Jong’s Crocodile Farm


Masa aku kat Sarawak tempoh hari, aku berkesempatan melawat kadang buaya di Jong’s Crocodile Farm.
Ada sesetengah orang dia x berminat ke tempat2 macam ni, tapi aku, aku memang minat pada binatang, ye la bukan kat zoo xda buaya ada, tapi di Sarawak kan terkenal ngn buaya, teringin nak jumpa ngn bujang senang, tapi nak wat macamana buaya yang terbesar tu belum di ketemui lagi, masih ada lagi dalam sungai Sarawak.


Nak masuk farm ni mesti la kena pakai wristband, harga wristband kalau bkn rakyat Sarawak RM16, tapi kalau orang Sarawak RM10 je la, nasib baik time ni org srwk yg bawa aku, so RM10 je la aku bayar. Dalam ni bukan ada buaya sahaja, byk lagi binatang2 lain, like zoo la, tapi di sini buaya la yg paling bnyk, dah nama pun kadang buaya.

Kepada org yg minat nk mengenali spesis2 buaya ni blh la berkunjung ke Jong’s Crocodile ni, x jauh dari Bandar Kuching, hanya mengambil masa dlm 35 minit sahaja


Ini buaya muda lagi, that y dia masih dok dalam kolah, masa mula aku sampai di sini, aku ingat kan buaya ni x idup, tapi bila skali dia gerak, ambik kau..huh, x blh nk byg kan,klau aku jatuh ke dalam kolah ni..tgk dia buka mulut pun dah cukup da. Dulu nk tgk sekor buaya pun susah, ni berpuluh2 ekor buaya dalam kolah, dan kolam x silap aku berates kot. X sempat lak nk Tanya pengurus dia bapa jumlah kesemua..hehehe


Buaya yang ni dia x makan org, di mkan ikan x silap aku, coz mulut dia muncung. X blh la makan manusia..hehehe...mau je aku peggang, tapi walau pun buaya ni x makan org, mana la tau tetibe nk jadi, sapa tahu kan, so x yah menempah maut. Sekadar tgk dari dekat pun dah jadi la.


Time dia nak makan ni, kat sini dia bagi makan 2 kali sehari, pertama kul 11 pagi dan kedua kul 3 ptg, ni dia menuju kea rah kitaorang, tapi xpa pagar ada, apa yg nk di takutkan hehe. Tapi buaya ni la yg buat aku terkejut, dia tetibe macam nk terkam aku yg dok kat tepi pagar tu, sib sempat larikan tangan aku...tgh syok tgk buaya lain makan, sampai lupa yg ni dok dekat ngn aku..huhu.



Yang ni plak bila dah dapat makanan laju2 dia lari ke tepi...dia x sedar ada yg lain follow blkg dia.






Ada Nampak buaya yg paling besar dan panjang?? Tapi kesian, dia x dapat makanan, kerana yg lain lg pantas dari dia...





Dah selamat masuk dalam mulut dah ayam tu..best tengok dia makan..hehe


Time ni aku blh byg, macamana buaya makan manusia. Seram sejuk di buatnya.
Ini sahaja koleksi gambar aku dpt kongsikan, byk lagi sebenarnya, kalau nk tgk pergi la kat Jong Crocodile kat kuching Sarawak, baru best, kat sini dia ada wat show time buaya makan..seronok plk tgk buaya melompat tuk mengambil makanan yang di gantung kat tali...atau pun tgk kat photo album fb aku k.
Tapi aku x lama kat sini, coz hari tu juga aku balik kl, flight aku kul 7 mlm. Tunggu buaya makan saja dah kul 3.30 ptg. Nk gerak balik lg 35 minit, tapi member aku sempat lg nk pergi beli kek lapis. Huhu
Last2 kat kul 7 baru sampai kat aeport, sib baik flight kami delay, lau x memang terlepas la...huhu, tapi memang x puas la, aku akan pergi lagi di lain hari..InsyaAllah.


Benarkah Cemburu Tanda Sayang?

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.
Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu
Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

Kenangan

antara koleksi-koleksi gambar aku bersama mereka.mungkin akan tingalkan kenangan dalam hidup aku x lama lagi.




























ERTI KEHIDUPAN MAKHLUK BERNAMA INSAN

Di saat dan ketika ini, kita yang bernama insan masih lagi diberikan nafas dan nyawa oleh Sang Pencipta yakni Allah Taala. Mengapa kita dihidupkan sampai saat ini? Pernah atau tidak kita berfikir sedemikian? Pernah atau tidak kita bertanyakan diri kita mengapa dan kenapa kita dihidupkan lagi? Mungkin kita terlupa atau tidak terfikir untuk bertanyakan soalan sedemikian. Buat apa kita tanya soalan itu? Namun jauh di benak hati dan minda kita, sebenarnya banyak jawapan yang akan terjawab sekiranya kita mencuba untuk mencari jawapannya. Cubalah kita cari jawapannya sekarang sebelum Sang Pencipta mengambil nyawa dan kehidupan kita.

Bersedia atau tidak bukan persoalannya untuk kita mencari apa erti kehidupan kita sebagai makhluk yang bernama insan. Al-Quran telah membuktikan bahawa Nabi Adam diciptakan untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi. Khalifah yang akan memakmurkan bumi dengan memberikan sinar cahaya bagi bumi dan isinya. Maka di sini kita lihat betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kita selaku Khalifah. Jika Nabi Adam, manusia pertama yang ditugaskan untuk menjadi Khalifah dan pemakmur muka bumi, maka apa pula tugas kita selaku insan seperti Nabi Adam? Kalau difikir-fikirkan maknanya tugas kita adalah tugas yang pernah dipikul oleh Nabi Adam. Maknanya tugas yang sama. Namun begitu, apakah benar kita berkeadaan sedemikian? Benarkah kita ini Khalifah Allah sekarang? Benarkah kita ini sudah memberi kemakmuran kepada bumi Allah ini? Benarkah sekarang kita sudah memberi sinar dan nur Islam kepada bumi Allah ini?

Insan memang mesti bersedia dari dahulu lagi. Insan sudah berjanji dengan Allah untuk membaktikan diri kepada Allah. Berjanji untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Menyerah diri hanya kepada Allah. Bukan setakat untuk menjadi Khalifah tetapi menjadi hamba-hamba-Nya yang akan sentiasa menyembah-Nya. Itulah janji kita. Janji yang kita sendiri lupa. Sebab semasa kita berjanji itu, kita masih lagi di alam ruh. Alam yang kita sendiri tidak tahu bila ianya berlaku. Ini kerana sedar-sedar kita sudah ada di alam nyata yakni bumi ini. Sebenarnya sebelum kita berada di alam nyata ini, kita melalui beberapa proses perjalanan seperti alam ruh dan alam rahim. Namun semua itu kita lupa dan tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Cuma kita hanya boleh merasai dan membayanginya dengan pengetahuan yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah serta digambarkan kepada kita.

Perjalanan hidup insan memang mencabar dan berliku. Berlakunya kehidupan yang susah dan senang. Kehidupan yang menyebabkan insan seperti kita ini bingung. Mana satu yang harus diikuti dan mana satu yang harus dijauhi. Mana satu yang harus diteladani dan sebagainya. Kalau diikutkan maka kehidupan ini tidak perlu diteruskan. Namun sebagai insan dan hamba-Nya yang terpilih tidak dapat tidak kita semestinya terus berjuang untuk hidup dengan memilih jalan yang betul dan lurus yang telah disyariatkan oleh Islam. Islamlah yang boleh meluruskan perjalanan hidup insan. Tugas kita ialah sentiasa mengkaji dan menuntut ilmu yang sememangnya seperti lautan yang tidak akan pupus dan kering. Teruskanlah hidup kita walau di sana kita sering ditimpa kesedihan, sering ditimpa kesakitan, sering ditimpa kesusahan, namun kita juga sering mendapat kebahagiaan, sering mendapat kesenangan, sering mendapat kesihatan. Apa yang penting ialah hidup mesti berlandaskan apa yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jadilah hamba-Nya yang menjalani hidup amal makruf nahi mungkar. Semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat. Amiin





*artikel dari punaitanah

Malam Yang Sepi

selalunya malam tiada masa untuk aku, tapi malam ini ada lak masa untuk aku mencoretkan sepatah 2 patah perkataan, smbil melayan kebusanan pada malam ini ye.

best tengok org lain nyenyak je tido, siap layan mimpi yg indah lagi, tapi aku x dapat nk tido, da x dapat nak rasa nikmat malam. dah rugi satu nikmat yang tuhan berikan. Malam ini aku ambil peluang utk rehat sepuas2nya, bukan malam ni sahaja, malah minggu ini,aku ambil masa tuk merehatkan badan.

kalau dapat balik kg kan best. tapi apakan daya, masalah x dapat nak di elakkan, sedih sekejap, bila petang tadi adik kat kampung bagi tau, minggu depan diorang buat hari keluarga, terasa ingin sangat join sama2, tgk ma n abah gelak, lama dah x tgk mak n abah gelak, rindunya...tapi alangkah bestnya masa tu semua adik beradik aku ada...aku masih menunggu lagi saat2 itu akan datang.

katanya abg long dari kedah pun balik satu family join hari keluarga, dah la hari keluarga tu bkn keluarga org lain, keluarga aku sendiri. arghhh!! apa harus aku buat???? dah la raya hari tu pun aku x balik kampung...Ya Allah apa dah jadi dgn hambamu ini.  

Buat lak kat pantai, aku ni kaki mandi pantai, dah lama rasanya x pergi pantai, aku ingt lagi masa sekolah dulu, hujung minggu je abah n ma bawa kami pergi ke pantai, terasa ingin balik semula ke masa itu...alangkah indahnya kalau la blh patah balik kan masa...di saat ini aku hanya rindu kan kepada keluarga aku sahaja. yang lain aku tolak tepi dahulu, keluarga adalah yang patut di utamakan. apa2 pun aku akan cuba gak balik minggu ni, aku join diorang aku x nk lepaskan peluang yang ada ini...tapi....apa yg blh aku buat? Ya Allah bantu lah Hamba mu ini......sesungguhnya hambaMu ini telah buntu. Harap ma n abah faham keadaan ank ma sekrang...:(

setakat ini dahulu coretan aku kali ini, aku pun dah buntu nk type apa lagi.....lg panjang,lagi aku sedih..apapun thanks coz sudi baca, ampun dan maaf jika ada tersalah ejaan atau pun maksud, jika di beri peluang oleh Allah kita akan bersama lagi..insyaAllah.

selamat pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua...

selamat pagi, apa khabar anda semua, saya harao anda semua sihat walfiat. subuh yang hening ni aku ingin mencoret serba sedikit kat blog aku ini.

Masuk hari ini dah sebulan 17 hari dah aku x kerja, tapi hidup aku bz mengalahkan org yg bekerja, hari2 jadual aku padat, sampaikan aku x balik kampung merayakan hari raya haji. tapi ok la at least aku x dok terperap kat umah je...

Pagi ni kul 7 aku nk kena gerak ke Hotel Pasifik KL, bawa daus pergi show kat sana, semperna kampen batik. mungkin smpai ke tengahari n malam plak ada aktiviti lain, yg belum di comfirmkan, dan lewat pagi baru balik umah, walau pun income x masuk, tapi hidup aku x la kesunyian...

Tapi seriusly aku skunk tertekan coz x dapat kerja lagi, aku banyak tanggungjawab, terutamanya kepada family aku la....sampai bila aku nak terus macam ni, mungkin rezeki aku blm ada lagi kot, tunggu la keputusan interview sbg IT Executive nanti dapat or x...aku harap dapat la, ni je peluang yang aku ada....buat masa ni la...

apa2 pun, aku nk pesan kat org yang belum kerja, jgn terlalu memilih kerja sangat k..coz zaman sekarang susah nak dapat kerja, yang lebih penting pengelaman, kalau xda pengelaman memang susah la nak kerja, walau study tinggi manapun.....ingat jangan bangga dengan sijil yang anda perolehi, kerana sijil itu adalah sekeping kertas sahaja, yg menentukan kita dapat kerja adalah pengelaman, lau study dapat 4 plat sekali pun kalau kerja yg org bagi x dapat nak buat x payah la...sekadar pendapat dari aku jer ni, mungkin banyak lagi pendapat dari orang lain...aku cakap atas dasar pengelaman itu jew...

ok la, apapun korang enjoy la ngn hidup korang sekarang k...lau yang tgh kerja,kerja la leklok k..tu la punca rezeki anda, xpa x banyak pun, at least halal dan pandai berberlanja, tu je dah cukup dah....kita harus bersyukur apa yang kita dapat, lau kita x bersyukur, bagi satu juta pun blm rasa cukup lagi...coz skunk ni banyak sgt guna alasan, sara hidup tinggi, dan gaji rendah,...so korang manage la kewangan korang dengan baik k...

salah perkataan atau salah maksud harap di maaf k...salam ikhlas dari Khai Riz...

Muzik-Muzik 25 Semi Final

kAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Entry kali ini aku nk cerita tentang Muzik-Muzik yang ke 25 Separuh Akhir.

Malam tadi aku berkesempatan untuk hadir ke Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, untuk menyaksikan Muzik2...aku hadir untuk support Adira n Stacy jew..hehe

Selalunya aku malas nak pergi, tapi smlm aku bosan x tau nak wat apa so aku pergi je la, aku pergi ngn kawan baik aku Rach

Persembahan pembukaan dari Mirwana memang best la, lama dah aku x dengar lagu dari kumpulan nirwana nih...



Sorry x banyak sangat gambar, coz aku datang sana tuk tgk diorang perform, so x banyak la gambar aku ambil, ulasan aku tentang persembahan hari ni, aku nampak Black banyak dah perubahan pada suara, aku dgr tadi macm best lak dgr suara dia, Adira plak, macam biasa la, tuan je kecik tapi suara besar.,Stacy lak cam biasa la...no coment..huhu dan yang lain semua pun ok la..

Apapun tahniah kepada top 6 kali ini yang terdiri daripada Adira,Black,Stacy,Black&MUH, Ana Rafali dan Aizat...

Masa nak balik aku sempat la bergambar ngn Rahmat Mega, dah lama dah aku nk jumpa ngn dia, aku minat semua lagu2 dari Kumpulan Mega ni.Malam ni rezeki aku untuk berjumpa..aku memang minat lagu dia "Bayangan Gurauan"


dan aku juga nak ucap terima kasih kat wan n kawan, coz sudi lepak ngn kitaorang malam tadi. Ok la, setakat ni je aku rasa, insyaAllah minggu depan kalau xda kerja aku akan kesana lagi, lau x final je la aku pergi nanti..hehehe

Macam biasa kalau ada salah ejaan atau sebagainya..aku mohon ampun dan maaf k..apa pun thanks a lot coz sudi view blog aku ini...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Lastly layan video "Bayangan Gurauan " dari Rahmat Mega




Selamat Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi kepada anda semua, semoga hari ini lebih ceria dari yang biasa, dan kepada yang bekerja hari ini selamat menjalankan tugas dengan sempurna ya, dan ingat dalam mencari rezeki ini, biarla kita mencari rezeki yang halal dan baru la hidup kita semua berkat dan di redha oleh Illahi.

Dan kepada adik-adik dan guru-guru, selamat bercuti ya, guna la cuti anda dengan sebaiknya, jangan sia2 kan cuti anda, ini lah masa utk kita bersama keluarga. Dan kalau blh pergi la bercuti kemana-mana bg hilangkan tension, atau pun balik kampung halaman.

Dan kepada umat islam yang sedang menunaikan fardhu haji di mekah sekarang ni, lakukan ibadah dengan sempurna, x lama lagi untuk merayakan hari kemenangan bakal2 haji dan hajjah, mudah-mudahan mendapat haji mabrur k. Dan ingat la dalam menunaikan ibadah haji ini, mesti la kena ikhlas, jangan semata2 utk mendapat kan title sahaja, dan bila balik dari mekah nanti, harap kehidupan berubah, jangan ulangi lagi kehidupan yg sebelum ini, jadi orang yang beriman kepada Allah. dan kepada anda semua, selagi masa masih ada, jangan sia2 kan hidup anda k... hendak lah sentiasa akur dengan suruhan dan perintah Allah.

Dan di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan kepada semua umat islam yang berada di malaysia ini atau di luar sana, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA. dan aku mohon maaf jika ada yg terkasar bahasa atau ayat yang aku guna dalam blog ni yg tidak menyenangkan hati anda semua. walaupun raya haji ni aku x dapat pulang ke kampung halaman, terasa sedih la plak, tetapi nk wat macamanakan, ada sebab2 tertentu yang aku x pat balik..

ok la cukup di sini dulu, entry aku ni adalah sekadar berkongsi pendapat dan nasihat di pagi hari..jika ada salah ejaan atau sebagainya, harap di maafkan k...

BAHAGIA DAN SEDIH



Kadang2 hidup kita ni happy sangat, tapi kadang2 happy tu akan bertukar kepada sedih. Ini lah dikatakan lumrah hidup.

Alhamdulillah...kebelakangan ini hidup aku happy, walaupun di sebaliknya tidak, tetapi aku menghiburkan diri aku sendiri, supaya aku boleh lupakan seketika masalah aku.

Apa yang aku happy?
 aku happy coz, badan aku skunk dah pun berisi, lama giler aku tunggu nk naik badan, tapi lastly tahun ni aku dpt.kalau nak bandingkan sebelum ni, berat aku hanya 49Kg shj. tetapi skunk berat aku 62Kg. Jauh beza kan?

Apa yang aku sedih?


aq sedih coz untill now aq blom lagi dapat kerja, aku dah mula bosan dah dok kat umah aje. rutin harian aku makan, tido, bangun, makan n tido lagi..huhu dan aq sedih bila aku dapat tahu family aku dalam kesusahan. Apa yang boleh aku buat, selain berusaha dan tawakal kepada Allah swt. Ini semua Ujian dari Nya.

Apa yang aku happy?
aq happy bila aku dapat peggang dan main dengan binatang kesayangan aku, iaitu Albino 
dan ular sawa batik. aq kalau dapat peggang Albino ngn Batik, comfirm aq x peduli yang lain dah
heheeh...aku minat giler kot. Nak pelihara balik malas la pulak, bila memikirkan modal yang besar
kalau dulu yer la, blh la aku bela, tapi skunk da x pat da..aku rindu sangat kat "Boboy" aku nth camana skunk, masih hidup lagi or x??

ni gambar masa aq kat gntg tempoh hari...hehehe


Kebusanan...


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama aku  x update blog aku ini. Mungkin ada orang tertanya-tanya kemana aku pergi menghilangkan diri, yang sebenarnya aku ada je, Cuma kebelakangan ni aku kurang idea untuk coretkan di blog aku ini.
Pagi ini aku terasan bosan dan x tahu nak buat apa, so aku lapangkan la masa kat blog aku ni. Entry aku kali ini seperti biasa, iaitu menceritakan kisah hidup aku. Dan macam biasa juga la, kepada yang nak baca, terima kasih banyak la, kepada yang x nak baca tu terpulang la. Aku x kesah pun dan terima kasih juga kerana melayari blog aku ini.

Termasuk yang hari ini dah banyak dah aku mohon kerja, ada dah yang interview dan ada juga blom ada panggilan lagi. Semalam aku dapat kerja kat area KL, tapi aku rasa kerja tu aku x mahu kot, bukan maksud aku memilih kerja, tapi x sesuai ngn diri aku kot. Memang orang akan kata, kita kerja ja apa kerja yang  kita dapat, memang kita x minat, tapi lama2 minat. Tapi bagi aku langsung aku x minat dan bukan itu kerja yang aku minta. Dah memang aku x minat kerja jual insurans nak wat macamana kan, lagi satu gaji mengikut 100% komision, bermakna kalau x dapat pelanggan, maknanya aku x dapat gaji la.
Bagi aku x kesah la kerja apa, tapi bukan jadi agen ansuran, aku tahu ramai yang dah Berjaya, tapi say sorry la bagi diri aku.
Mengikut pengelaman kerja aku memang banyak, dan x susah untuk aku dapat kan kerja, kerja yang mengikut bidang aku baru 2 company, mungkin aku x sesuai kerja opis kot, tu jiwa aku x aman aje. Aku sendiri pun x tahu kenapa. Mengikut pengelaman aku, aku pernah menjadi programmer dan manage portal site (berkaitan laman web), tapi bila aku resign kerja bulan lepas, aku dah rasa x minat dah dalam bidang IT ini. Ntah la apa nak jadi pun aku x tahu.

Hari ini, aku jalan2 kat Giant, terbaca note, yang menyatakan jawatan kosong, aku pun isi aja la, mana la tahu, kot2 rezeki aku ada kat sana, aku x kisah kerja apa pun, janji kerja aku itu halal baru berkat hidup aku. Orang kata kalau kita dapat duit yang haram, hidup kita x berkat kan. Bukan aku nak kata, ini mungkin salah satu sebab. Tapi kesilapan itu tetap datang dari diri aku sendiri, kitakan manusia biasa, mana lepas dari melakukan kesilpan kan.

Tapi seriously, aku rasa tertekan dah sebulan lebih aku x kerja, coz aku x pernah dok saja selama sebulan, selalunnya, ada je kerja yang aku buat. Aku x tahu la plak org yang x kerja berbulan2 tu apa perasaan dia. Mungkin lagi teruk pada aku kot. Aku bukan apa, walaupun aku ni bujang lagi, tapi tanggungjawab aku banyak. That y la aku kena kerja.

Ramai orang dah Tanya bila mau kahwin? Umur dah meningkat dah....tapi apakan daya, ekonomi diri pun x kukuh, camana nak sara anak orang, pepatah mengatakan ukur baju di badan sendiri kan, so aku tgk atas kemampuan la. Ala kalau dah jodoh tu x kemananya...umur x penting pun, sekadar nombor jew, selalu orang kata umur muda lagi, enjoy la sepuas2nya baru kahwin, tapi aku x sama cam diorang, aku ada pendirian aku sendiri, kalau duit x da nak enjoy camanakan? Hehehe

Apa2 pun aku terus berusaha, yang menentukan adalah Allah swt, kerana ajal, maut, rezeki, jodoh semua di tanganNya. Kita sebagai hambaNya redha aja dengan ketentuanNya, dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita.

Aku rasa dah panjang lebar dah ni, cukup la setakat ini je k...insyaAllah, jika umur panjag kita akan bertemu kembali di lain hari ok...aku sentiasa doakan anda semua Berjaya dalam hidup dan tercapai segala cita2 yang di impikan selama ini...InsyaAllah....Assalamualaikum.