2 tahun yang lalu..(part 1)

111
2 tahun yang lalu adalah entry aku tuk kali ini, apa yang 2 tahun yang lalu tu? nak tau jom layan, baca dan fahamkan k…
Kisah ini bermula pada 2 tahun yang lepas, ketika bulan ramadhan Al-mubarak, kisah ini mengenai seorang hamba Allah yang begitu kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dari Allah swt. Pada suatu hari ketika orang lain sedang menikmati juadah bersahur, manakala hamba Allah ini pula sedang bertarung dengan nyawa nya sendiri. Begitu besar ujian Allah berikan kepada beliau.
Ketika itu tiada siapapun yang tahu apa yang sedang berlaku kepada hamba Allah ini, sehingga la beliau pengsan kerana tidak menahan kesakitan yang di alaminya. Rakannya mula menyedari akan beliau ini setelah banyak kali rakannya cuba tuk kejutkan beliau tetapi beliau tidak sedarkan diri, lalu rakan2 nya terus menghubungi ambulans tuk di bawa beliau ke hospital.
tibanya di hospital, doktor terus buat rawatan ke atas hamba Allah ini, dan mengikut doktor beliau terpaksa di masukkan ke ICU, kerana keadaan beliau ketika itu sangat kritikal, rakan2nya semua terdiam, kerana mereka tidak pernah tahu yang kawan nya sakit, kerana beliau tidak pernah sesekali menceritakan kisah hidup kepada orang lain.  Rupa2nya beliau selama ini menderita kesakitan yang di alaminnya tetapi kesakitan itu hanya Allah saja yang tahu, kerana beliau di hadapan rakan2 nya, x pernah sesekali tunjuk  yang dia sakit dan lemah, beliau hanya senyum dan buat seperti orang biasa saja.

beliau pernah berkata kepada rakan2nya, bahawa beliau x nk tgk rakannya berada dalam keadaan susah dan bersedih, bg beliau kalau rakannya sedih beliau pun akan rasai kesedihan itu.
setengah jam kemudian, rakan2nya dikejutkan dengan berita yg menyedihkan, menurut doktor, hamba Allah ini tidak dapat nak diselamatkan dengan cara lain lagi kecuali melakukan operation. rakan2nya masih kaku, masih lg tertanya2 apa yang sebenar berlaku dan apa yg sedang di alami oleh beliau ini. persoalan terus menjadi persoalan….

disebabkan keadaan beliau yang begitu kritikal sekali, doktor x blh tunggu lama lagi tuk buat operation, menurut kata doktor kemungkin beliau x akan selamat kalau x lakukan dengan secepat yang mungkin. Dengan persetujuan dari kedua ibu bapa beliau, maka operation pun bermula. Doktor hanya blh katakan peluang tuk beliau hidup 50-50 shj, sebelum operation tu bermula.

setelah 13 jam yang berlalu, baru la doktor tu keluar dan hanya mampu tersenyum dan berkata Alhamdulillah, titisan air mata ibu mula berderai menandakan syukur pd Ilahi kerana telah menyelamatkan nyawa anak nya itu, rakan2 nya turut menangis dengan berita yang di sampaikan oleh doktor itu…..(bersambung)…..

10 comments:

Nur Liyana Chew said...

tunggu part 2 pulak :)

Khairiz said...

owk..liyana dah baca dah?

Nur Liyana Chew said...

dah .. :)

Khairiz said...

thanks, tunggu part 2 k:)

Nur Liyana Chew said...

baiklah abg. tggu sentiasa :)

Khairiz said...

hehehe..bagus

CikYana(",) said...

Dah siap baca :)
Cepat2 update part 2

TiMbAHiJaU said...

:) alhamdulillah.

Khairiz said...

cik yana : sabar k...citer ni citer betul so nk citer sume panjang...so tunggu k sambungan kisah sedih ni

Khairiz said...

TimbaHijau : amin n thanks