MeLoDi RaYa




Hari Jumaat lepas(20hb ogos 2010) Melodi telah mengada kan program Melodi Raya di PWTC,
agak begitu ramai la artis lama dan artis yang hadir untuk menjayakan Program tersebut.


Buat kali ini aku x terlepas peluang untuk menghadiri Program ni, aku datang dengan Daus and Boy, memang happening giler, coz dapat jumpa semua artis yang aku minat..hehehe.

Ramai yang tertanya2 macam mana aku boleh terlibat sama dalam program ini, aku pun x tau nak jawab camana,   
dulu aku selalu tengok diorang dalam TV jew, tapi kali ni aku dapat jumpa depan mata aku sendiri,
dan pada kali ini, aku dah x rasa apa2 da, coz selalu kot lepak ngn artis ni,
aku dah rasa mereka cam kawan, bukan cam artis, sebab mereka pun manusia biasa gak, 
cuma karier jer yang berbeza huhu....

Antara persembahan yang terbest la..adalah nyanyian dari nicole, sudah lama aku x dengar
lagu "ini la nasib ku" memang best la...dan nyanyian dari dato siti nurhaliza,

suasana dewan yang terlalu padat ngn tetamu, membuat kan aku rimas, so aku
x lama dok sana, sampai kul 9.30 mlm je kami gerak lepak di cheras lak
makan nasi ayam penyek...balas dendam berbuka puasa, coz kami makan sikit je..maklum la
tempat org ramai so nak ambil makanan pun kene quee panjang, so kami
makan apa yang sempat kami ambil aje la hehehe..

Malam tu aku ngn boy lepak ngn dak2 af8 Daus,Shah,Ema,Nad dan Aliff, sampai le ke pagi..huhu
btw thanks to u all...

ini adalah antara koleksi-koleksi aku semasa di majlis Melodi Raya Jumaat Lepas...























MyBirthDay



Tanggal 19 hb ogos 2010 genap la umur aku 25 tahun, selama 25 tahun aku hidup di negara yang bebas penjajah, negara yang aman sentosa. Aku berharap agar sempena tahun baru aku ini, aku dapat menanam azam untuk terus kan perjuangan aku, selagi nyawa masih dikandung badan, aku bersyukur sangat, kerana sambutan hari lahir aku jatuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang Mulia disisi Allah, aku berharap agar apa yang aku lakukan selama ini diberkati dan di redhai oleh Allah swt.



Tahun ini aku x de la wat celabrate sangat, just a simple je, lg pun bulan puasa ni x elok la kan..huhu.kira buat santai je, aku buat kat I-City shah alam bersama Daus Af8, kak sen (kak Daus), Rach (abg daus), azura, ryzal dan leha. Tapi malam tu aku syukur sangat pada Allah swt kerana di limpahi hujan rahmat, walaupun dalam keadaan hujan, kami tetap bergambar gak...bila lg kan nak mandi hujan...rindu pada zaman kanak2 lak..



Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang x terhingga kepada sahabat handai dan rakan2 di facebook yang hampir 500 org wish my birthday..semoga doa anda semua termakbul, insyaAllah, dan juga terima kasih juga kepada family daus yang sudi celabrate birthday aku. n thanks to kak send kerana bagi aku gift....aku ingat dah tua2 ni xda org nak bg hadiag, upaya ada lagi...



Akhir sekali aku harap ulang tahun aku kali ini, memberi lebih makna pada diri aku, dan membuat yang terbaik dari sebelum ini..sekali lagi aku nak ucap jutaan terima kasih kepada anda semua, aku juga turut doakan korang agar dimurahkan rezeki dan di panjang kan umur...








Jumpa aku di facebook (Khai Firdaus)










Bulan Ramadhan Datang Kembali.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ahlam Wasahlam Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang penuh berkat, Alhamdulillah, aku sempat lagi merasa bulan Ramadhan kali ini, aku ingat da x sempat, aku bersyukur pada mu Ya Allah, Yang Maha Aggung lagi Maha besar, aku bersyukur pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada aku selama ini.

Pejam celik,pejam celik, hari ni dah pun 3 ramadhan, bersamaan hari jumaat 13hb. bermaknanya kita dah puasa 3 hari dan terawih dah 3 malam, alhamdulillah, begitu cepat masa berlalu, sehingga kan kita x merasa ia berlalu pergi seperti air yang laju.

Bulan puasa ini lah yang banyak memberi kenangan manis dan pahit dalam hidup aku, tapi ini semua adalah ketentuan Allah swt, aku percaya ini semua adalah dugaan dari Nya, Kita sebagai Hamba yang lemah ini terpaksa menerima dan harus mengharungi dengar sabar dan tabah. Hampir setahun sudah berlalu, kenangan itu tetap menjadi kenangan. Dan dalam puasa tahun lepas 2009, aku telah ditemukan oleh Allah swt. 2 sahabat baik, yang tidak pernah aku jumpa, hanya kenal melalui alam maya sahaja, insan mulia yang aku maksud kan itu adalah Saif Haqiem dan Herman, mereka berdua yang banyak memberi nasihat dan sokongan kepada aku, untuk aku teruskan perjuangan aku. Aku ingin berterima kasih kepada mereka berdua, jasa korang hanya Allah sahaja yang dapat membalas nya..

Bulan Ramadhan kali ini aku ingin guna sebaiknya, aku x mau sia2kan, dan aku takut, kalau aku x buat betul2, belum tentu lagi aku dapat tebus bulan ramadhan yang akan datang. Bulan penuh dengan ujian kepada seluruh umatnya yang beragama islam. Bulan ini juga, bulan yang memberi peluang kepada kita semua memohon ampun dari Allah supaya, dosa2 kita selama ini di Ampun dan dihapuskan...InsyaAllah, Allah akan tolong kepada hamba Nya. Jadi buat la amalan dengan ikhlas bukan setakat di bulan Ramadhan saja, buat la sepanjang masa, selagi nyawa dikandung badan.

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga blogger yang beragama Islam, dan tingkatkan amalan kita semua, supaya kita semua dipandang mulia disisi Allah swt. aku mohon ampun jika selama ini ada kekasaran bahasa, atau salah dan silap aku secara sedar atau tidak sedar aku lakukan, aku mohon maaf banyak.


InsyaAllah jika ada masa lagi, kita ketemu lagi di blog ini yer...Assalamualaikum...

SESI DAUS BERTEMU PEMINAT

Hampir sebulan kami merancang untuk membuat event  Daus bertemu peminatnya, akhirnya Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancer. Pada mula nya event  tersebut berlangsung pada 30hb Julai 2010, tetapi  last minute tunda , di sebabkan daus terpaksa terbang ke Sabah pada 30hb tu untuk membuat show di Sabah bersama Adira.
Pada hari sabtu 31hb Julai 2010 di Restoran Jaam-E-Jam Bukit Bintang, Kuala Lumpur   SESI DAUS BERTEMU PEMINAT berlangsung. Ramai juga peminat setia daus yang hadir pada malam tersebut dan yang membuat kami terkejut, ada peminat Daus dari Sarawak datang ke KL semata2 untuk hadir ke event  Daus. Memang fanatic gila la diorang ni.
Event ini dianjur oleh Kelab Peminat Daus Sendiri dan di taja penuh oleh Little Tree Trading. Dan kami berlima serta keluarga Daus hanya menjalankan tugas bagi memastikan event ini berjalan dengan lancar. Admin yang dimaksudkan adalah saya, azura, ewan , rach dan ryzal.
Terima kasih kepada En.Fazli, pengurus besar little tree trading kerana telah menganjurkan event  Daus kali ini, dan Tetamu terhormat Dato’ Abdul Halim dan keluarga, tak lupa juga kepada En.Ali dan En.Safri kerana menyediakan tempat yang selesa dan makanan iran yang sedap sekali...
Dan pada pihak media seperti Utopia,Sinar Harian, Majalah Hai, Majalah Yezz!, Majalah Klik,Media Hiburan Dan Majalah Bintang Kecil, terima kasih kerana sudi membuat liputan event daus pada malam tersebut.
Ini adalah event pertama yang aku n de geng lakukan, becoz sebelum ini aku hanya handle event reunion jer hehe.Nth kali ni camana aku ley terlibat ngn artis.Hehe..btw Daus n de family pun dah jadi cam family aku sendiri dah..so  x kesah la....untill now aku x anggap daus tu artis, becoz aku sentiasa ngn dia kot??? Hehe.
Event ke2 kami adalah rumah terbuka Daus raya nanti, yang akan dilaksanakan di kuching Sarawak, lagi sekali la kami ber5 terbang ke Sarawak....sambil2 melancong katakan hahaha....sejak 2 mejak ni kami busy je, masa tuk rehat pun xda, tapi semua ni kami lakukan ngn ikhlas, n kami enjoy hehehe...
Setakat ini dulu cerita event daus ni, jom saksikan gambar event pada malam tu :