Aku Bukan Seorang Artis…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger sekalian. Ini adalah entry aku yang kedua untuk hari ini. Disebabkan kebusanan yang melanda jadi aku update la blog aku ni.

Huh!! tajuk entry aku kemain kan??? Aku bukan seoranng Artis…memang betul pun aku bukan artis, aku cuma orang biasa sahaja, dan juga aku bukan model atau sebagainya. senang kata aku bukan dari golongan seni, yang pasti aku dari golongan orang-orang biasa sahaja.

Kenapa aku keluarkan entry ni? sebab banyak soalan yang di ajukan kebanyakkan semua soalan yang diorang tanya aku adalah sama, salah satu soalan yang selalu orang tanya “ kamu ni artis mana erk??” .huhu nak tergelak aku baca soalan tu. Tapi aku ikhlas dan jujur aku jawab aku bukan artis yang sebenar benarnya.

Dan lagi satu korang jangan lah salah anggap dengan gambar2 yang aku paparkan di facebook ataupun di blog ni, itu semua sekadar paparan sahaja. Aku hargai dengan pujian korang semua, puji macamana sekali aku tetap aku, aku tidak sesekali merasa riak dengan diri aku sendiri, malah aku bersyukur kerana ini semua anugerah Allah swt.

Tidak semestinya gambar posing yang aku paparkan itu, menunjukkan aku ni macam artis atau pun model, itu semua sekadar suka-suka sahaja, kalau pun turut suka Alhamdulillah la, kalau x suka aku x boleh nak kata apa la…masing2 ada cara nya tersendiri betul???

Memang betul sebelum ini aku pasang angan2 nak jadi seorang artis, tapi bila aku cermin balik diri aku,aku tahu yang sebenarnya aku x layak pun kalau nak jadi artis, malah yang layak bagi aku adalah menjadi diri aku sendiri..selagi gambar2 aku xda menimbulkan masalah kpd korang ok lah.

Satu je aku nak pesan disini, jangan kerana rupa paras yang kita ukur, sebaliknya hati budi itu yang penting yang harus diutamakan, buat apa kalau cantik luar tapi dalaman hancur buat apakan? bukan aku nk cakap korang salah, tidak sama sekali aku maksudkan itu adalah korang, cuma hanya bagi pesanan saja.

Maaf la kalau ada yang terasa dengan apa yang typekan ni k..ini sebagai penjelasan dari diri aku…supaya soalan korang terjawab, walauapapun korang tetap kawan aku sampai bila-bila, selagi korang sudi kawan ngn aku k…

p/s: bersyukur di atas segala kurniaan dan anugerah yang Allah bagikan, dan peliharalah dengan sebaik yang mungkin..Smile

8 comments:

Syazwan Che Deraman said...

have a good day.

Mia Meymi said...

mia singgah sini. okelah tu klau dkatakan artis... :p

Khairiz said...

Mia : hehe btw thanks :)

RazFiRa said...

wawwww.. hebatlah die dikatekan seperti artis.. hihi

Awie Omar said...

TQ sudi follow blog AWIE OMAR. Anyway dah follow sini. Keep bloging K.

Khairiz said...

RazFira : tu la nk dikatakan huhu

Khairiz said...

Awie : owh ok thanks too :)

Khairiz said...

syazwan : thanks ya