Hari semakin dekat

P2190402

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurniaanNya, telah memberikan aku rezeki dan sihat tubuh badan, walaupun sampai sekarang aku masih lagi mencari kerja, belum juga dapat, mungkin ini ujian dari Allah, aku sentiasa percaya pada rezeki Allah swt… jika ada rezeki aku, x kemana Nya, cuma ceepat atau lambat.

Aku bukan malas mengharap sangat, sebab sebelum ini aku terlampau mengharap kan sesuatu yang belum pasti, tapi apa yang diharapkan itu adalah kosong. Aku x cemburu dengan kerjayaan member2 aku di luar sana, yang da kecapi apa yang mereka idam2 kan selama ini. x guna aku cemburu pada mereka, apa yang aku dapat lau aku cemburu. Aku hanya percaya pada kemampuan dan kebolehan aku jew, apa yang aku mampu itu saja yang aku buat, kita ni hamba allah yang lemah, yang hanya mampu merancang, Allah saja yang dapat menentukan.

Allah bila2 masa saja boleh tarik rezeki kita jika kita x pandai bersyukur kepada Nya, tapi sekarang aku lihat ramai yang meminta dan x ramai yang bersyukur pada apa rezeki yang diorang dapat, malah merungut lagi ada…

Aku bagi contoh, ok si A ni dia ada duit berjuta2, tapi hidup dia x pernah tenang dan sentiasa rasa duit yang ada tu x cukup, tapi berlainan plak dengan si B ni, dia hanya ada 100 ringgit jew, tapi dia rasa duit tu terlampau banyak bagi dia. ok sebab apa si B ni rasa duitnya banyak? sebab dia bersyukur, dan duit yang dia dapat tu berkat, dan dia x perlu bimbang dengan orang lain, kalau hilang seratus x da la terasa sangat, berbanding dengan yang ada berjuta2, dia hidup dalam ketakutan dan kerisauan, risau pada perompak dan sebagainya…dan dia x pernah syukur apa yg dia dapat selama ini.

pokok pangkalnya kita sentiasa kena bersyukur kepada Allah, x kira la dapat sikit atau banyak, mudah2han hasil yang kita dapat tu berkat dunia dan akhirat, memang dunia sekarang memerlukan duit tuk hidup, tapi kita juga perlu ingat, dalam mencari rezeki, kita jangan lalai pada Yang Maha Pemberi, kan x pasal2 kita penat2 kerja, satu pun kita x dapat. Duit ni bila2 boleh cari, tapi keredhaan Allah kita boleh cari ke? apa yang penting kita kena seimbangkan dunia dan Akhirat, ketahui lah, kita da x lama lagi da hidup di dunia sementara ni, kita da semakin hampir sangat2 pada hari yang kita geruni.

cukup la kita tengok negara luar sana, Allah telah turunkan Tsunami di negara jepun, Allah berikan gempa bumi, libya kena serang,dan pelbagai lagi ujian dan dugaan Allah berikan, x cukup lagi ke? dan x nampak lagi kew? yang Allah telah turunkan balasan kepada mereka? bukan saja2 Allah berikan ujian ni kepada mereka, ada sebab2 tertentu yang membuatkan mereka terima ujian sebesar tu, kesimpulannya senang jew, manusia sekarang dah semakin lupa dengan Allah, sebab tu Allah berikan semua ni supaya kita sedar dan ingat pada Nya, dan takut padaNya, dan ikut segala perintahNya.

berbalik pada cerita aku, aku walaupun x kerja, Alhamdulillah, rezeki tuk aku terus hidup ada Allah berikan, x banyak pun x pa, tapi kan orang ni ,susah nak faham, bila kita kata x kerja, mula la kata bukan2, ada orang bela la, itu la ini lah, tapi aku x kesah, apa yg diorang nk cakap, sebab Allah tahu segala2nya, janji aku x kacau hidup orang sudah,,huhu…apa yang aku dapat? kalau sibuk tepi kain orang…???

Aku bersyukur sangat2, kerana aku dekelilingi oleh orang2 yang baik , sentiasa membantu aku ketika aku dalam kesusahan, bagaimana aku perolehi insan2 yang baik ini? semua jawapan ada di tangan Allah swt.

ok la, aku rasa cukup di sini saja, perkongsian aku tuk hari ini, maaf la jika ada salah dan silap, apa yang baik tu semuanya datang dari Allah swt, dan apa yg x baik tu datang dari diri ku sendiri…

4 comments:

lAl said...

syukur la nak..ahahaha

Khairiz said...

lal aku sentiasa bersyukur

TiMbAHiJaU said...

ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada ALLAH ;) (lagu raihan)

xpe, nanti mesti ada rezeki ALLAH nak bg tu :)

Khairiz said...

TimbaHijau : insyaAllah :)