Genap 6 Bulan…

 

Pejam celik-pejam celik, rupa2 nya dah 6 bulan dah aku menjadi penganggur…:( , satu kerja pun blm dapat lg, pecah rekod aku kali ini, aku x pernah lama menganggur, tapi kali ni dah 6 bulan dah….Ya Allah, apa dah jadi ngn aku….

Bukan aku x usaha nak cari kerja, dah pelbagai kerja da aku minta, dan dah banyak kali dah attend interview, tapi semua blm ada jawapan…tapi x pa, aku percaya pada rezeki ALLAH, mungkin kali ini dia nak bagi ujian keatas diri ku, aku kena tabah dengan segala ujian Nya, dan aku x pernah mengalah, aku terus cuba dan cuba, walaupun aku tau memang sukar tuk dapatkan kerja sekarang….

Ramai kawan-kawan aku kata, aku ni memilih sangat, tu yang susah nk dapat kerja, tuk pengetahuan korang aku x pernah memilih kerja…aku minta pelbagai bidang, Customer Service, Kerani, shopping complex dan pelbagai lagi kerja yang aku minta..kalau aku memilih, aku akan cari bidang IT jew….

Tapi ini semua dugaan dari ALLAH SWT, walaupun aku dah x kerja selama 6 bulan, tapi ALLAH masih lagi memberikan aku rezeki tuk teruskan hidup. dan selama 6 bulan aku x pernah lagi x makan. Malah badan aku sekarang makin naik berbanding ngn aku dulu…siapa sangkakan dengan kuasa ALLAH, tiada yang mustahil….

Tapi sampai bila aku nk hidup macam ni??? umur pun dah semakin meningkat, duit simpanan pun blm ada lagi…aku nk juga tiap2 bulan kirimkan wang kat mak ayah aku kat kampung, aku x nak jadi anak yang menyusahkan mak bapak, cukup la selama ini mak bapak aku bekorban tuk aku, sebalik nya aku perlu balas balik segala pengorbanan aku sabagai seorang anak. Aku juga ada impian tuk family aku, aku nk family aku happy tu jew…tapi apa kan daya…hanya bersabar sahaja…hanya ALLAH sahaja yang tahu keadaan aku sekarang….

Mungkin ada hikmah di sebaliknya….dan aku juga percaya bahawa ada lagi orang yang susah dari aku, aku patut bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaanNya selama ini…dan juga aku bersyukur kerana aku berada di sekeliling orang yang baik dan banyak membantu aku ketika aku perlukan pertolongan….aku x dapat nak balas jasa korang semua, sebaliknya hanya ALLAH shj yang dapat balas jasa korang, dan sesekali aku x kan lupakan jasa korang terhadap aku…..

Apa2 pun aku kena kuat dan tabah dalam menghadapi semua ini….aku percaya suatu hari nanti ada rezeki aku….cuma aku kena sabar jew…

6 comments:

encikReza said...

bro;
aku terperasan ko time konsert aF aritu laaa...

missSenget said...

baru 6 bulan..

jangan give up~!

try mintak cikgu sandaran kalau berminat.. hehehe

Khairiz said...

encikReza : hahaha...sure kew?? ke salah org ni hahaha...

Khairiz said...

miss : insyaAllah, x akan give up hehehe...semua da minta...

bukankosong said...

cuba bukak Jobstreet, cr AEON nyer vacancies, tgh byk skrg nih, company aku ada nk pakai ramai owg utk MTRT and merchandiser.Sekadar membantu...

Khairiz said...

bukankosong : thanks ya :)