Oh Ibu..

IMG_0267

Hari ni keja aku adalah baca kisah anak dan ibu, bila aku selesai je baca pasti aku akan ingatkan pada ibu aku yang tersayang di kampung.

Aku sensitif bila baca kisah2 sedih berkenaan ngn ibu dan anak, kalau itu berlaku pd diri aku entah la, aku x blh nk bayangkan. Aku sayang ibu sepenuh hati aku, Hanya Tuhan saja yag tahu bagaimana perasaan kasih dan sayang aku terhadap ibu aku, walaupun aku tidak tunjuk kasih didepan ibu aku, tapi di hati aku ibu adalah segala2nya.

Anak ibu bukan sengaja tinggalkan ibu di kampung, anak ibu ini merantau demi mencari rezeki yang halal untuk kita bersama, bukan la aku x nak balik selalu jenguk ibu di kampung, kalau boleh tiap2 hari aku akan balik, dan kalau boleh aku nak dok ngn ibu, agar aku dapat melihat wajah ibu selalu.

aku belum cukup sempurna lagi, aku belum cukup baik lagi buat ibu, banyak kekurang pada diri aku, tapi aku cuba usaha sedaya yang mampu untuk menjadi terbaik untuk ibu dan bapa.

aku banyak salah dan silap ngn ibu samada sedar ataupun tidak, hanya Allah saja yang tahu banyak mana dosa aku pada ibu, tapi aku sentiasa memohon keampunan dan kemaafan dari ibu.

aku masih lagi tidak dapat tunaikan impian ibu, aku tak tahu bila aku dapat tunaikan, tapi aku sentiasa berdoa dan berusaha agar dapat aku tunaikan impian ibu secepat yang mungkin.InsyaAllah ibu.

aku tak tahu apa yang ibu sedang lakukan sekarang, aku cuma tahu ibu sihat je..sihat dari segi mana aku tak tahu..

Engkau semakin dewasa mencapai kejayaan sedangkan dia semakin tua membilang usia

teringat aku pada lirik lagu jasa bonda ni sekarang aku makin dewasa tapi ibu pula…, setiap kali aku dengar pasti akan menitiskan air mata.

aku x tahu nak cakap apa lagi..cuma aku nk cakap yang aku betul2 sayang dan cinta ibu aku. Aku sentiasa mendoakan agar ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat walfiat..

2 comments:

Nur Liyana said...

abg ngn ibu abg muke seiras ^^

Khairiz said...

Anak ibu katakan ;)