Pagi Yang Sepi

Entah kenapa pagi ni aku terasa amat sepi sangat..macam-macam  yang dok main dalam pemikiran aku ini, kalau orang lain masa ni tengah syok layan tido, tapi masih juga x tido, tapi bukan malam ni sahaja, dah hampir 3 bulan aku x dapat tido malam. dah cuba untuk tido malam tapi still x boleh..huhu...

Sekarang ni banyak sangat masalah yang berlaku di sekeliling aku, masalah apa pun aku x tahu, terlampau banyak sangat, x tau nk selesai yang mana satu.

Dek kerana kepala otak ni dah bercelaru, that y aku ambil keputusan balik kg tenangkan fikiran, bukan nak lari masalah, cuma nak rest jap minda ni. Bila kepala otak berserabut, kita x boleh fikir dgn betul, tu kena bg otak ni rehat jap....

Aku x tahu kenapa ada sesetengah pihak, yang selalu menceritakan hal-hal aku, senang kata jaga tepi kain la, yang aku hairan adakah aku buat salah?? nak kata aku ni artis, x juga, orang biasa jew, tapi ada je yg citer bukan2 pasal aku, aku sendiri pun x faham, tapi aku x kesah sangat apa yang diorang nak kata pasal aku. aku cool jew, terpulang la pada diorang selagi mulut diorang boleh bercakap.

Bak kata orang, biasalah lumrah kehidupan, mungkin ini trend kot, suka cakap bukan2 pasal orang...

Ok la, tinggal dulu topik yg bodoh boleh dikatakan ini.....

Sepatutnya hari ini aku pulang ke KL, tapi tunda sehari, aku mungkin balik besok petang. Dek kerana nk jumpa abang long n adik yg pulang dari kedah, da lama da x jumpa diorang, so apa lg ambil peluang la, walaumacamana pun family diutamakan.

Tapi percutian aku kali ini x pergi mana2 just dok umah je la, al-maklumla hujan dari pagi sampai ke malam x henti2, x blh nak kata apa la hujan rahmat...huhu sib baik x banjir jew. Tapi ok juga bila hujan ni, dapat la aku spent time ngn family aku lama-lama, ya la, bukan aku selalu balik kg, jarang2 tu pun tgk atas cuti.

Apa yang aku harapkan bila aku balik semula semua masalah akan selesai, aku x mau masalah ni berpanjangan. aku nak awal tahun aku mula hidup baru dengan azam yg baru, InsyaAllah, bak kata orang tutup buku lama n buka buku baru.

ok la, apa yang aku merepet ni pun aku x tau, sekadar disini dahulu k,,,,,,insyaAllah kita akan jumpa lagi.

Berakhirnya sebuah penantian!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian....huhu skema sikit ayat hari ini.

Mulanya terasa malas sangat nak update blog, dek sebabkan line broadband kat kampung x seberapa nak ada, tapi disebabkan kebusanan yang melanda, tu yang nk juga update blog ni.

Hari ni adalah hari yang ke3 aku ada kat kg, lagi 2 hari lagi aku akan plang ke kota yang penuh dengan kesibukan. Terasa macam x puas lak, ya la bukan selalu pun aku balik kampung. Bila balik ni nak la juga spent time ngn family. Dah la raua haji tempoh hari pun aku x balik.

Ok la bebalik pada tajuk aku, sudah lama aku tunggu masa dan saat ini,akhirnya terjawab juga. Setelah 3 bulan aku tidak bekerja dan sudah banyak juga aku apply kerja namun x dapat, tapi Alhamdulillah, rezeki awal tahun aku, awal bulan 1 ni aku akan dapat kerja baru di Putrajaya.

Yang selama ini aku x pernah fikirpun yang aku dapat kerja sana, ye la da bertahun2 aku apply x pernah2 dapat, kali ini tetibe ja aku dapat. Apa pun aku bersyukur pada Allah swt, dia telah menguji kesabaran aku selama 3 bulan...lastly Dia buka juga pintu rezeki aku, n ini mungkin berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

Kerja apa? nanti aku akan bagi tahu k. ok la, sebelum ternet wat hal,aku stop di sini dulu k...thanks to all.

InsyaAllah jumpa lagi.....:)

K.A.M.I

Melepak di Chanai Cafe, SS15 Subang Jaya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama kami berlima tidak melepak bersama, akhirnya kami dapat berkumpul kembali dengan izin Allah swt.
Kami berlima seperti adik beradik dan juga sahabat sejati. Terdiri daripada Zura, Aku, Rach, Ewan dan Ryzal.  Walauapa jua sekalipun yang berlaku kami tetap berlima.  Kami x kesah apa yang org ingin katakana, yang penting kami happy.
Melepak di NZ Cafe
Apa yang aku suka berkawan dengan diorang ni, adalah sebab diorang ni mempunyai hati yang ikhlas untuk berkawan. Kami sentiasa berada ketika dalam keadaan susah dan senang, semua ini kami harungi bersama, tidak seorang pun yang di kecualikan, semuanya kami layan adil.


Semasa event  Daus AF8 di Restoran Jaam-e-Jam, Bukit Bintang

Banyak kenangan manis kami berlima yang akan aku pahatkan dihatiku sampai bila2, mereka juga yang telah mengajar aku erti persahabatan yang sebenar.
Mungkin Korang tertanya2 kenapa ada perempuan seorang  dalam  group ini? Bagi kami x hairan, sebab zura ini kami anggap kakak yang sulung dalm family ini, kami tidak memilih dengan siapapun kami nk berkawan, janji niat di hati itu ikhlas untuk berkawan, kami tidak kira jantina untuk berkawan.
Dalam kegembiraan ini, ada juga perselisihan faham antara kami, tapi Alhamdulillah semu itu kami selesaikan dengan cara baik, kami tidak mahu ada sifat iri hati, benci dan sebagainya dalam persahabatan kami. Kami mengamalkan sikap jujur dalam persahabatan, agar persahabatan kami kekal buat selama-lamanya.

Bersahur di Tepi Pantai Port Dickson, Seremban
Dari mana aku kenal dengan mereka ini? Perkenalan aku dengan mereka ini bermula dari zura. Dari zura la aku kenal siapa Rach, Ewan dan Ryzal, pertemuan yang pertama kali kami ada di puncak kota keriangan Genting Highland pada 29 hb May 2010.
Dari situ la kami mula kenal mengenali setiap orang, dan selepas dari Genting la, kami selalu keluar sama2 kemana2 saja kami akan bersama. Dan hari ke hari melepak bersama, akhirnya aku rapat dengan diorang ni, dan sekarang dah menjadi family da.

Makan bersama di Restorang Santai, Damansara

Ingatlah jagalah persahabatan korang semua dengan baik, kerana sahabat ini sukar untuk dicari berbanding dengan kawan, dan juga berhati-hati lah dalam memilih kawan. Aku bersyukur pada Allah kerana telah menemui aku dengan mereka, sebelum ini, aku sukar untuk mendapat sahabat yang betul2 sahabat, tetapi bila aku datang KL, Allah telah berikan 4 orang sahabat sekali gus.
Apa yang kami jaga adalah perpisahan, perpisahan ini lah yang kami cuba elakkan, walaupun dah berumah tangga nanti, insyaAllah kami akan usaha jaga hubungan kami semua. Siapa inginkan perpisahan kan??  Yang hanya dapat memisahkan kami adalah Mati sahaja.

Dalam banyak kenangan manis kami adalah kenangan semasa kami beraya dan bercuti di Kuching Sarawak. Entah aku tidak boleh nak gambarkan macamana, yang aku tahu happy sesangat, ya la bukan senang nk bercuti bersama seperti ini. InsyaAllah tahun hadapan kami berlima sekali lagi menjejaki kaki ke negeri Sarawak.

Apa yang penting adalah kerjasama bab kata wonderpet. Itu lah yang membuatkan persahabatan kita kekal lama, jika ada masalah, cuba cerita dan dan selesai bersama. Jangan pendam dalam hati, kerana nanti akan merosakan perhungan kita.

Ok lah, aku igin kenalkan group Adiwira yang kami berikan.
Ini lah Azura @ Sutera Qaseh, dia merupakan kakak sulung dalam group ini, yang bakal bertunang pada 01.11.2011 nanti, apa2 pun aku nk ucap tahniah kat ko n tunang ko k..:)
Bekerja di syarikat  Web Services di Sentul KL

Haha ini aku, no 2 dalam group ini..aku seoarang yang perangai gila-gila, sib baik la x gila betul hehe.. aku penganggur terhormat, yang hanya tunggu kerja baru pada bulan 1 ini.

Rach, no 3, seorang yang periang...periang kew?? Dan pemalu orangny, tapi sempoi tetap ada. Kerja sebagai Registration, HUKM Cheras.














Mista Ewan @ Ewan no 4, haha dia ni lain dari yang lain perangai dia, tapi itu kami shj yg tahu, seorang  yang periang  dan sikit macam budak2 hehe...
Kerja di Istana Budaya KL.
















Dan ini yang bongsu, Ryzal Aziz, seorang yang sporting n caring...
Kerja di U Mobile Bukit Bintang.















Dan ini antara koleksi-koleksi gambar kami bersama ...




















Ice Skating

Gambar blur2 sikit..hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Dah beberapa hari dah aku x update blog ini kan. Ok la entry aku kali ini nak bercerita tentang Ice Skating.

Semalam, hari khamis aku,daus dan rach pergi ke Sunway Pyramid. Kami busan x tau nak wat apa, so kami tengok orang main ice skating best jew, so apa lagi, kamu pun main la, kami main x lama, dalam 3 jam juga la.

Hehe..al maklum la dah lama x main ice skating, so rasa macam baru nak belajar balik la main benda alah ni..hehe..dengan 3 kali aku terletang atas ice tu, baru la aku blh biasakan diri aku balik, memang enjoy la sekejap, rasa masalah pun kurang sikit la, main ice skating ni juga sebenarnya sukan juga, yang blh mengeluarkan peluh, bukan setakat p main gym je, nak2 plak aku ni malas nak senaman...

Zaman dulu mana ada semua ni, gym pun xda, org dulu senaman dulu dengan cara bertani, atau pun jogging, atau pun main bola sepak jew. Tapi sekarang dah lain, dah moderm dah...hehe...

Ice skating ni pun aku jarang sangat main, bila time teringin nak main baru aku main, tapi semalam badan aku macam mandi la, peluh x henti2, org kata ice ni sejuk, napa lak aku rasa panas?? memang la sejuk, tapi bila dah guna tenaga ni, so lemak dalam badan terbakar tu yang jadi panas hehe..

X sangka la plak, masa aku main ice skating semalam, boleh lak jumpa kawan lama aku yang agak lama la juga x jumpa, pada first memang aku malas nak tegur takut salah org, tapi 2 3 kali tgk aku rasa comfirm, baru la aku tegur. Rupa2nya betul dia...ada hikmah gak semalam kenapa aku nak main ice skating.

Tapi bila dah balik umah, faham2 la semua rasa sakit kaki n badan, nak2 plak buku lali luka la plak kena kasut, tapi tu kecil jew, janji aku dapat kuarkan peluh....hehe aku bukan pandai sangat pun main..sekadar mencuba ok la kan..mungkin korang semua dah pandai main kan???

K la setakat ini sahaja yang aku nk berceloteh hari ini...tapi betul aku rasa hari ni aku bebas jap dari masalah, mungkin dgn cara ini kot blh buat aku hilangkan steress, ye la x elok juga kan steress ini kan...k la...t jumpa lagi di entry yang akan datang. Terima kasih kerana sudi baca entry aku ini.

Masih



Masih ku tak berdaya

Melupakan mu

Di hatiku berkata

Apakah sebenarnya cinta



Di hati ini

Hanya mainan semata

Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi



Di diri ini

Kau yang masih di hati

Tidak terdaya
Untuk mengundur diri



Darimu

Setelah engkau pergi

Tiada apa yang ada di diri ini
Kuharapkan kau kan berubah hati
Semoga kau kan kembali
Di diri ini

*Lirik ini penuh dengan makna, cukup saja lirik ini memberitahu.

Mood Jiwang plak malam2 ni.

Lumrah Hidup



Semua yang berlaku telah ditetapkan oleh illahi, kita hanya mampu menerimanya dengan tabah. Tidak selama nya kita hidup dengan ceria dan gembira, kadangkala kesedihan juga perlu ada.

Mungkin ini silap kita yang selama ini, kita tidak fikirkan apa yang akan bakal berlaku. Bila dah berlaku baru la kita sedar apa yang sebenarnya. Baru la kita tahu bahawa kita telah menguriskan hatinya. Tapi kita kan manusia biasa, yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan. dan tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini, apa yang kita mampu ada lah menucapkan kata maaf je.

Mungkin ini juga adalah selisih faham, yang membuatkan sebelah pihak tidak mahu memahami kita, mereka ingin kita sahaja yang faham akan perasaan hati mereka, sedangkan mereka tidak pernah nak memahami hati dan perasaan kita..

apapunn perkara yang dah berlalu biarla ia berlalu, kita harus mulakan hidup baru dan buka buku baru, agar hidup kita aman, dan belajar dari kesilapan yang lalu..

hehe apa yang aku repekan ini pun aku x tahu, tapi ini realiti...

My New Bkog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca anda semua.

Saya ingin memperkenalkan blog baru saya  Tentang Lelaki  

Jadi saya ingin jemput anda singgah tinjau blog baru saya ni k.

sebarang pendapat dan pandangan amat di perlukan..:)

Percutian di Dusun D'Paradise


D'Paradise, Melaka.

Destinasi percutian aku kali ini adalah di Dusun D'Paradise, cantik nama tapi x secantik kawasan. Percutian aku kali ini bersama family Daus AF8. Kami dapat package penginapan selama 3hari 2 malam. 

Lokasinya tidaklah jauh, cuma mengambil masa 1 Jam 45 minit sahaja perjalanan KL ke D'Paradise ini, Sebelum kami ke sini, kami dapat pamplet yang memberi info tentang Dusun ini, aku tengok dalam gambar memang best lokasi nyam dengan penuh dengan buah-buahan. Tetapi semua itu cantik dalam gambar, luaran nya x seindah rupa dari khabar.

Rumah yang kami menginap.

suasana dalam bilik main.

Ruang tamu.


ini ada lah transport yang di sediakan untuk kami pusing2 kawasan dusun.

Macamana aku nak bagi tau tentang tempat ni erk? aku pun x tau. Tapi bagi diri aku la, tempat ni boleh aku katakan x la berapa best sangat. Lokasinya betul2 kat tengah2 hutan. Dikelilingi dusun yang xda buah, bukan musim dia la masa ni. 

Yang paling bestnya hanya kami sebuah rumah sahaja yang menginap di sini. memang best sesangat. Dah la risiko kena tanggung sendiri, memang bagus la tempat ni. 

Hari first kami sampai, lepas check in, kami ronda2 kawasan dusun, memang besar dusun dia, al-maklum la dalam hutan apa2 binatang buas pun ada la. so kena hati2 la...kalau terjadi apa2 kat tgh2 hutan tu, mungkin pagi esok baru diorang p cari kot.

lepas habis ronda, dalam kul 6, perut pun dah lapar, dah la kedai makan xda langsung kat sana, terpaksa la kami keluar mencari kedai makan, last2 kami makan Restoran Asam Pedas kat bandar hilir. blh tahan la jauh rumah penginapan ke bandar hilir, dalam 35KM. Disebabkan kat dusun tu kami x tau nak wat apa, habis kan masa kat bandar la. Malam tu kami just lepak kat mahkota prade jew. Balik je malam tu x silap dalam kul 10 malam, bila sampai kat dusun tu, seram sejuk di buatnya dah la gelap, Guard plak yg jaga kat depan tu sorang jew. Kalau ramai ok la, x la rasa sangat. Ni hanya kami ber4 je yg ada kat tengah2 hutan tu. Nak wat macamana sabar aje la, sampai umah terus tido malas nk pk apa2 da.

Hari ke 2, plan nak berjogging la konon, tapi keadaan aku x mengizinkan, aku tetiba lak demam n selsema, terus rasa cam x best je, ye la, badan pun dah jadi lemah, hidung lak tersumbat cam x selesa la. Tapi xtvt kami tetap sama, walaupun aku demam aku ikut juga diorang berjalan ke bandar hilir lagi sekali, kali ini banyak la tempat kami pergi.  Hari ke 3 pun sama, ke bandar hilir gak tempat nya....

ini la antara gambar2 masa kat sana.









Kepenatan + Demam!!!!!!!

Assalamualaikum.

Semoga anda semua sihat walfiat.

Terima kasih yang mana baru join blog aku, dan kepada yg selalu mengikuti blog aku ini, thanks sangat2 k.

Lama ke blog aku x update? aku rasa x kot, biasa la sejak 2 menjak ni aku xda masa nk update blog aku, if aku sempat baru la aku update.

Ok la, aku sebenarnya baru je balik dari bercuti ke melaka, 3 hari 2 malam aku kat sana,
biasa la dok dlm hutan line x berapa nak ada tuk aku on9.

Entry pasal percutian aku akan aku update kan tuk korang x lama lagi, wat masa skunk x sempat lagi, hehe

Percutian aku kali ini blh di kira kan ok la, coz penginapan tu yang x berapa best bagi aku la, tambah2 lak, kat sana x ramai sangat yg dtg bercuti, hanya kami sebuah rumah je yg
dok kat tengah2 hutan tu, so bila dah dalam hutan ni banyak story la...hehehe

Tapi kesihatan aku yg x mengizinkan tuk aku enjoy, hari ke 2 aku kat sana Demam la plak, yg x tahan selsema n batuk, sampai la ke hari ni, skunk ni dah sampai umah kat kl la.

apa pun thanks la kat D'Paradise kerana menaja kami menginap di sana, insyaAllah 
lain kali kami x akan ke sana lagi.

ok la, setakat ini dulu yer, nanti entry latest aku akan update x lama lagi.

andai ada salah silap or penggunaan ayat yg x sesuai aku mohon maaf k, dan jika umur aku panjang kita akan bertemu kembali, kitakan tahu, ajal maut ni semua di tangan Allah, Jika dia datang menjemput awal aku tuk pulang, harap korang maafkan segala salah dn silap aku k.

Time To Lepak2...

Pertamanya aku nk thanks to kak nad n busu, coz sudi ajak kami lepak sama semalam, happy sangat2.

Da lama da x lepak ngn Busu, kali ni je dapat lepak sama, Kak nad hari ni baru aku kenal, tapi, K.nad memang sporting org nya, tapi K.nad sekejap je kat KL, dah nak balik kuching, bagi menjalankan tugas.



masa ni,pergi melawat KRU Studio kat cyberjaya, sementara menunggu YB datang.huhu...


ini la dia YB, hehe...bukan Yang behormat k, kita org je panggil YB, org kuat Haffiz Af7..hehe.


Busu n Kak Nad, masa ni kat kedai ala arab, kat cyberjaya.


ini makanan aku yang aku suka la Grill Chiken with rice, nasi dia yg best tu...best kan?


ni menu ke 2 aku, Chiken Chop with bread.




ni masa nak balik dah...balik dari cyberjaya kami terus ke ampang park, p karoake lak ngn kawan2 kak nad, x pasal2 malam semalam aku kena paksa nyanyi, so k la, at least terhibur gak la...

apa2 pun thanks kak nad  n busu, insyaAllah kak nad hujung bulan ni kita jumpa di kuching k...bawa saya ronda2 k...

k. la dah nak tido da...Assalamualaikum...