Penderitaan Seorang Teman

 

Cerita yang aku ingin sampaikan ini adalah cerita yang betul menimpa teman ku, kenapa aku nk cerita di sini, kerana sebagai perkongsian dan teladan untuk semua, kisah nya terlalu sedih dan perit tuk di harungi, baca la dengan betul2 cerita yg nk aku sampaikan ni k.

Aku mempunyai seorang teman yang begitu baik sekali sikap dan perangai nya, aku anggap dia dah macam adik beradik aku dah. Kawan aku ni ada seorang awek yang cun la di katakan, dia terlalu sayang kan kat awek dia, setiap hari mereka keluar bersama dengan begitu gembira sekali aku tengok.macam pinang di belah dua la diorang ni, memang sepadan pun. apa yang aku respect kat kawan aku ngn awek dia ni, sepanjang mereka kenal, x ada satu pun selisih faham ataupun bergaduh..selama 3 tahun diorang kapel, ini diakui oleh kawan n awek dia sendiri.

Bila dah lama kenal, hati budi masing2 pn dah kenal, terdetik la di fikiran kawan aku, tuk menjadikan aweknya sebagai isteri, bila kedua2 belah pihak setuju, maka persiapan pun mula di lakukan. Hari yang dinanti2kan oleh pasangan kekasih ni pun sudah tiba, pada siang hari nya tiada apa masalah yang berlaku, sampai la malam hari nya, malam tuk akad nikah, pengatin lelaki ni sampai tepat pada waktu ditetapkan di masjid, tapi pengantin perempuan jew yg belum muncul2 lagi, tunggu punya tunggu, x muncul2 juga hampir satu jam menunggu, segala panggilan kepada pengatin perempuan satu pn x terjawab, sampai la ibu nya datang ke masjid sambil menangis2, membuatkan sume orang dalam masjid panik dan blur, pengantin lelaki cepat2 tanya kpd ibu perempuan ni kenapa? bila dengarje jawapan yng kuar dari mulut bakal ibu mertua nya itu, hati nya cam hancur, perasaan kawan aku x blh nk digambarkan lagi, dia terlalu terkejut dan hampa, bila dengar yang pengatin perempuan hilang dari rumah….

Kalau la benda ni berlaku pada aku, aku pn x sanggup, hancur perasaan aku bila dipermain2kan camni, kalau btl x suka or x ready lagi nak kahwin, kenapa perempuan tu sanggup, sampai sekarang x tau apa punca sebenarnya, pada malam tu, member aku ni dah macam x waras, da x tau mana hala tuju yang dia hendak pergi, dia begitu sayangkan aweknya, dan dia x sangka blh jadi seperti ini, dia malu ngn semua orang, family dia malu apa yang berlaku.

Bagi ingin tenangkan fikiran dia, dia buat keputusan tuk bercuti di luar dari malaysia, dian ingin mencari ketenangan, tetapi dalam percutian dia, dia di uji lagi sekali Oleh Allah swt. Dia di dapati mengidap barah otak yang kritikal, dah la penyakit buah pinggang dia baru jew nak smbuh, dapat lagi ujian yang besar, yang mana terpaksa melakukan pembedahan secepat yang mungkin. Pada asalnya dia x nk melakukan pembedahan, tetapi di atas nasihat mak ayah dan kawan2 dia, dia kuatkan semangat tuk jalankan pembedahan tersebut, seminggu selepas dia tahu yang dia mengidap barah otak, maka dia pg ke hospital tuk melakukan pembedahan….

Pada hari pembedahan tersebut, dia ada pesan, jika pembedahan ini x selamat, izinkan dia pergi dengan aman, kerana dia x sanggup lagi menanggung derita selama ini. Tapi Alhamdulillah segala2nya selamat, pembedahan mengambil masa hampir 13 jam, pada 3 jam pertama, dia menunjukkan tanda negetif, tapi di saat2 akhir bertukar jadi positif, Allah masih beri lagi peluang kepada nya tuk terus hidup. Selama 3 minggu dia terlantar kat hospital, dan dia dapat gembira yang dia bakal balik ke rumah pada minggu lagi satu.

Kegembiraan itu hanya sekejap sahaja, apabila pada malam tu dia di serang jatung, dia susah nak bernafas, waktu itu, hanya titisan air mata jew yang keluar dari kelopak mata ibu dan ayah nya, ibu dan ayah nya x tahu apa la nasib yang menimpa anak nya, lepas satu, satu Allah berikan ujian kepadanya. Keputusan Doktor berikan, buatkan semua orang terkejut, kawan aku baru jew lepas dari pembedahan barah otak,x sampai sebulan dan x sempat keluar hospital lagi, dia dah nak ke bedah lagi sekali, kata doktor, jatung kawan aku tu da x berfungsi dah sebelah, terpaksa kena tukar jatung lain, masa tu la family dia binggung, mana nk cari jatung ganti, tapi ayah nya tetap tenang, ayat nya x henti berdoa dan membaca surah yaasin tanpa henti, dengan harapan Allah akan membantu anaknya, selepas satu jam dalam dok pening2 mencari jalan camana nak buat, tiba2 doktor kata, pembedahan kawan aku dah boleh lakukan sekarang, kerana kata doktor jatung tu dah ada.

Maka, lagi sekali la kawan aku masuk bilik bedah, pembedahan kali ni mengambil masa x lama hanya 8 jam lebih jew, Alhamdulillah semua nya positif, walaupun positif, tapi semua x sanggup nk tgk muka kawan aku nih, x tahan sebab di dada…aku tahu dia lagi terseksa, apatah lg 2 pembedahan yang dilakukan dalam bulan yang sama, kami hanya rasa simpati dan sedih jew, kami x rasa camana rasa sakit tu, apa yang kami mampu hanya berdoa pada Allah agar di cepatkan sembuh dan kembali seperti normal.

Kali ni dia terlantar kat hospital 2 minggu sahaja, apa yang menyayat hati kami semua adalah, bila kawan aku sedar dari tidurnya selama 2 hari, perkataan yang keluar dari mulutnya adalah “ man mana?” berulang2 kali di sebut nama tu,sampaikan kami x sanggup nk jawab, kalau korang nk tau, man tu kawan baik dia, yang sentiasa berada disamping dia ketika dia senang atau pn susah. Bukan kami x mau bagitau kat dia perkara yang sebenarnya, tetapi kami kasihan dan bimbang dengan keadaan dia baru je nk pulih. tapi kawan aku ni degil, selagi x jawab soalan dia, selagi tu la dia akan tanya, last2, si ibu nya gtau kat dia, man ada, man ada bersama ngn abg, tapi sekarang man kena balik umah, sebab dia ada hal nk di buat, jauh di sudut hati ibu untuk menipu anaknya sendiri, tetapi keadaan memaksa untuk melakukan sedemikian.

Bila semua dah ok, dah kawan aku pn dah blh keluar hospital dan pulang ke rumah, masa hari last kat hospital, dia masih lg menanyakan, man x datang kew? semua orang diam dan mampu tunduk saja. Bila sampai di rumah, baru lah kami menceritakan hal yang sebenarnya kepada kawan aku, kerana kami x sanggup lagi tuk tipu dia. untuk pengetahuan man kawan baik dia dah pn meninggal pada hari pembedahan jatung tu, dalam dok kalut pening mana nak cari jantung, masa tu la man p jumpa doktor yang mengatakan dia sanggup tuk bagi jatung dia kepada kawan baik dia. Niat man terlalu murni, tapi umurnya x panjang, dia meninggal dunia ketika pembedahan mengeluarkan jatungnya, kerana kehilangan darah yang banyak, menurut cerita doktor la, kami memang x tahu langsung pun dgn tindakkan nya, lau ikutkan kami, kami x akan bagi, tapi nak wat macamana ni mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Setelah kawan aku tahu cerita yang sebenarnya, dia terdiam dan terduduk, dan dia x sangka kawan baik dia sanggup buat sedemikian, kami nasihatkan dia, bahawa man x pernah hilang dari dia, malah man sentiasa bersama ngn dia, seumur hidup dia, pada mulanya dia x blh terima kenyataan, tetapi lama2 dia boleh terima. dan Alhamdulillah ibu bapa man  tidak marah malah dia bangga ngn sikap anak nya, walaupun jauh di sudut hati nya dia sedih kehilangan anak yang diorang sayang, dah la pergi tanpa memberitahu perkara yang sebenarnya, so diorang terima dengan redha. mungkin ini semua ketentuan illahi. maka sekarang ni kawan aku ada 2 family.

Setelah 2 tahun yang berlalu, segala penderitaan yang di tanggung oleh kawan aku, Alhamdulillah beliau sekarang dah kembali seperti normal dah, dah xda lg dengar dia sakit2, dia sekrang pun makin berisi dah, makin sihat orng katakan. Aku harapkan agar selepas ni dia hidup aman dan bahagia, segala penderitaan dia sebelum ni simpan tepi, jangan di ingat2 kan lagi, Kepada arwahnya man, kami semua sedekahkan Al-fatihah, agar roh nya aman dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

sampai di sini sahaja yang blh aku cerita kan, lau nk di ikutkan panjang lagi citer dia, tapi aku pendekkan, ini pun di atas kebenaran oleh tuannya..jadi lah orang yang kuat semangat, jangan cepat berputus asa, ingat Allah sentiasa bersama kita semua…

Harap maaf lau susunan cerita x betul, maklum lah lau panjang2 ni susah sikit, malas nk wat double chek..hehehe ok la jumpa lagi…

Assalamualaikum…

5 comments:

bukankosong said...

bangga jadi owg macam Man, moga Allah menempatkan dia antara yang terbaik.

Saif HaQiem said...

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...

Khairiz said...

itu yang kita harapkan....amin.walaupun cerita yang aku sampaikan xda la sepenuh kisahnya yg sebenar...

missSenget said...

erks...

kalaupun xde pendarahan teruk pada man, dia masih bole hidup ke tanpa jantung??

Khairiz said...

miss : hanya Allah saja yg blh bg jawapannya...