Anugerah Juara Lagu Ke 25!!


Assalamualaikum n salam sejahtera kepada pembaca semua, terlebih dahulu kpd flowers2 aku, aku mohon maaf kerana dah x update blog aku ni, maklum la lately bz sikit, n tambah plak masalah network internet yg teramat slow sangat, itu lah faktor yang membuatkan aku malas nak update.hehe

Ok la, entry aku kali ini nk bercerita kan tentang Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada Ahad lepas, rasanya cerita ni pun masih hangat lagi di perkatakan....mana x nya, sana-sini menceritakan pelbagai tentang AJL yg ke 25 ini, ada yg puas hati n ada yang x puas hati.

Aku pada asalnya memang x nak pergi pun tgk AJL kat stadium putra bukit jalil, memang aku tahu tentu ramai giler, pk dok pk ingat nk dok depan tv jew, tapi last minute aku dapat offer tix utk hadir ke sana, so atas ajakkan member ni, so aku pergi je la...huhu...memang terlalu padat sangat malam tu sampai terpaksa quee panjang tuk masuk ke dewan...nak plak aku dpat seat betul2 bawah bumbung stadium hahaha...
tapi x pa, jelas gak la tengok suasana kat bawah...


Ini tix yang aku dapat last minute, aku dpat dari Qila n Rose, Thank kpd diorang, sblm pg AJL ni, kita org ber5 pergi ke sungai buloh dulu, utk menyaksikan persembahan daus kat sana yg bermula pukul 3 ptg, kul 5ptg baru gerak dari sg buloh ke stadium....ye la nak make over Daus lagi, maklum la dia red carpet malam tu..huhu.Daus sorg je la, kami ni original carpet, hahaha....

Ok la berbalik pada cerita AJL ni, aku nk cakap sikit la, memang happening giler tahun ni, persembahan semua peserta memang mantop-mantop, dari semua finalis2 dan artis pembukaan dan penutup.



Dan persembahan Hafiz membuatkan semua org panik ngn gimik dia lakukan, mana x nya macam real je letupan tu kena kat dia, yg menyebabkan semua crew naik ke pentas, memang terbaik la, Vokal dia pun mantap malam tu. tahun rezeki dia la, dapat tempat ke 3 dan Vokal terbaik.



Dan Faizal tahir la, wat jatung aku luruh masa persembahan kedua, mana x nya aku dok atas jelas nampak, tiba2 dia jatuh...kebawah hahaha.....tapi nampak la crew2 kat belakang tu mandikan dia, bg nampak dia betuk kuar dari air, dan persembahan pertama so sweet sangat dia bawa pasagan romantik kepentas Dato Aziz satar dan isterinya..Tahniah la faizal tahir dapat persembahan terbaik, aku rasa persembahan ke 2 yg membuatkan dia dapat, dgn prod dia tu..huhu, tapi sedih gak la dia x menang, suara best apa...xpa la mungkin xda rezeki dia tuk juara tahun ni.


Yuna, aku suka ngn persembahannya, aku sangkakan dia la yg juara, tapi sebaliknya, yuna satu pun x dapat anugerah malam tu, sedih sangat....xpa la yuna, sabar la k, bukan rezeki dia...cuba lagi next year k.


Dan shahir lak persembahan yg macam x bertenaga dan kena tampar betul2 ngn nasha aziz, kasihan, sabar la ya, 

Adira plak memang cantik malam tu, tapi kedua2 ni masih baru, so sabar la mungkin tahun depan dapat kot.



Yang paling x sangka Ana Raffali yang dapat Juara malam tu, semua orang terkejut, masa dia nyanyi aku x berapa tgk sangat dia, maklum la x berapa nak minat hehehe....tapi kalau dah itu rezeki dia nak wat camanakan. Keputusan Juri adalah muktamad, tapi ada gak yg x puas hati ngn juri, nth la aku pn x faham, tapi lau di ikutkan memang betul pun, Ana tu masih lagi baru....memang terasa hampa gak la malam tu..tp nak wat camana terima aje la..huhu



Dan Black n MUH dapat tempat ke 2, yg ni memang aku bajet dia dapat la, memang x ley nk nafi la suara black memang best...dan aku juga sokong black..hahahaha

apa-apa pun aku teruja ngn persembahan Ziana Zain, vokal dia terbaik doh, aku memang minat sangat2 kat dia ni..huhu tu la lama dah x tgk dia nyanyi....huhu, tapi peminat setia dia, tetap ada Ziana Zain no 2...huhu yg turut menari masa ziana nyanyi..



Dato Siti plak memang x blh nk katakan memang terbaik doh, dia muncul macam dia di awal2 dulu, dgn suara n persembahan yg mantop nya, i like la...huhu....
Apa-apa pun tahniah la kepada semua yg terlibat malam tu, semua persembahan malam tu terhibur nak menarik hehehe.....x sia2 aku pergi n x sia2 aku beratur panjang2 sampai badan mandi ngn peluh hahaha...


Ok la, lau dok cerita pasal AJL ni memang x habis, so setakat ni je la yang aku blh kongsikan, semua org da tahukan ceritanya..hehehehe sekadar nk update my blog jew....

1 comment:

DeaN_DiaN said...

ZZ mmg best... hehe
syg lagu
sofea jane x dpt ape..
best la lagu tu.. =)