A.D.I.W.I.R.A

 

beastly-movie copy copy

“Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan,Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir. Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin”

PC180042

ADIWIRA adalah nama bagi persahabatan kami berlima, kami bukan kawan biasa tapi kami adalah sahabat baik, kami berlima ni boleh dikatakan satu kepala.

Kami terlalu rapat atara satu sama lain, kami dah macam satu family. Nama ADIWIRA tu bukan kami yang pilih, malah family angkat kami yang bagi nama tu.

DSC00137

Gambar kat atas ni adalah gambar kali pertama aku jumpa ngn diorang, masa tu aku x kenal siapa pun kecuali zura jew, coz zura officemate aku, masa tu just kawan biasa je ngn dia…hehehe. aku masih ingat lagi tarikh kali pertama aku jumpa diaorang, 27hb Mei 2010. hari sabtu.

Macam mana aku boleh jumpa ngn diorang ni? aku kenal mereka ni melalui zura, masa tu dia ajak aku p genting, pada mulanya aku x nk pg, coz aku x berapa kenal sangat ngn zura, tapi di sebabkan hujung minggu aku x da wat apa, so aku follow la dia ke genting.

masa first aku jumpa ngn diorang ni semua senyap jew, lama gak la, sampai la masa nak main game baru la diorang tegur aku, dari situ la baru aku kenal nama mereka, masa tu aku just kenal nama ngn orng jew, hati budi blm kenal lagi.

39491_1562433549062_1482052918_31452099_6730242_n

Selepas hari tu, aku mula kenal ngn diorang lebih rapat, hampir setiap alam aku ngn diorang kuar lepak.kemana saja yang kami pergi mesti kena ada kelima2, kalau x cukup sorang kami x akan kuar, sampai la sekarang macam tu la kami, sapa sangka  dalam masa x sampai setahun kami berkawan, tapi kami dah jadi sahabat yang baik. Malah dah macam adik beradik.

Dalam persahabatan kami, apa yang kami utamakan hati yang ikhlas, kalau hati x ikhlas nak berkawan memang susah la kan?? Alhamdulillah antara kami semua xda masalah, semuanya ok.

selalunya kita ada sahabat baik ni hanya sorang je kan, kawan je yang ramai, tapi berlainan ngn aku, sekali aku dapat 4 orang sahabat. nak wat macamana ni semua ketentuan Illahi, aku bersyukur sangat dapat sahabat seperti mereka ni.

P9190233

Aku sayang kat mereka ni semua, diorang lah yang banyak memberi semangat dan membantu aku ketika aku susah atau pun senang. Aku sayang diorang macam aku sayang adik beradik aku, dalam family ADIWIRA, zura sebagai kakak sulung, aku no 2, rach no 3, ewan no 4 dan ijal yang bongsu.

kadang2 ada yang cemburu tgk kami, mana nya x kami kalau kemana mesti berlima, x pernah miss sorang pun, walaupun kuar ngn kawan lain, kami berlima tetap ada, disebabkan kami terlampau rapat orang cmburu, bagi kami x pk apa2, apa yang kami pk adalah adik beradik, kami x blh tgk kalau ada salah sorang dalam kesusahan atau dalam masalah, kami akan berkumpul dan berbincang untuk menyelesaikan masalah bersama-sama. Begitu la keakraban kami berlima..

P9180147

Kami telampau banyak sangat kenangan manis, salah satu kenangan yang kami x akan lupa sampai bila-bila adalah, semasa kami berlima bercuti ke Kuching, Sarawak pada raya tahun lepas, bukan senang untuk kami bercuti bersama-sama sampai ke Sarawak tu, banyak halangan dan dugaan yang kami tempuhi, tapi Alhamdulillah la kami sampai ke sarawak dengan selamat nya.

ini adalah antara gambar2 kenangan kami semasa di Kuching.

P9170625P9180154P9180183P9180189P9190065P9190124

dan banyak lagi tempat yang kami bercuti bersama seperti pulau pinang, melaka dan port dickson, semua ni memberikan kenanagan manis tuk kami semua.

Bila aku tengok balik gambar-gambar ni aku menangis, aku rindu sangat time ni, time ni buat hidup aku happy, bila la lg dapat peluang tuk bercuti bersama seperti ni lagi???

Ya la sekarang ni masing2 dah busy dengan hal2 masing, dah jarang dapat lepak sama lagi, cuma kami x pernah putus hubungan la walaupun x jumpa kami tetap berhubung melalui phone atau facebook.

P9190209

Aku gembira bersama ngn mereka, coz mereka ni kelakar orang nya, nak2 lagi ijal, ijal selalu buat kami ketawa terbahak-bahak, ijal selalu kena buli ngn kami, jangan salah faham ayat buli aku ni k, bukan apa ijal ni dia macam lambat pick up sikit, dat y la kitaorang selalu usik dia hehehe. Kelakar tgk sikap n perangai dia….

Zura plak dengan perangai dia, macamana aku nk jelas pun aku x tahu hehe..tapi dia blh dikatakan kelakar gak la, x ley citer lebih pasal dia, kami hormat dia sebagai kakak kitaorang hehehe..Ewan plak dengan mimik muka dia, dia selalu wat muka baby dia hahaha, perangai pun dah macam baby hehehe, nk tgk muka baby dia, bila time tido dia da sampai, blh la nampak hahaha…

Rach plak, dia ni selalu wat lawak bodoh, dan buat perkara bodoh, hahaha, dan dia ni x ley bagi dia gelak, kalau dia da start gelak memang susah la nk stop, dan habit dia ni suka menjerit, lau menjerit blh pekak telinga orang sebelah dia, hahaha..

walaupapapun perangai ngn sikap diorang ni, aku tetap terima kerana mereka buat aku terhibur sepanjang masa. dan paling best kami x pernah pun nk selisih faham atau bergaduh sesama sendiri….itu la yang kami jaga sampai ke hari ini.

40103_136727159699220_100000858103629_168027_7395830_n

Harapan aku satu jew, walau pun diorang ni busy dengan hal masing2, kita tetap bersahabat sampai bila-bila, persahabatan kita x dapat di halang oleh sapa2 pun, kecuali mati sahaja yang dapat memisah kita berlima, kerana itu janji kami, dan janji kami bukan palsu, semuanya benar, sebab apa aku kata macam tu, sekarang dah terbukti, walaupun busy camana sekali pun, kami tetap bermesej menanya khabar, setiap hari sampai la ke hari ini…

Apa yang aku nk cakap disini, aku nk ucap jutaan terima kasih kat korang, kerana sudi hadir dalam hidup aku, dan telah membahagiakan hidup aku, aku sayang korang semua, jasa korang akan aku ingat sampai bila2.. aku harap suatu hari nanti kita berpeluang tuk cuti bersama-sama. InsyaAllah.

Kawan mudah untuk di cari, tetapi sahabat memang sukar nak dapat, kalau dah dapat sahabat, jaga la persahabatan korang. kerana sahabat la yang sentiasa berada bersama kita semasa susah dan senang.

Ok lah sampai disini sahaja entry aku kali ini, entry ini bukan untuk semata-mata nak masuk contest tapi sebagai perkongsian dengan semua orang.

Terima kasih kepada saudara sudirman kerana membuat contest tentang persahabatan ni…satu idea yang bagus.

2 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

sweet (^__^) seronok bace nih hehehe

Khairiz said...

hehe tq :)