Hari-Hari ku…

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua kepada pembaca2 blog aku, terima kasih la yew….coz sudi gak singgah kat blog aku yang x seberapa ni…hehehe..

Hari ini aku bosan, x tau nak wat apa, pagi tadi ingat kan nk pergi pesta buku kat PWTC, tapi malas la plak pg sorang2 nih, huh.

Nak tgk tv pun bosan, asal aku buka jew tv, mesti citer indon, dah naik bosan da aku nk tgk tv…nak makan plak selera makan xda, nth dah seminggu dah macam ni, aku x rasa lapar pun, selalu kalau aku bangun pagi, mesti nk kena makan pagi, dan tengahari pun sama mesti nak makan, tapi sejak 2 menjak ni selera makan aku xda, kadang2 kul 12 malam or 1 pagi baru aku rasa nak makan, tu pun makan ala kadar jew.

aku dah x tau nk wat macamana dah, ok makan aku dah blh kurang dah, cuma 1 ni jew yang susah aku nk kurangkan, aku cuba tuk kurang kan tapi x dapat, nak tau apa??? ROKOK, asal aku bangun jew, aku akan cari rokok dulu, makanan aku kediam kan, aku pun bimbang gak kesihatan aku, tapi nak wat camana x blh, aku dah habis cara dah camana nk stop dari merokok ni, tapi aku ni jenis degil, pantang dilarang selagi tu la aku merokok, nth lah, duit tuk makan xda xpa, asal cukup2 tuk beli rokok…

aku rasakan dah beribu kot duit aku habis kat rokok ni, bayangkan lah, 1 kotak 10 ringgit, sehari dah 2 kotak, bermakna 40 batang sehari aku hisap rokok, ayoyo….

aku ingin cuba lagi tuk kurang kan, nk berhenti terus x dapat, kena slow2, aku harap kali ni aku dapat lah kurangkan, lau x badan aku ni penuh ngn asap jew….lagi 1 jantung aku dah mula rasa x sedap, sering kali rasa sakit…..ni la akibat dari merokok, dari xda penyakit cari penyakitkan???? aku x kata kat orang lain, aku kata kat diri aku sendiri, dulu aku dapat lagi cover dari mak ayah, tapi x blh, sampaikan depan diorang pun aku dah berani hisap rokok.

apa2pun aku cuba sedaya upaya aku, aku harap ini semua akan berhasil x lama lagi….kalau korang nk tau rokok ni x best pun, x rasa apa2 pun, bagi yg nk belajar merokok tu, baik x payah, stop now, t kan dah ketagih susah lak nk stop…

aku ingat nk p jumpa doktor nk check jantung aku dan nak minta nasihat dan cara2 dari doktor…huhu…

Start hari ini azam aku adalah “katakan x nak pada rokok….”

No comments: