2 tahun yang lalu (part 2)

sambungan dari part 1…

aa

..baru la lega hati keluarga dan rakan2 nya apabila mendapat berita yang baik..ibu nya bersyukur sangat kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk anaknya itu..

Sudah 8 jam yang berlalu, Hamba Allah ni masih juga tidak sedarkan diri, begitu sedih sekali melihat keadaan beliau, yang terbaring di katil tu dengan kepala berbungkus, rakannya berkata kenapa la Allah beri dugaan dan ujian yang besar terhadap kawan nya itu…rakan nya x mampu tuk berbuat apa lagi, hanya mampu mendoakan keselamatan beliau saja….

setelah lama beliau berehat selepas operation, tangan beliau mula memberi tindak balas, walaupun mata masih lagi tidak mampu untuk buka, tapi bila tengok tangannya bergerak itu pun dah syukur. Sekali lagi air mata seorang ibu menitis tanda kesyukuran.

Tapi kegembiraan mereka hanya buat sementara waktu sahaja….Apabila sekali lagi hamba Allah ni betarung nyawa, dengan penyakit yang dialami nya itu, sehingga doktor pun tidak tahu macamana nk buat lagi, sedangkan hasil pemeriksaan yang doktor buat menunjukkan beliau telah berada dalam keadaan stabil ketika waktu itu..

Sekali lagi beliau di masukkan ke ICU untuk membuat pemeriksaan lanjut..setelah lama beliau dalam ICU, doktor datang kepada ibu nya, meminta izin untuk membuat operation kali kedua. Ibu nya hampir pengsan bila mendengar kata2 doktor itu.

Bapa beliau menanya kepada doktor, operation apa pulak kali ini, doktor tu jawab, beliau kena operation jantungnya, kerana jantungnya tidak dapat berfungsi lagi dan terpaksa tukar jantung lain…si ibu dan bapa ni hanya mampu menangis, sambil memikirkan mana nak cari jantung ganti??

Ya Allah begitu besar sungguh ujian Mu terhadap anak aku yang lemah ini, berkata seorang ibu..rakan2nya da sudah x tahan dah apa yg telah di alami oleh beliau…hampir seharian rakan2nya tidak henti2 membaca surah yaasin kepada beliau, dengan harapan beliau selamat dalam operation kali kedua….

Doktor masih lagi menunggu jawapan dari si ibu ini, tapi apa yang si ibu ni dapat buat, mana nak cari jantung itu…tiba2 doktor tu berkata, bersabar ya mak cik n pak cik, insyaAllah Allah akan bantu nya dalam apa jua keadaannya. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan kali kedua terhadap beliau, kerana takut terlambat…

betul ajal maut ditangan tuhan, tapi kalau x usaha mana kita nak tahu kan? tangisan seorang ibu belum lagi berhenti sehingga la beliau di bawa masuk ke dewan bedah. Dalam kesedihan sehingga kan mereka tidak sedar sedangkan doktor kata tadi xda jantung yang sesuai untuk di ganti dengan jantung hamba Allah ini??? persoalan tu menjadi tanda tanya, tapi apa2pun mereka ketepikan hal tu, dan mereka terus membaca surah yaasin dan berdoa, sampai la pembedahan itu selesai, kali ini pembedahan itu mengambil masa selama 13 jam.

Setelah selesai pembedahan beliau terpaksa  di letakkan dalam bilik khas, bagi memudah kan doktor membuat pemeriksaan, Buat masa itu doktor x dapat lagi nak bagi jawapan yang sebenarmya, cuma kena tunggu beliau sedar dulu baru boleh tahu keadaanya..tapi dengan perlahan doktor berkata peluang untuk beliau tipis..hanya kuasa Allah saja yang dapat membantu beliau.

Suasana muram dan sedih di perkarang hospital membuatkan ramai orang yang tumpang simpati dan tolong berdoa. Naluri seorang ibu berkata, anaknya seorang yang tabah dan kuat, anak nya pasti blh hadapi semua ini, jika anak nya ditakdirkan pergi dulu, ibunya menerima dengan redha dan tabah, kerana si ibunya x nak lagi tgk anak dia menderita.

mereka masih lagi tidak dapat melihat beliau, kerana bilik itu dikawal dengan rapi dari masa ke semasa..sehingga la kesokkan harinya mereka di kejutkan dengan satu berita yang menakjubkan, yang mengatakan beliau masih lagi ada peluang untuk hidup, berdasar pemeriksaan doktor. Dan baru la mereka semua dapat melihat beliau…

Suasana dalam bilik beliau secara tetiba bertukar dari muram,suram, sedih kepada gembira dan penuh dengan kesyukuran. Begitu bersihnya, begitu putihnya, begitu tenangnya muka hamba Allah….walaupun beliau masih lagi tidak sedar tapi wajah nya memberi petanda yang baik buat seluruh keluarga beliau, rakan2 beliau dan orang2 yang tumpang simpati dengan nya.

mengikut penjelasan dari doktor, dalam kedua2 pembedahan yang dijalankan terhadap beliau, ada satu keajaiban yang berlaku, doktor itu kata..sepanjang pembedahan berlangsung sikit pun xda apa2 yang berlaku, malah semuanya berjalan dengan lancar…macam doktor kata semalam la Allah pasti akan tolong beliau dalam apa jua keadaan sekali pun.

setelah mereka melihat hamba Allah ini selamat, mereka keluar dengan hati yang gembira dan syukur…dan pada masa yang sama, doktor bagitau kepada ibu bapa beliau, bersyukurlah dan berterima kasih la kepada insan yang begitu murni yang sanggup korbankan nyawanya demi untuk selamatkan beliau ini. Doktor itu menafikan yang dia juga bersimpati dan sedih dengan kedua2 hamba Allah ini, insan yang mulia itu x dapat nak di selamatkan kerana mengalami pendarahan yang banyak, mengikut kata doktor la.

Doktor juga berpesan kepada keluarga beliau supaya memegang amanah Allahyarham , yang mana Allahyarham tidak mahu beliau tahu yang jantung yang ada dalam diri beliau adalah jantung kepunyaan Allahyarham, Allahyarham ni x sanggup lagi melihat kawan baik nya menderita dan Allahyarham tidak mahu beliau pergi buat selama2nya, bagi Allahyarham biar diri dia saja yang pergi, kerana Allahyarham tidak mampu lagi melihat keadaan beliau..kerana Allahyarham terlampau sayang akan sahabatnya ini sampai sanggu kornan kan nyawa nya sendiri.

Bila ditanya siapakah sebenarnya Allahyarham itu, doktor kata “ maaf saya x dapat nak bagi tahu kerana ini adalah amanah dari Allahyarham…dan Allahyarham sempat berpesan, apabila beliau sedar nanti tolong jangan jawab segala persoalannya, kerana takut beliau akan sedih dan tidak mahu apa2 yang buruk berlaku, dan Allahyarham berkata walaupun dia mungkin x dapat nk tgk muka beliau bila sedar nanti, sekurang2nya Allahyarham sentiasa ada dalam diri beliau.”

Bila mereka mendengar penjelasan doktor itu, semuanya terduduk dan sekali lagi suasana menjadi sebabdan hiba …mereka bersyukur kerana ada insan yang mulia seperti Allahyarham itu. tapi masih lg menjadi tanda tanya.

tak lama kemudian, nurse datang kepada ibunya lalu memeluk si ibu beliau, sambil menangis tanda gembira mengatakan bahawa beliau sudah sedar..”Ya Allah hamba mu bersyukur kerana dengan kuasa kebesaran Mu telah memberi peluang kepada anak aku terus hidup..” si ibu berdoa tanda kesyukuran, dan mereka semua bersyukur juga kerana seluruh warga hospital memberi kerjasama dan sama2 mendoakan kepada beliau, Doktor kata ini lah kali pertama dia dapat pesakit yang luar biasa dalam masa dua hari melakukan pembedahan dalam masa yang singkat…begitu kuat sungguh beliau….inilah yang dikatakan keajaiban kuasa Allah swt yang xdapat nak dinafikan lagi.

bila mereka semua masuk kedalam bilik beliau, mereka melihat begitu tenang sekali wajah beliau, sambil melihat beliau tersenyum walaupun beliau tidak mampu untuk berbuat demikian, kerana beliau tahu yang mana ramai orang telah bersedih kerana beliau, sekadar senyuman sahaja yang dapat membalas jaya mereka yang telah banyak berkorban.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah “ Alhamdulillah”..dan orang yang pertama di sebut adalah ibu dan bapanya…bila si ibu mendengar anak nya panggil, terseyum menahan sebab, kerana tidak mahu anak nya melihat ibunya bersedih didepan beliau. lalu ibu kucupkan ciuman dipipi anak nya sambil air mata menitis jatuh ke pipi si anaknya….dan ternampak air mata beliau mengalir membasahi pipinya, dalam saat itu beliau ingin memeluk ibunya, tapi masih lagi x berdaya nk mengakat tangan.

tetapi beliau begitu kuat, beliau x hiraukan kesakitan yang dialaminya itu…beliau tersenyum bila melihat rakan2 nya dan ramai orang yang memenuhi biliknya..semuanya mengukir senyum terhadap beliau…

xlama kemudian satu perkataan yang keluar dari mulut beliau adalah…”amir mana?” , tersentak ibunya bila soalan itu keluar dari mulutnya, baru la ibunya tahu Allahyarham itu adalah amir yang sebenarnya…si ibu ni x nak anak nya sedih dan ingat pesan Allahyarham, lalu ibunya menjawab soalan anak nya…” amir dah balik abg, amir ada urusan” ibu nya cuba memberi alasan…beliau masih lagi tanya, “ kenapa amir balik, sedangkan dia janji yang dia akan berada disisi abg bila abg sedar? “ ibunya terus berdiam…dan bapa pula mencelah, abg rehat dulu k, abg kan sakit, mungkin juga abg penat abg rehat la dulu k…bila mendengar si bapanya beliau mula senyum balik.

(bersambung….nantikan part 3 k)

9 comments:

Khairiz said...

kisah ini pernah aku keluarkan dalam blog aku ini, tetapi diatas permintaan aku keluarka kisah yang penuh kali ini... nak tgk apa yg aku story dulu klik link di bawah

http://khairiz85.blogspot.com/2011/03/penderitaan-seorang-teman.html

Nur Liyana Chew said...

part 2 ni pon blh buat kite rase sebak bile membacanya, abg T_T

Khairiz said...

liyana : yup betul tu..panjang lg storynya...

Rtp Farra Arisha said...

ujian dan cobaan selalu datang mengahmpiri kita, but mahu atau tidak, we need to face it. :')

this is a very sad story but it fulls of good lesson :')

Khairiz said...

Arisha : yup thanks ya, this real story, citer ni cuma nk bg tau erti nilai persahabatan dan kasih sayang keluarga

man said...

syahdu...

nie cerpen ke...

hyz said...

nape sy rasa mcm sedey? huhuhu

Khairiz said...

man : blh nak kata cerpen juga..tapi ini citer benar dan di jadikan bentuk cerpen

Khairiz said...

hyz : if ada perasaan memang rasa sedih, dah baca yg part 1