Apa Nak jadi?

 

couple

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa nak jadi? jadi apa? nak tau teruskan membaca k….dan PERINGATAN entry ni bukan tuju kepada sesiapa pun, sekadar perkongsian bersama, tetapi jika ada yang makan cili dia la yang terasa pedasnya..hehehe..

Berbalik pada entry aku kali ini, aku nk bincangkan isu panas, isu panas? panas ke? entah la x dapat nak dikenal pasti lagi, nak tau terus baca k….

ini kesah pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, aku tau semua orang pernah bercintakan? memang seronok bila time bercinta ni, bagaikan dunia ni macam dunia korang yang punyakan? semua indah belaka dan xdapun yang burukan masa bercinta, pakwe kentut pun boleh kata wangi kan? sampai ke situ sekali.hahaha…

ya la bila I lap u, u lap I, kan happy kan tu? sapa x nak saat romantis macam tu kan, semua orang alami situasi seperti ini betul x? tapi aku bukan nk citer pasal tuh, aku nk citer pasal bila dah ter….., ter apa? senang kata dah terlanjur…ya la masa seronok mana nk kesah nya kan, maruah tergadai pun xpa, sebab sayang punya pasal, sanggup serahkan segala2 nya. ya la janji sehidup semati kononnya, tu sebab x kesah da xda dara pun, (sorry ya org pompuan lau aku over, aku cuma nk citer je, nk baca, baca x nak baca xpa).

tapi bila si lelaki ni dah x nak kat si perempuan ni, mula la mengelabah, mula la nk meroyan, mula la pk sapa nak bertanggungjawab kan? akhir sekali memakan diri sendiri kan, tu la sapa suruh ko bagi segala2nya, kalau da tau xda jaminan, dan bila dah jadi macam ni mula la nak kata lelaki ni jahat la, lelaki x bertanggungjawab la dan sebagainya. Disini aku bukan nak kata lelaki ni baik, walhal semuanya sama je, tetapi lelaki ni x kan buat jika si perempuan ni x mulakan dulu atau bagi respond, contoh la kalau aku sendiri pun kalo pompuan bogel depan aku, aku rembat je rezeki depan mata katakan, ni contoh k, Allahmdulillah la aku bukan seperti itu. Lelaki mana xda nafsu aku nk tanya?

manakan pokok bergoyang lau angin x tiup, umpamaan dia macamtu la, dalam kes ni kedua2 nya salah, kedua2nya x blh nk tahan nafsu, di sebabkan ini la yang blh terlanjur, sebaliknya si gadis perlu la pk sebelum buat, bab orang tua2 kata la, lebih baik sesal sekarang dari sesal kemudian, kerana sesal kemudian dah x da gunanya nasi dah jadi bubur….jangan pk seronok je, malah kenalah pk masa hadapan korang, kalau korang dah sah kawin xpa, ni belum ada jaminan lagi korang dah sanggup gadaikan…

walaumacamanapun lelaki ni saham dia semakin tinggi, si gadis lak bila dah xda dara saham dia jatuh, apa aku nk cakap kat sini, tolong la syangkan diri sendiri, pk masa depan korang, x tahan sangat p kawin senang citer, jgn mudah sangat nk bagi kat orang, Perempuan ni seumpama mutiara dalam kaca, kalau sekali dah pecah kaca mutiara nya dah xda sinarnya lagi…korang faham la apa maksud aku…

Allah ciptakan perempuan ni semulia2 nya, tetapi kenapa sia2kan? korang bukan memalukan diri korang sendiri, tetapi korang telah memalukan keluarga korang sendiri tau x? lelaki ni dia dah dapat apa yang dia nak dia akan tinggal korang macam sampah tau x? tapi bukan semua lelaki macam ni lah…dan bukan semua perempuan macam ni..ada yang baik..dan ada yang kuat imannya… ni aku citer apa yg telah banyak berlaku sekarang.

Aku sebenarnya x suka nk citer isu2 sensitif macam ni, tapi entah la aku x tau mungkin ada hikmahnya kenapa aku nk kuar kan isu pasal ni. Aku pun x nk citer panjang2 sebaliknya korang pk la sendiri, Allah kurniakan akal untuk kita berfikir so guna la dengan sebaiknya, sekali Allah dah tarik balik pemberiaannya, menyesal pn x guna lagi, kepada si gadis yg menerima nasib macam ni, cepat2 la bertaubat, sesungguhnya pintu taubat masih terbuka tuk korang, dan lelaki juga sama, jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu…jaga la hak masing2 jangan rosakkan hidup korang seperti ni, banyak lagi cara yng boleh selesaikan masalah ni….dan ingat la apa yang dah berlaku semuanya ada hikmah disebaliknya, renung2kan lah k….nasihat aku  jadilah  seorang orang yang berguna dan jangan jadikan diri itu bodoh….belajar dari kesilapan, insyaAllah hidup korang akan tenang, jangan terlampau ikut kan hati  nanti mati dan jangan terlalu ikutkan rasa nanti binasa la jawabnya…

cukup disini sahaja k…aku mohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dan kesalahan dalam entry aku kali ini, dan sekali lagi aku nk bagitau, entry ni aku x tuju kepada sesapa pun k….sekadar perkongsian saja…Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa….Smile

2 comments:

sarah hanafiah said...

utk peringatan :))

Khairiz said...

sarah : yup utk peringatan hehe :)