF8 dan seterusnya bergelar juara. Dalam sepantas kilat, ia benar-benar mengubah kehidupan saya," katanya yang membawa pulang sebuah kereta Peugeot 207, trofi, jam tangan, pakej percutian ke Disneyland Hong Kong, dua tiket pelancongan ke New York dan telefon mudah alih LG Prada.

Sambung pelontar lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry KRU, dia merancang untuk mengumpul wang sebanyak mungkin bagi merealisasi semula hasrat membuka bisnes sendiri yang tergendala beberapa bulan lalu.

"Saya sasar tempoh lima tahun lagi untuk terus bekerja keras sambil menyambung pengajian yang tertangguh. Kalau boleh, saya mahu menunaikan impian keluarga yang ingin lihat saya menggenggam segulung ijazah," jelas Shahir yang bercita-cita hendak bergelar penyanyi berjalur balada disegani suatu hari nanti.

Mengulas tentang kehidupan baru selepas melangkah keluar dariAF8, anak kelahiran Kampar, Perak yang baru diangkat sebagai ikon negeri tersebut itu mengaku berdepan masalah membahagikan masa untuk diagihkan untuk kerjaya dan keluarga.

"Sebelum ini saya ada saja masa lapang. Sekarang semua berubah kerana saya terikat dengan jadual disusun pihak Astro termasuk persembahan pentas dan mengadakan sesi fotografi dengan pihak media," jelas Shahir yang pada mulanya mengalami sedikit kejutan budaya selepas keluar AF8 dan kini masih cuba membiasakan diri bergelar insan dikenali umum.

Hala tuju Adira




Jika sesetengah graduan AFberlumba-lumba mahu mencuba pelbagai cabang seni seperti berlakon dan mengacara, lain pula halnya dengan Adira atau Siti Adira Suhaimi. Gadis manis berusia 19 tahun itu sebaliknya hendak memberi fokus dahulu kepada bidang nyanyian yang diminatinya sejak kecil lagi.

"Buat masa ini, biarlah saya menumpukan kecintaan terhadap nyanyian. Lagipun, banyak perlu diperbaiki dalam proses mahu menjadi seorang penyanyi berjaya. Kalau ada kelapangan, saya hendak memasuki kelas vokal kerana pengalaman selama tiga bulan di AF8 masih tidak mencukupi."

"Terus terang, saya tidak punya banyak beza dengan penyanyi lain kalau bercakap aspek kelainan atau keunikan. Setiap artis ada kelebihan masing-masing. Cuma, boleh dikatakan, saya memiliki semangat tinggi untuk menempuh dugaan mendatang dalam dunia serba glamor ini."

"Kalau diberi peluang buat album sendiri, saya lebih cenderung menyanyikan lagu dalam genre R&B. Tetapi, jika kena bawa jalur lain, saya bersedia mencuba demi menampilkan variasi pada bakat nyanyian," luah Adira yang membawa pulang sebuah kereta Satria Neo 1.6 cps, baucer percutian, barangan elektrik dan trofi.

Pemilik single berjudul Ku Ada Kamu ciptaan penuh Edry itu memberitahu, dia menjalani pengalaman baru apabila melibatkan diri dalam proses rakaman lagu di studio.

"Sebelum ini, saya anggap macam mudah hendak merekod lagu. Rupa-rupanya, ketika ingin rakam lagu ini, saya dapati ia memerlukan banyak kesabaran daripada semua pihak. Demi menghasilkan impak terbaik, saya harus melakukan beberapa kali sehingga komposernya berpuas hati."

"Tanpa disedari, lagu Ku Ada Kamu mengambil masa selama empat jam untuk diselesaikan," jawab anak kelahiran Kundasang, Sabah itu yang sudah menyiapkan mental dan fizikal melayari kehidupan sebagai pemain seni.

Daus kembangkan bakat




Berpersonaliti kelakar dan peramah, Muhd. Shahril Firdaus Eli atau lebih dikenali sebagai Daus menganggapAF8 sebagai landasan terbaik memperlihat bakatnya kepada umum. Tidak seperti artis lain yang harus membina tapak, peluang mengecap populariti segera di akademi ingin diguna dengan sebaik mungkin.

"Selain menjadi penyanyi, saya mahu mengembangkan bakat tidak seberapa dengan mencipta lagu sendiri dan dinyanyikan artis lain. Contoh terdekat, saya teruja tengok Aizat yang mencipta kejayaan dari semasa ke semasa. Walaupun dia sudah keluar AFsejak tiga tahun lalu, namanya terus mengharum sampai ke saat ini.

"Paling penting, saya juga kena bekerja keras dan jangan mudah putus asa. Saya tahu hakikatnya, tidak mudah, tapi saya kena melakukan yang terbaik," kata graduan Diploma Kejuruteraan, Politeknik Kuching, Sarawak yang selesa mempersembahkan karya jalur brit pop.

Selain melampias seluruh bakat yang ada dalam bidang seni, pemuda berusia 22 tahun itu juga sudah merencana masa depannya. Mencuba agar nasibnya tidak sama dengan sesetengah bekas pelajarAF yang terus tenggelam, Daus juga bercita-cita ingin membuka perniagaan sendiri demi meningkatkan taraf hidup dan keluarga.

"Saya mahu membangunkan studio produksi atau kedai makan. Saya harus beringat dari sekarang selepas tengok ada graduan AF hidup susah kerana gagal meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Oleh itu, saya kena kerja kuat," terang Daus yang merangkul hadiah antaranya wang tunai RM25,000, pakej percutian, barangan elektrik dan trofi.

Kini, Daus sedang mempelajari cara berinteraksi dengan khalayak terutama pihak media serta memperbaiki bahasa Inggeris. Jelasnya, ia penting kerana tanggungjawab penyanyi bukan sekadar menghibur. Tetapi, memerlukan skil komunikasi terutama menjayakan persembahan pentas.

"Saya tahu keluar dari AF8 ibarat permulaan karier seni. Ia bukan waktu untuk bersenang-lenang atau terus alpa dengan populariti segera yang dinikmati," akhiri Daus yang menghadiri uji bakat AF8sekadar mahu mencuba nasib.

Justin Bieber disangka perempuan


AKTOR yang popular dengan watak Harry Potter, Daniel Radcliffe mengaku dia tidak mengikuti perkembangan semasa muzik pop apabila dia menyangka penyanyi remaja, Justin Bieber seorang perempuan.

Pelakon itu yang terlalu sibuk dengan kariernya gagal untuk mengikuti pasaran muzik terkini dan telah berputus asa untuk mengetahui siapa yang sedang popular. Katanya: "Saya begitu ketinggalan zaman apabila bercakap mengenai budaya pop.

"Saya hanya mendengar lagu Justin Bieber buat kali pertama dua minggu lalu. Secara jujurnya, saya ingat dia merupakan penyanyi perempuan kerana saya tidak pernah mendengar lagunya sebelum ini."

Sungguhpun tidak mengambil tahu mengenai muzik terkini, pelakon berusia 21 tahun itu memberitahu dirinya sedang mengambil kelas nyanyian dan sering menyanyi bersama kawannya di karaoke. Tambahnya kepada MTV News: "Saya sukakan karaoke sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menyanyi.

"Saya selalu menyampaikan lagu Elvis Presley dan sukakan lagu Muse. Menariknya, saya amat bangga dengan diri saya kerana dapat menyanyi dengan baik. Sudah dua tahun setengah saya mengambil kelas nyanyian. Memang vokal saya tidak hebat tetapi masih sedap untuk didengar."

Dunia Sekarang...

huhu...bila kebusanan melanda ini lah keje nya..

aku pun x tahu nak citer apa?? ketandusan idea betul

yer la bukan otak mengarang haha...

hari ni aku x de keje tu yang busan tu, tgk fb pun dah jemu

x tau nak wat apa lagi...

nak zzZZZ pun x boleh time keje, nk ngular lagi la x boleh.

tu la kan, bila ada keje banyak,merungut, bila keje xde pun merungut gak

apa kes, apa yang betul pun x tau daa..

hari ini aku ingat nak balik awal...sebab nk ke aeport

antar orang balik serawak....

dah la dengan x cukup tidonya, bantai p melepak kat Uptown sampai kul 5pg.

sambil melayan shisha...sekali sekala boleh la...

tido x sampai 2 jam dah bangun,siap2 pegi keje..

bila sampai opis xde keje nak buat....

kalau tau aku terus tido je tadi...hahaha...

aku kan pekerja contoh, tapi bukan contoh baik la...

Malam ni x tau plak nak lepak kat mana n x tau plak sampai kul bape plak...

aku follow je member2 aku..dok umah busan x tau nak wat apa..

ini la dikatakan kehidupan seorang yang bujang...

tapi nak kawin pun jodoh belum ada lagi huhu...

bila n fikir2kan balik, muda lagi lau nak kawin pun...

ini lah rutin harian aku, balik keje lepak...

n balik umah tido, bangun tido pegi kerja...

x de keje main facebook..chating..balas comment...baguskan???

jangan contohi la aku...huhu...

ok la..aku pun x tau apa yang dah aku merapu ni...

ni layan mata mengatuk jew...

ok la...jumpa lagi..bye...

ARKIB NEGARA Dalam Kenangan...

Hakikatnya aku masih sayang lagi ARKIB NEGARA, aku masih lagi teringat kenangan2 aku di sana, tapi nak wat camana, aku terpaksa undur diri di atas sebab-sebab tertentu.

Sepanjang aku kat sana,aku kenal 8 orang insan yang baik dan aku anggap dah macam kawan aku sendiri, iaitu kak nor, kak ina, zarith, mira, akim, fairuz, che din dan Nasrul. Aku rindu sama korang semua. Insyaallah aku sentiasa merindui korang semua. Sorry sebab aku menghilang meninggalkan tanda tanya kepada korang semua, aku percaya korang semua memahami situasi aku skunk macamana.

Kepada kak ina, terima kasih kerana banyak bagi semangat kepada saya, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan anak akak, saya harap agar akak tabah dan sabar menghadapi sebarang ujian dari Allah k. Saya percaya kak ina seorang yang tabah dan seorang perempuan yang kuat, yang tidak pernah berputus asa. Kerana Nabila adalah anugerah dari Allah yang teristimewa untuk akak.

Dan Kepada yang lain, aku nak ucap thanks a lot k for everything..semoga berjumpa lagi...huhu =(


ARKIB pergi Selayang Yang Menjelma,

Arkib Negara sudah tidak aku peggang lagi, kini aku bertukar ke Majlis Daerah Selayang Dan Majlis Daerah sabak bernam pula. Aku harap 2 tempat yang akan aku jaga ini tiada menimbulkan sebarang masalah lagi.

Ini la dinamanya kerja, terpaksa mengikut perintah. Pada mulanya aku nak resign dari company ni, my boss pujuk x kasi berhenti, n diorang nak hantar aku ke cawangan kuantan pahang, tapi aku tidak berminat untuk balik ke kuantan lagi, kerana terlampau banyak kenangan manis dan pahit aku selama aku dok di kuantan.

Dan di atas budi bicara dari my boss, so aku dapat la jaga site area kl. Alhamdulillah...dan aku akan mempertingkat kan lagi mutu kerja aku insyaallah..

Ok la, aku pun x tau nak cerita apa lagi,ketandusan idea..hehe...

2 Minggu yang berlalu

Hampir 2 minggu aku dah kenal ngn family dan bersama mereka, memang x boleh nk nafikan lagi, memang aku bahagia dan gembira bersama mereka, aku kenal mereka bukan lah diatas sebab Daus tu Artis, tapi aku kenal mereka atas dasar kekeluargaan.

Aku suka tengok cara hidup mereka, satu keluarga yang happy, x pernah berpisah antara 5 beradik, mereka hidup bersama2 walau apa jua keadaan sekali pun. Aku mula rapat ngn family dia bila Mak diaorang datang ke kuala lumpur, hampir setiap malam kami keluar bersama2. Aku dah anggap mereka macam keluarga aku sendiri, Terima Kasih Mak, Kak Sen, Kak ina, Rach, Elin dan Daus kerana terima aku menjadi sebahagian dari keluarga korang.

Dan aku juga nk ucapkan bebanyak terima kasih kat mak n k.sen kerana begitu ambil berat sekali masa aku demam tempoh hari. Walaumacamana sekali pun keluarga aku, aku tetap utamakan..huhu..

Dari mereka juga la aku kenal dengan Kak Cham yang mana aku dah anggap dia sebagai auntie aku sendiri, kerana beliau amat baik bagi aku.

Kalau la malam tu family Daus x datang ke Uptown Danau Kota, mungkin aku xkenal mereka dengan lebih rapat kot. Start malam tu aku kenal mereka sehingga la hari ini aku semakin rapat ngn diorang, kami pergi Nilai 3 bersama2, pergi subang prade, Klcc, karoke Ampang Park, Birthday Sedara Mara Daus, NZ Cafe,The Ship Restaurant, SS15 subang,Barjaya Times Square, Dan banyak lagi tempat yang kami pergi bersama2,Dan aku juga nak ucap ribuan terima kasih kepada kak cham, pak mal n semua yang belanja kami makan kemana saja kami pergi.

Percayalah,saya akan tetap bersama anda semua walau apapun yang terjadi. Kalau nak tengok banyak gambar sila la tengok kat fb saya yer. www.facebook.com/khairiz85. Insyallah saya akan update kan blog ni dari masa ke semasa. semoga berjumpa lagi..terima kasih kerana sudi singgah di Blog saya.

Berjaya Times Square

Hari bersama ngn 4 orang bekas pelajar AF8 iaitu ema,Anum, Adira dan Daus di Times Square,Kuala Lumpur. Masa ni diorang baru balik dari casting untuk menghasilkan sebuah filem, bestkan keluar je AF dah banyak offer..huhu..apa pun Good Luck la yea…

 DSC04509 DSC04510  DSC04435 DSC04437 DSC04443 DSC04485 DSC04493 

First time aku jupa ngn ema n anum, memang ok la, 2 orang ni cute, hehehe…yang pelik nya, bilatengok kat kaca tv diorang ni besar, tapi bila tengok depan mata kecil je diorang ni…apa2 pun aku enjoy bersama ngn korang…tahniah pada adik beradik sama jadi artis..ema and adira..teruskan perjuangan mu…

Hari Bersama Family Daus

Selepas balik dari Genting, dari hari ke hari,aku semakin rapat ngn family daus, dah macam family aku sendiri, dan kami juga dah macam adik beradik, kemana saja mereka pergi mesti aku join sekaki.

Ini gambar masa kat subang prade.

DSC00294 DSC00267 DSC00268 DSC00270 DSC00271 DSC00274 DSC00276 DSC00286

memang happening… thanks to mak Daus,coz beri layanan yang baik kat kami semua, xlupa gak pada kakak2, abang Daus dan Daus sekali thanks a lot. Kami enjoy bersama ngn family ko Daus. Kami sentia menjadi tulang belakang ko tuk terus maju ke hadapan.

Utusan Malaysia

Ni masa aku ngn Rach abang Daus merangkap PA Daus hantar Daus ke Utusan Malaysia untuk sesi photoshoot ngn Kosma. Masa ni hanya top 3 sahaja yang di pilih untuk Photoshoot. Shahir, Adira Dan Daus.

DSC04304 DSC04303

Sorry Daus, aku x sempat nk ambil gambar ko, sebab diz time ko x siap lagi kene make-up hehehe..jangan marah yer,lagi pun gambar aku ngan daus dah banyak..bagi peluang aku bergambar ngn adira n shahir plak.

LCCT

Hari ahad malam selepas aku balik dari genting, aku sekali lagi di ajak oleh family daus pergi ke LCCT untuk mengambil bekas pelajar AF8 Daus dan Mak dia tiba di Kuala Lumpur dari Kuching Serawak.

DSC04160ini la Daus Af8 Yang menang Tempat Ke-3

DSC00007 Daus Family…

29266_121337764571493_100000858103629_107947_3774548_n

29266_121337787904824_100000858103629_107949_5938780_n 

Yang sebenarnya,pada mulanya aku x tahu pun siapa Daus ni sebenarnya, sebab aku x layan sangat Akedemi Fantasia ni, Tapi bila aku dah kenal Kakak n Abang di, baru la aku kenal siapa Daus ni…

Selepas Balik dari LCCT kami pergi ke restoran Andalus Kat Ampang,pergi lepak2 makan kat sana bersama 2 lagi pelajar AF8 iatu Nad n iwan.

29266_121339671237969_100000858103629_107955_12115_n

KoTa KeRiaNgAn

Pada 29hb Mei 2010 sekali lagi aku naik ke puncak kota keriangan Genting Highland bersama2 dengan abg n kakak Daus Af8 dan fan Daus ewan,ejal,faarel,pijan ares dan zura. FYI ini lah kali pertama aku berjumpa ngn diorang kecuali zura, kerana zura dak opis aku.

Hari tersebut memang happening buat kitaorang bersama,aku pun x tahu macamana aku boleh termasuk group fan Daus ni, aku x kesah apapun, yang penting aku enjoy.

seharian suntuk kami habiskan masa di kota keriangan, walaupun kami x sempat nak main semua permainan dalam taman tema luar, disebabkan terlampau ramai orang masa tu, nak main satu game pun terpaksa que hampir 1 jam tuk main. Memang agak membosankan,kata pepatah penantian itu amat menyeksakan.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat dioarang kerana sudi juga ajak aku tuk join diorang hari tu, walaupun majoritinya aku baru je kenal ngn diorang tapi diaorang layan aku dengan baik sekali,sekali gus menambah kawan baru aku.

aku harap masa yang akan datang kami dapat bersama lagi bercuti ke genting.dan di bawah ni adalah gambar2 aku bersama ngn diorang pada hari tersebut.

DSC00137

DSC00144 

DSC00132

DSC00124

DSC00135

DSC00155

DSC00205

DSC00160

DSC00176

DSC00178

DSC00211

DSC00229

DSC00230

DSC00237     

Sekali lagi aku nak ucap terima kasih banyak2 kerana korang semua sporting. lain kali jika ada masa kita datang lagi ke genting k….