Hari-hari yang membosankan….:(

khai riz

Hari ini, hari paling aku bosan dari hari2 yang lain, nk on9 pun x dapat coz line di area rumah baru ni cam apa ntah, slow yang teramat sangat, lau nk loading fb tu, kemain lama lagi aku nk tunggu.

Dah la aku x kerja, dok umah jew, selalu time2 camni hobi aku tido, tapi sejak akhir2 ni aku selalu bangun awal, mengatuk macamana pn kalau da bangun memang susah nak aku tido balik. Tapi berbeza masa aku kerja dulu, selalu nya time nak bangun g kerja tu la paling liat sekali, hehehe tu selalu masuk opis lambat, tapi sekarang bila da x kerja baru tau betapa bosan nya hidup ni. ye la kawan2 semua p kerja, aku sesorang dok umah, nak kuar lepak pun malas, sorang2 cam x best jew g jejalan..hehehe

apa nak jadi ngn aku pun da x tahu, bukan aku x nk kerja, tapi belum ada rezeki aku lagi, da banyak da apply kerja, n da banyak kali da interview, tapi belum ada jawapan lagi, sampai bilakah harus bergini, hanya makan tido, makan tido je keja nya, mana la badan x naik..hehehe, malam lak habis kan masa melepak sana sini, aku balik lewat pun x pa coz aku x keja, tapi kesian kat kawan2 aku lak, esok paginya diorang keja.

Masa awal2 dulu, hobi aku melancong, aku suka bercuti ke sana sini, tapi sekarang aku nak stop jap, nak rehat kat KL jew wat sementara waktu ni, bulan 4 ni trip aku ke sarawak lak…ye la, cuba korang pk lau aku kerja, dapat kew aku bercuti ke sana sini, di sebabkan aku x kerja la, aku banyak masa untuk pusing satu malaysia, tapi Alhamdulillah la aku da pusing habis satu malaysia da..hehehe

DSC04469

ramai orang keliru dengan kerja aku sebenarnya, kalau korang nak tahu, aku ni berlatarbelakang kan IT, so keja aku berkaitan ngn IT la, pengelaman aku dalam dunia IT ni adalah boleh jadi seorang programmer, tapi xda la sehebat orang lain, dan juga develop website, networking, repair pc or format lappy and PC.

Tapi sekarang aku da x kerja tu lagi, aku ingat nk tukar keja lain, kerja apa tu blm pasti lagi, tapi kan aku minat nk jadi pelakon atau pun model, tapi malu la plak, hehehe. nak jadi penyanyi, suara lak x sedap, bukan setakat suara x sedap, nyanyi pun aku x reti, tp komen orang nyanyi memang no 1 hahaha….aku suka kritik hehehe,.

Aku da bosan dah dengan harapan yang kosong, last2 diri aku juga yang merana, aku sekarang da x berharap sangat, aku percaya pada rezeki Tuhan, kalau ada rezeki ada la kerja, kalau xda, usaha dan usaha lagi sehingga dapat.

188442_210008969015632_100000195914522_969792_3764713_n

Aku juga hairan, kenapa ramai yang kata aku ni sorang yang sombong, walhal muka aku tu sentiasa tersenyum, mungkin pandangan org lain kot, tuk pengetahuan korang aku ni bukan seorang yang sombong k, aku seorang yang permah, mungkin dorang pk aku x tegur diorang, dat y kata aku sombong, hahaha, nk tergelak jew aku dengar, cuba korang tegur dulu nk tau sombong ke x…lagi satu, aku x suka memilih kawan, dan aku paling x suka kawan makan kawan, itu pantang bagi diri aku, aku nk, jika aku ikhlas kawan ngn dia, dia pn aku nk ikhlas kawan ngn aku.

Dat y la, aku susah nak dapat kawan baik, kawan yang blh faham aku dan kawan bersama aku ketika susah dan senang, itu la orang kata, kita ni senang tuk berkawan, tapi tuk dapatkan kawan baik ni memang susah nk jumpa. Aku ramai kawan baik sebelum ni, tapi skunk nth kemana menghilang tanpa khabar berita, tapi aku x kesah tu hak diorang, tapi untill now aku anggap diorang kawan baik aku, walaapa sekali pun salah mereka kat aku, aku tetap maafkan diorang…hehehe

Aku suka hidup dalam keadaan yang happening, aku x suka hidup dalam keadaan sedih, cukup aku sorang menderita dan sedih sorang2 dan aku x mau kawan2 aku pun ikut serta, setiap masalah yang aku lalui, adalah dengan senyuman, senyuman manis ni la tersimpur seribu bahasa, tapi masalah aku la..hehehe

DSC02412

Aku dah ramai hilang kawan baik aku, dan kali ni aku x nk kehilangan lagi, tapi aku takut aku je yang hilang nanti, hehe ye la, kita kan x tahu bila tiba nya masa kita tuk pulangkan???nth hari ini, esok atau lusa, sapa tahu?? hanya Allah shj yang tahu…

Apa2 pun aku bersyukur untill now, aku punyai sahabat yang sejati, yang sentiasa berada di samping aku, ketika aku dalam keadaan susah atau senang.

Di sebabkan bosan hari ini, aku pun da x tahu apa yang da merepek nih,. hehehe, k la sampai disini sahaja penulisan aku tuk kali ini, InsyaAllah lain hari kita jumpa lagi, bye Assalamualaikum..

6 comments:

encikReza said...

bro;
kawan time gelak² mmg senang cari
tp kawan time nangis² nk kena selak² baru jumpa
tu pun kadang²..

Khairiz said...

betul tu, memang susah nk ketemui kawan yg boleh gelak sama2 dan nangis sama2

lAl said...

agak xboleh blah ngan gambaq hg..ahahaha

Khairiz said...

lal : hahaha asal..hang jelez kew??? hehe

Mohd Khairi Khadzir said...

gmbo tu mcm2 perasaan ade kan haha... saya nk jd kwn khai, boleh?hehe

Khairiz said...

khairi : hanya gambar sahaja dapat menjelaskan segala2 nya :)