ABANG KHAI TOMBOI

AKT-COVER-SEPARUH
Angah angkat kening melihatkan mak   saudaranya,Khai  yang dari tadi dok tersengih sorang- sorang sambil menyuap burger ke dalam mulut.Huhu… mestilah dalam mulut. Takkan dalam hidung pulak.
Angah hairan betul tengok perangai Khai sejak akhir- akhir ni.Setiap kali keluar bersama dan bila dia biarkan Khai layan blues sensorang,dia tengok Khai suka senyum sorang-sorang.Kenapa agaknya ek?Ada pelakon lelaki baru yang handsome ke?Adakah lebih macho daripada aku?hati Angah tertanya-tanya.
“Bang,abang ni sihat tak?”soalnya.Risau gak.Manalah tau Celcius tetiba tukar jadi Newton.
“Biasa je.Apsal?”Khai masih lagi tersenyum.
Angah masih pelik.Khai mengalihkan pandangan pada Angah.
“Apsal kau tenung aku cam tu?Ada taik gigi ke?”Burger diletakkan semula ke dalam pinggan.Jari kelingkingnya dimasukkan ke dalam mulut untuk mengorek sisa-sisa makanan yang mungkin terlekat di celah gigi.Langsung tidak mempedulikan lelaki di meja sebelah yang sudah memandangnya dengan pandangan jijik di restoran McDonald itu.Eleh,macamla dia takde taik gigi!
Hish,tak de taik gigi pun.Apsal minah ni tenung aku plak?
“Apsal kau tengok aku nih?Taula aku ni handsome,macho,berkebolehan…”Masa untuk memerasankan diri!
“Sudah,sudah,cair taik telinga Angah dengar.”Angah pulak korek telinganya dengan tisu.
“Hish,pengotor arh kau nih.Tak nampak ke kita tengok berada kat tempat awam?”
“Hmm…yelah tu.Abang tu cari taik gigi tak kotor pulak?”perli Angah.Khai mencebik selamba.
“Bang,apsal abang senyum sorang-sorang tadi?”
“Senyum sorang-sorang?Ko gilo ko?Ado ko cakap den senyum sorang-sorang!”Ceh, cakap dialek Negeri Sembilan la plak!
“Angah nampaklah!”
“Mana ada!”
“Kat McD ni ada CCTV tak?Biar Angah tunjukkan buktinya!”
“Sayangnya tak ada!”Khai jelir lidah.Tapi dalam hati dia sebenarnya dah malu tahap gaban dan bambang pamungkas dah ni.Camnerlah dia bleh tak sedar yang dia tengah senyum?
Tadi tu pun dia teringatkan si Inspektor Gadget.Teringatkan perangai nakalnya,kebudak-budakannya dan kadang-kadang tetiba plak bleh jadi matang.Susah diramal.
Aduh,kenapala dengan aku sejak akhir-akhir ni?Takkanlah aku boleh terpikat dengan Inspektor Gadget.Dahla perangai childish,samala cam aku.Tapi kalau bleh,aku nakla yang matang,boleh bimbing aku ke arah kematangan.Kalau dah childish+childish= huru-hara dunia!
Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
Jika ingin menjadi realiti
Khai tersentak dari lamunan pendeknya apabila terdengar lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor dari dalam poketnya.Cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya.Memang sejak dulu dia memang minat giler kat Jaclyn Victor.Rakan-rakan artis pun heran tengok tahap keminatannya yang agak dahsyat.
Poster-poster dan semua lagu Jaclyn Victor ada dalam simpanannya.Tak kira,India ke Melayu,minat tetap minat.Dulu pun Jaclyn Victor boleh menang Malaysian Idol agaknya sebab si Khai ni.Mana taknya,masa pertandingan tu tiap-tiap minggu Khai beli top-up untuk mengundi Jaclyn Victor.Beribu-ribu undian dia hantar.
7 missed call.Aish,wat per plak Inspektor Gadget ni tepon aku?Dah lima kali dia call tapi aku langsung tak dengar.Apsal tak dengar hah?Ada sound trouble ke aku nih?
Terus Khai memeriksa bahagian volume.Larh…patut pun.Volume diset pada tahap satu. Tadi dia tak dengar sebab sibuk shoot.Habis tu takkanlah nak jawab tepon masa kamera tengah on.Dia suruh manager dia tolong pegangkan.Maybe manager dia pun ada sound trouble kot.Lepas abis semua pengambaran dia lupa plak nak setkan balik volume ke tahap 5.Dia boleh dengar panggilan ke-7 ni pun sebab tepon ni ada dalam poket.
-Apahal ko cari aku?
Khai menaip mesej untuk Rizal.Tak lama kemudian…
-Aku boring giler dowh…jom lepak umah aku.Main PS2 ke.
Khai tersenyum.Time bosan baru ajak orang,kalau tak asyik kata aku ni penyibuk je!
-Sorry arh.Aku busy ckit.Tgh ada urusan antara sedar dan pengsan.Muahaha!
Rasala kau,Inspektor Gadget.Biar aku pulak yang jual mahal.
-Ala…bkn urusan antara hidup dan mati pun.Aku sunyi giler ni.Along dengan Angah keluar,Adik plak tido.Citer kt TV x best.
-Aku tgh lepak ngan Angahla ni!
-Ooo…keluar tak ajak aku.Jaga ko!
-Hek eleh Inspektor Gadget ni.Aphal plak aku kena ajak ko?Bkn penting sgt pon ko tu!
Lama Khai menanti smsnya dibalas.Dah 2 minit.Apsal Inspektor Gadget tak balas-balas lagi?Merajok ker?
Tet!Tet!Tet!Khai tak sabar-sabar mahu membaca mesej yang seterusnya.Tapi kali ini Rizal tidak menghantar sms sebaliknya kiriman mms.Gambarnya yang tengah buat muka blur dengan lidah terjelir dan hidung kembang.Khai tergelak.Tubuhnya terhinjut-hinjut menahan tawa.
“Bang,apsal ni?”Suara Angah menyentaknya.
“Ni,tengok abah kau ni.Cantik punya perangai!”Khai menghulurkan telefon bimbitnya kepada Angah.Dia terus ketawa mengingatkan gambar Rizal tadi.Polis apa macam tu, perangai kalah budak lima tahun!
Angah angkat kening melihat Khai yang masih ketawa.Memang gambar yang dihantar abah ‘baru’nya ini lucu.Rizal berposing di hadapan kamera sambil mengembangkan lubang idongnya.Tapi Angah tak terasa mahu ketawa.Dia lebih berminat merenung Khai.
Dia akui memang Khai dan Rizal agak rapat sejak akhir-akhir ini.Sepanjang Rizal berada di hospital tempoh hari pun Khai yang beria-ia mahu menjaga Rizal siang malam walaupun dia sendiri tidak tahu bila Rizal akan sedar.
Ada juga kadang-kadang dia nampak ibu saudaranya itu suka tersenyum sorang-sorang, macam tengah teringatkan sesuatu.Agaknya ini ke sign orang tengah angau bercinta?
Hish,mana mungkin!Abah kan belum tahu abang Khai ni pompuan.Takkanla diorang bercinta kot!hati Angah menyangkal.
“Bang,abang suka kat abah tak?”Angah menduga.
Khai terdiam.Terasa darah bagai menyerbu ke muka.Angah mencebik dan mengacau-ngacau air cokenya dengan straw.
“Eleh,muka dah siap merah-merah pink!Betulkan abang suka kat abah?Kan?Kan?Kan?”
Khai cuba mengawal perasaan malunya.Pantas dia mengambil paket sos di atas meja dan melemparkan ke arah Angah.Tepat mengenai bahu gadis tomboy itu.
“Kau budak kecik,apa kau tau?Tak payah sibuk hal-hal orang tua!”
“Eleh,ingat dah matang sangatla tu.Umur pun baru 24.Berapa tahun sangat beza umur Angah dengan abang.Baru 7 tahun!”
“Tapi kau tu baru budak sekolah!”
“Angah rasa soalan Angah tadi taklah panjang mana pun.Angah just tanya abang suka kat abah atau tak?Yang abang pegi melalut hal-hal orang tua dengan sekolah tu apasal?” Angah menjolok.Makin merah muka Khai,makin seronoklah dia mengusik.
“Inspektor Gadget tu?Come onlah.Aku just suka berkawan dengan dia sebab kitorang sekepala.Dia senang dibuli.Dia tu lawak sebenarnya tau tak?First time kitorang jumpa, dia cuba heret aku pegi balai sebab ingat aku ni betul-betul peragut.Memang aku rasa lawak tahap hiperbola dan bluehyppo masa tu.
Satu lagi masa kat majlis IBSYA,ada ke dia bagi ucapan mengarut-ngarut kat atas pentas depan VIP?Dia tu memang selamba maut.Apasal plak aku cakap dia senang dibuli? Sebabnya hari tu aku kepit kepala dia bawah ketiak aku,dia biarkan je.Aku tau dia boleh lepas tapi dia biar je sampaila kau datang.Satu lagi masa dia baru balik hospital.Dia tak marah pun kau lempar seluar dalam atas muka dia.Lawak…lawak…”Khai galak bercerita sambil ketawa dan menekan-nekan perut.
“Ya,dan sebab tulah abang boleh terpikat kat abah!”sambut Angah. “Angah dah lama kenal abang.Angah tau jenis lelaki yang abang suka.Abangkan kasar so abang suka lelaki yang lembut.Bukan pondan,tapi penuh dengan kasih sayang,am I right?”
“Yelah tu,pernah ke kau nampak aku keluar dengan lelaki?Lelaki manala yang nakkan aku ni.Cuma orang yang ikuti drama lakonan aku je yang tau aku pompuan!”
“Dalam lain perkataan abang sebenarnya suka kat abahla?Tapi dari gaya abang ni,bukan setakat suka je tapi dah terjatuh cinta sekali!”usik Angah lagi.
“Falling in love?For what?Aku bukan minah jiwangla.In fact,he just not my type,”ujar Khai bersahaja.
“Okey,kalau macam tu maybe Cikgu Suri ada chance!”
“What?”Berubah muka Khai.Memanglah dia tahu Rizal adalah jejaka macho yang menjadi kegilaan tidak kira anak dara mahupun andartu tapi kalau Cikgu Suri,susah dia nak percaya.Setahunya Cikgu Suri seorang yang lemah-lembut dan agak pemalu dengan kaum Adam.Mungkinkah Rizal sendiri sudah terpikat dengan kelembutan Cikgu Suri?
“Cikgu Suri pun syok kat Rizal ke?”
“Why not?Lagipun Cikgu Suri dengan abah makin rapat sejak akhir-akhir ni.”Betul ke tak,hentam ajalah.Manalah dia tahu Cikgu Suri dengan Rizal rapat atau tidak.Setahunya kali terakhir mereka bertemu ketika Rizal masih ditahan di hospital.Itu pun cuma pertemuan buat kali ke-2.
Khai terdiam.Dia asyik merenung wajah Angah.Mencari kepastian.Betul ke citer Angah ni?Hujung jarinya mengetuk-ngetuk meja.
“Dahlah,tak payah merepek lagi.Jom blah,”katanya sebelum melangkah ke meninggalkan restoran tersebut.
Angah tersenyum tepi dan mengekori langkah ibu saudaranya itu.
“Tak apa,sekarang bolehla abang kata Angah merepek.Lepas abah dengan Cikgu Suri jadi sweet couple,barula abang tahu siapa yang merepek.Tak suka,ya?Okey,Angah akan sedarkan abang!”tekadnya.
**********
“Assalamualaikum!”Laungan salam di luar pintu pagar menyentakku yang sedang tidur petang di ruang tamu.Hish,saper plak kacau proses peng ‘tidur’an aku ni?
Aku meramas-ramas rambut dan menekup mulut yang tengah menguap.Giler besar lubang idong aku kalau time menguap.
Aku ingat lagi dulu masa kat akademi,disebabkan tabiat aku yang suka sangat menguap kuat-kuat time bangun pagi,kawan-kawan aku pakat nak pedajal aku.Masa tengah aku syok-syok mengembangkan lubang hidung tu,cepat diorang masukkan butir manik ke dalam hidung aku sampai aku susah nak bernafas coz manik tu tersumbat.Disebabkan itu aku terpaksa dihantar ke hospital untuk mengeluarkan manik tersebut.Giler nakal kawan-kawan aku dulu.Kat mana diorang sekarang agaknya ya?Hidup ke dah mampos?Dah kahwin ke belum atau still jadi bujang lapok cam aku?
“Waalaikumussalam!”Hish,jiwa kacow tol!Di petang yang indah ni nak buat taik mata pun tak senang.
“Saper plak yang…”Aku tak jadi menghabiskan ayat aku bila terlihat seseorang tercegat berdiri di luar pagar.Cantiknya dia…indahnya ciptaan Tuhan…
“Eh,cikgu dah sampai!Apalah abah ni,cikgu datang bukan nak jemput masuk!”Angah tiba-tiba muncul entah dari mana dan menyambut Suri yang sedang tersenyum.Pelik betul aku dengan dia ni.Tak penat ke asyik senyum je?
“Haa…abah,hari ni Cikgu Suri nak ajar Angah Add Math.Sebab tu Angah ajak dia datang sini!”terang Angah kepada aku.
“Angah,sepatutnya Angah yang pergi rumah cikgu sebab Angah yang nak menuntut ilmu,bukan cikgu.Ada ke seorang guru mencari muridnya?Kalau orang yang nak belajar silat zaman-zaman dulu tu,sanggup redah hutan belantara untuk cari guru yang boleh mengajar diorang,tau tak?”Ambik ko aku dah start jadi kaki leter.Buat pertama kalinya aku berhujah panjang,macam seorang ayah yang menasihati anaknya.
Angah tersengih sambil menggaru-garu kepalanya.
“Tak apalah Enc…er…Rizal.”Suri membetulkan.No more ‘Encik’ and Cikgu’. “Lagipun saya memang suka mengajar Angah.Dia cepat menangkap apa yang saya ajar dan dengar kata.Setiap kali peperiksaan pun dia sentiasa tunjukkan prestasi yang baik.”
Aku tersenyum dan mengangguk-angguk.Angah yang berdiri di sebelah Suri dan tersengih-sengih cam orang malaria.Kembang setaman kena puji.Wakakaka!
“Marilah masuk!”Aku mempelawa.Kang kata apa pulak suruh anak dara orang tercegat tengah-tengah panas.Kesian kulit Suri yang putih melepak tu jadi hitam arang.
Angah naik ke tingkat atas untuk mengambil buku-buku pelajarannya.Suri pula membuka beg sandangnya dan mengeluarkan beberapa buah buku untuk mengajar.Tengok kalkulator…pink colour!Huhu…feminin giler cikgu ni.
Aku ni plak nak wat apa erk?Nak sambung tido dalam bilik?Tapi nanti nampak cam kureng sopan plak.Habislah segala kemachoan yang aku tanamkan selama ni kalau cikgu yang kiut lagi miut ni tau aku tengah buat taik mata masa dia datang tadi.
Betul,cikgu ni memang cute.Macam anak patung versi sopan.Tapi hati aku langsung tak bergetar setiap kali pandang wajahnya.Wajahnya tak mampu membuai perasaan aku. Pendek kata,aku tak rasa apa-apa.Cuma wajah Khai yang mampu menggetarkan hati aku, membuai perasaan aku.Jiwang pulak aku di petang hari ni.Kenapa?Kenapa aku mesti jatuh cinta pada jantan?
“Abah!”Aku terpinga-pinga sebaik mendengar suara itu.Aku toleh pada Suri yang duduk di sofa bersama Angah.Sejak bila pulak Suri dengan Angah dah start sesi pembelajaran ni?Agaknya aku yang lama sangat berangan kot.Huhu…
“Daripada abah dok berangan kat situ,baiklah abah pergi buat air untuk cikgu Angah ni. Dapat gak pahala!”Amboi sedapnya bahasa budak ni.Aku cepuk sebijik kang tak tido 3 hari 3 malam!
“Angah,tak baik cakap macam tu.Kalau nak mintak tolong,mintalah dengan penuh sopan- santun.Rizal kan ayah saudara Angah,”tegur Suri lembut sambil menyentuh belakang Angah.
Angah tersengih dan bersuara, “Yelah,cikgu.Saya minta maaf.Saya suka kat cikgu sebab cikgu kalau nak tegur saya,cikgu tegur baik-baik.Tak tengking terus.Cikgu ni penuh dengan sifat keibuanlah.Sama macam arwah ibu saya.”
Suri cuma tersenyum malu.Aku angkat kening.Apahal plak si Angah ni puji Suri lebih-lebih?
“Kan best kalau cikgu kahwin dengan abah saya ni.Kan ada orang yang tolong uruskan dia,jaga makan minum kitorang!”
Memanglah Suri baik dan patut kahwin sebab Suri penuh dengan sifat keibuan dan… nanti!Angah cakap kahwin dengan abah?What?!
“Saya tengok cikgu dengan abah saya memang secocok.Senang-senang cikgu kahwin dengan abah jelah!”Mak aih Angah,selamba giler ko tuturkan ayat power tu!
Aku tengok Suri dah tergamam.Muka dia dah bertukar merah.Mungkin dia malu dengan kata-kata Angah tadi.Yalah kitorang ni baru jumpa tiga kali termasuk hari ni,Angah plak selamba je cadangkan supaya kitorang kahwin!
“Wei,Angah!Abah hempuk kepala kau kat tiang baru kau nak sedar agaknya.Kok ya pun janganla cakap depan cikgu,malulah dia.Dahlah abah ada kat sini!”ujarku bercekak pinggang.
Kring!Kring!Kring!Tersentak aku dengar bunyi telefon rumah berdering.Kuat giler. Saperla yang pasang volume kuat macam tu.Macamla dalam rumah ni ada orang pekak.
“Hello.”Ganggang telefon aku sua ke telinga.
“Hello,Riz!Kali ni kau kena tolong aku.Betul-betul kena tolong!”Suara Khai cemas. Apahal lak mamat ni?
“Aphal kau nih?Cam kurang cell body je!”
“Lepas ni kau pun akan kurang cell body.Dengar sini,Along sekarang tengah ada kat balai.Dia dan kawan-kawan dia ditangkap kat supermarket sebab mencuri!”
“What???!!!!!!!”Aku menjerit kuat.Ya,aku tahu perangai Along memang teruk,tapi kalau dah sampai tahap mencuri,itu dah dikira jahat!

P/S : cerita ni bukan aku yang punya k, cuma sekadar perkongsian sahaja, td dalam aku baca novel ternampak novel ni, so aku share aja la hehehe….
sumber : penulisan2u.

6 comments:

Nur Liyana Chew said...

wahh...novel 'abg khai' tuh....hikhik :)

Khairiz said...

liyana : tu la pasal, masa mula abg khai baca pun pelik gak hehehe, tp x pa la nama sama hahaha...

Nur Liyana Chew said...

msti ade yg p beli nt..hikhik ^^

Khairiz said...

liayana : kan? hahaha jgn salah anggap sudah la hehe

hairy said...

wahhhh..nurkiln ni...hehe

Khairiz said...

hairy : nurkilan apa hahaha..