Aku ni kaki kikis kew???

 

semalam dan hari ni buat mood aku x keruan, mood aku nk marah orang jew, kesabaran aku selama ini tercabar. aku pn x faham kenapa ada je org yang ingin cari pasal ngn aku. apa salah aku? selama ini aku diam jew, aku sabar jew apa yg orang buat.

Aku cuba untuk elak dari bergaduh atau bermusuh ngn org, coz itu bkn prinsip hidup aku, tapi smlm kesabaran aku betul2 tercabar, hati aku memang panas sangat, sampai aku x boleh nk control diri aku, malah aku rasa ada yg menguasai aku semalam membuat kan aku x sedar yang aku dah pukul orang, selama aku hidup aku x pernah pukul orang.

Aku tahu apa yang aku buat ni salah, tapi aku memang x sedar semalam sampaikan aku lost everything, jam tangan kesayangan aku hancur berderai, 2 handphone aku hancur dan laptop aku juga hancur, semua tu di luar kawalan aku. masa aku buat tu aku x sedar langsung, bagaikan bukan diri aku.

Tapi Alhamdulillah aku x belasah teruk budak tu, aku dah pesan banyak kali, jgn cabar aku, jgn desak aku betrindak sedemikian, tapi korang degil korang ingat aku macam ni, aku x berani nak lakukan, bila berlakunya semalam, baru la korang tahu aku ni siapa kan. aku banyak kali dah cakap dan pesan, yang aku x suka bergaduh, aku x suka marah dan aku x suka benci orang, itu perinsip aku, tapi knp korang degil, korang ingat aku main2.

Memang aku baik, tapi baik aku betempat. dan lg satu kenapa korang dengki sangat ngn aku, apa salah aku, aku ada wat salah ke ngn korang, sampai korang tuduh aku bukan2…semalam aku tersentap dapat mesej dari kawan ko, yg ko kata aku ni kaki kikis, menghabiskan duit family ko, betul ke? ko kata  macam tu? buktikan pada aku betul atau x aku ni kakis, untuk pengetahuan ko aku bkn seperti yang ko maksudkan.

Selama ini aku tolong family ko dengan ikhlas, aku x pernah pn harapkan bayaran, sekadar support makan minum aku dan rokok aku je, tu je aku mintak, tapi tu bukan selalu, aku buat semua ni dgn hati yang terbuka bukan dengan paksaan, tapi ko boleh canangkan kat orang aku ni kaki kikis keluarga ko, thank you very much la kalau ko pk cam tu, aku x kesah da apa yang ko nk tuduh n canangkan citer aku kat orang lain, sebab aku percaya ALLAH lg maha mengetahui, yang mana betul dan yang mana salah.

cuma aku terkilan selama ni aku berkorban tuk kuarga ko, ini balasan yang aku dapat. aku korbankan kerja aku, aku korban kan masa aku demi nk tolong kuarga ko..semua tu ko x pk kew??….aku nk ko buktikan pada aku, brapa banyak harta family ko aku kikis….kalau betul aku kaki kikis.

ini lah orang kata, bila kita buat baik kat orang, ini lah balasan yang kita dapat, ko mengajar aku menjadi manusia yang kejam, ko mengajar aku berdendam ngn orang..terima kasih banyak2…

dan aku nk terima kasih la kat family ko, kerana terlalu baik sangat ngn aku…aku tahu ko iri hati ngn aku, ko x senang aku ada dalam keluarga ko, ok la aku blh terima semua ini, aku terima dengan hati yang terbuka…dan juga aku nk mintak maaf, kerana aku dah belasah ko semalam, aku x sengaja belasah ko, tapi ko telah mecabar kesabaran aku selama ini…ingat lah aku ni manusia yang punya hati dan perasaan, aku bukan tunggul kayu yang x bernyawa….dan aku bukan mudah tuk korang permainkan dan perbodohkan….aku juga ada maruah, bukan seperti ko katakan pada aku, aku xda maruah, dan x da masa depan….

ko telah buat aku tersedar dari apa yang selama ni aku x sedar, thanks, sekarang x perlu lagi aku berbuat baik ngn org , kerana aku tahu ini balasan yang aku dpat nanti…biar orang nak kata aku apa pun, aku dah mula x peduli,coz  ini hidup aku, korang x blh nk tentukan hidup aku….

sorry la entry aku ini panjang, up to u all la nk baca or x, coz blog aku ni tempat aku luahkan perasaan, dan bukan niat aku nk suruh org tahu masalah aku, cuma aku rasa cara ini jew cara yang boleh aku tenangkan.

dan satu aku nk pesan, jgn cepat sangat bersangka buruk kat orang, malah kenal dulu orang tu baru blh nilai, siapa sebenarnya orang tu.

5 comments:

flyz said...

sabar jela beb, manusia nih mcm2...tp yg sedihnya h,set n laptop ko...sabor jela...

Khairiz said...

flyz : thanks, ni tgh sabar la ni, jam aku lg mahal pada laptop n handphone :(

encikReza said...

jgn cepat sangat bersangka buruk kat orang, malah kenal dulu orang tu baru blh nilai, siapa sebenarnya orang tu!

setuju dengan phrase ni.

Khairiz said...

encikReza : thanks...org tu kawan pada kawan....

Anonymous said...

whatever they said...only u know who u are..