2 tahun yang lalu (Part 3)

 

aa

Assalamulaikum dan salam sejahtera…entry 2 tahun yang lalu muncul lagi dan kali ini plak part 3, korang dah baca ke yang part 1 n part 2? kalau belum baca lagi sila baca dulu ya yg part 1 n part 2 k Smile

ok ni sambungan dia k, selamat membaca….

…setelah beliau mendengar kata2 ayah beliau, beliau pun tido, lg pun beliau masih lg lemah dan masih lagi terasa sakit. Lama beliau rehatkan badan dan beliau kembali sedar dengan senyuman ke arah ibu bapanya, muka beliau berseri ketika itu, memang orang kata beliau ni seorang yang kuat dan tabah. Segala resah dan gelisah ibu bapa beliau pudar bila tengok anak mereka senyum, dan senyum menandakan beliau dah ada semangat balik.

selama hampir sebulan beliau terlantar di hospital, akhirnya beliau dapat kembali pulang ke rumah, happy nya beliau ketika itu x terkata-kata, beliau mau balik rehat puas2 kat rumah, tapi dalam masa sama beliau masih lagi terfikir di manakah amir? tapi beliau x blh nk banyak fikir, lagi pun kepala beliau belum lagi ok. Cuma dalam diri dia tertanya, selama sebulan beliau kat hospital, amir langsung x datang, kali terakhir beliau jumpa dia, sebelum dia masuk dewan operation.

Setiap kali beliau tanya kawan2 yang lain dan mak ayah nya, pasti diorang akn memutar belitkan soalan beliau, beliau boleh rasa pasti ada sesuatu yang x kena, beliau masih x puas hati lagi ngn jawapan diorang, beliau cuba hubungi kawan dia bernama saif, pun sama juga jawapan nya.

Persoalan tu terus bermain di fikiran beliau, sampaikan beliau x fikir keadaan beliau sendiri, orang lain diutamakan, tapi diri sendiri di kemudiankan. Itu la yg dirunsingkan oleh keluarga beliau.

Akhirnya persoalan yang bermain di minda beliau terjawab juga, apabila beliau buka notebook nya, dan terbaca satu surat yang bertajuk khas untuk sahabat ku. Beliau terdiam bila beliau membaca isi kandungan dalam surat itu :

Assalamaulaikum kepada sahabat aku dunia dan akhirat. Terlebih dahulu aku memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan aku selama kita kenal. Dan mungkin ketika ko membaca surat ini, aku dah xda di dunia ini, dan aku dah pulang ke pangkuan Illahi.

Aku mahu ko berjanji dengan aku, yang ko jgn bersedih di atas pemergian aku ini, kearana aku sentiasa bersamamu sampai bila2…

Aku buat sume ini dengan ikhlas untuk sahabat baik aku, bagi aku nyawa aku x penting, yang penting nyawa ko…aku buat keputusan ini dengan fikiran waras, aku x mau lagi tengok ko menderita, cukup la selama ini ko menderita…dan tiba la masa ko utk hidup bahagia bersama keluarga yang tersayang.

Dan aku mintak tolong ngn ko, jangan sesekali ko marahkan  mereka kerana x bagi tau hal yg sebenarnya kpd ko, kerana mereka x tau hal yang sebenarnya lagi pun aku yg suruh doktor rahsiakan, dan juga kepada saif n hilman, mereka juga x tau. Mereka berdua juga adalah sahabat baik ko, mereka sepanjang masa mengambil tahu perkembangan ko dari mula ko masuk hospital hari tu. ko bertuah ramai orang sayang kat ko…..sebab tu la aku x sanggup tenggok ko pergi…

Aku buat semua ni ikhlas dari hati aku dan xda paksaan, ko jangan la sedih, sebab sekarang ni jantung aku ada di dalam diri ko, bermaknanya kita x terpisah sampai bila2.

Aku pun x tau nak cakap apa lagi, ni aku tulis sebelum aku masuk dewan bedah sama2 ngn ko..aku minta maaf juga kerana aku tipu keluarga ko yang aku terpaksa balik kerana ada urusan kerja. Maaf aku k…apa yang aku mahu cuma nk tengok hidup ko bahagia, itu je

Andai kata ini surat terakhir dari aku, aku mintak satu je, ko halal kan makan minum aku, dan ko maafkan segala dosa2 ku terhadap ko, dan ko kena janji ngn aku ko kena kuat dan tabah dan jangan bersedih kerana aku ok…..

Assalamualaikum, Amir “

Setelah beliau membaca surat dari amir, beliau terkedu dan air matanya jatuh berlinangan membasahi pipinya, dia x sangka seorang sahabatnya sanggup korbankan nyawa demi keselamatan beliau, ya Allah sungguh besar pergorbanan hamba mu ini, hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala jasa Amir….

beliau terdiam memikirkan tentang amir, saif dan hilman…selepas membaca balik segala perbualan antara mereka bertiga di YM, baru beliau tahu yang mereka ni betul mengambil berat tentang beliau…

Pada mulanya memang beliau x boleh menerima hakikat yang sebenarnya apa yang telah berlaku keatas diri beliau, keluarga beliau dan rakan2 beliau. Tapi bili beliau fikir balik baru la beliau sedar yang semua ini adalah ketentuan Allah swt, kita manusia biasa x boleh nak lawan kuasa Allah swt, mungkin ada hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku selama ini. Apa2pu beliau bersyukur kepada Allah swt kerana Allah telah memanjang umurnya dan memberi peluang untuk beliau terus hidup di muka bumin ini…Alhamdulillah yang terkeluar dari mulut beliau, dan kepada Allahyarham sahabat baik beliau, beliau doakan kesejahteraan disana semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Setelah 2 tahun dah berlalu, Alhamdulillah kehidupan beliau semakin sihat, dan x da lagi dengar2 beliau sakit atau sebagainya, tapi beliau masih juga blm dapat jumpa dengan 2 orang sahabat maya nya iaitu saif n hilman.

Apapun ini sume kaajaiban dari Allah swt, kerana Allah tahu apa yang Dia buat..kita hambanya harus la bersyukur dan patuhi segala suruhannya.

kisah penderitaan seorang “ beliau” berakhir disini, dan xda lagi yang ingin diceritakan tentang beliau, cuma Allah sja yang tahu.

ok la..so part 3 ni adalah ending dia, walaupun x berapa nak ending, tapi aku terpaksa stop kat sini, aku nk ucap ribuan terima kasih kepada korang semua kerana sudi mengikuti kisah ini…dan ingat ini adalah sekadar perkongsian sahaja k…tidak ada lebih selain dari itu…maaf jika ayat2 x tersusun atau jalan cerita nya berterabur k…

8 comments:

ZWAN SABRI said...

untungnya kalaw dapat sahabat macam tuu.. huhu

MySuaraBlog: Gigi Kuning, Gosok Gigi, Tandas..

Khairiz said...

zwan : yup. memang berutung sangat2 if dapat kawan camtu

Nur Liyana Chew said...

baiknyer kwn dia. sedih bace isi surat tuh. hukhuk T_T

Khairiz said...

liyana : kan, x sampai hati nk kuarkan citer ni...

Nur Liyana Chew said...

moga kawannyer tu tenang di sana, abg. amin ...

Khairiz said...

liyana : insyaAllah...semoga dia ditempatkan org yg beriman

Adylia Qarissa said...

bertuah dapat kawan macam tu...zaman sekarang susah nak dapat kawan yang hadir sebagai 'sahabat' :)

Khairiz said...

Adliya : betul tu memang susah nk jumpa