Hobi Aku..

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger sekalian, hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang hobi aku. Apa hobi aku? nak tahu? jom layan..

 

IMG_0743

haa..ini lah hobi aku..dulu masa sekolah bila cikgu tanya apa hobi kamu? saya jawab saya suka main bola, main badminton dan sebagainya. Tapi sekarang hobi aku dah bertukar dah. Sekarang aku lebih suka kepada haiwan, terutamanya ular sawa.

Kalau korang nak tahu, dulu aku patang tengok ular, aku akan lari tak cukup tanah di buatnya, entah la masa tu aku rasa takut dan geli kat ular ni, dan masa tu aku fikir ular ni binatang yang bahaya untuk didekati. Tapi itu dulu, sekarang aku makin minat dan sayang pada ular dan haiwan2 lain. Tapi dalam banyak-banyak ular aku cuma berani kat jenis ular sawa je sama ada ular sawa batik atau albino.

DSC06944

Macam mana aku boleh minat pada ular sawa ni? bermulanya bila ular sawa selalu masuk dalam umah aku, pada mula nya aku rasa takut, tapi bila kali kedua ular tu  masuk dalam umah aku , tetiba aku rasa ingin dekati ngn ular tersebut, tapi yang ni pun aku belum ada keberanian lagi nak sentuh ular tu. Dan bila kali ke tiga dia masuk dalam umah aku masa tu aku nak ke bilik air, belum sempat aku buka lampu aku da terasa sesuatu benda sejuk ada kat kaki aku, dan bila aku buka lampu baru la aku nampak benda kat kaki aku tu adalah ular sawa batik yang cantik sangat kulit dia, tergaman jap aku. Tapi aku diam kan diri ja la, dan perlahan –lahan aku buka lilitan ular kat kaki aku.

Sejak itu la aku mula bersemangat nak ambil tahu pasal ular sawa ni, aku baca semua citer tentang ular sawa dan aku tanya pada orang yang bela ular sawa ni, dari situ la aku tahu serba sedikit tentang ular sawa ni.

IMG_0750

Kali pertama aku pegang ular sawa ni, satu badan bergeletar, nak kata takut tu ada la sikit2, tapi perasaan nak pegang dia lagi tinggi pada takut, tu sebab aku beranikan diri. dan bila tuan dia letakan ular sawa tu kat lehir aku perasaan takut dan gementar aku hilang, sebaliknya aku rasa ular tu sangat la manja.

Bila da lama aku pun dah biasa ngn ular, dan skrg aku patang tengok ular sawa, aku akan usaha juga agar aku dapat pegang. Sebenarnya ular sawa ni tak bahaya, dan ular sawa juga dia jinak, tapi satu dia x kenal sapa tuan dia, yang dia tau adalah tangan yang membelainya, dan ular sawa ni kita tak boleh nak berkasar dgn dia, kalau berkasar dgn dia menyebabkan dia marah dan bertindak balas.

Saat paling best bila dapat cium kepala ular sawa , terasa ular bernafas, dan masa cium kepala ular, otomatik ular tu akan diam.

Selain dari ular aku juga minat pada arnab, hamster, iguana, kucing, tupai dan banyak lagi haiwan yang aku suka, malah aku anggap haiwan-haiwan ni adalah kawan aku, walaupun haiwan ni x boleh bercakap, tapi blh tunjuk kasih sayang nya pada kita.

IMG_0763

kawan aku yang dulu nya sangat takut pada ular, tapi sekarang dia lebih berani dari aku, kenapa dia lebih berani, rahsia nya cuba la dekati dengan ular sawa tu baru blh tahu hehe..

Takut dan geli selalu bermain di minda kebanyakan manusia ni, tapi adakah mereka ni cuba untuk pegang atau sentuh spesis ular sawa ini??

9 comments:

syifa' said...

hobi suka ngan ular?? eeeewwwww...
><"

Khairiz said...

yup hehe :)

eddy syrol said...

oi ular..aku tak boleh... mmg tak boleh...huhuhu

jom singgah sini
Cerita HYZ dan Dayang Nurfaizah
Fiq Fikri yang pemalu

RazFiRa said...

wahhh.. menarik sekali hobi anda. terpegun saye.haha

Khairiz said...

eddy : haha napa lk x boleh??

Khairiz said...

razfira : yup memang saya minat n tringin nak bela sendiri hehehe

Nur Liyana said...

yg kaler kuning tu cantekk. hakhak :p

Khairiz said...

liyana : yup Albino tu memang cantekk.

Astrica Poshie said...

yup..ular sawa ni mmg manja. Ular jgk dpt detect kite takut ke x melalui suhu badan kita. Mmg best dapat cium ular..skun sy tgh cari anak ular sawa tuk dijadikan pet.