Bahaya Mengumpat

 

mengumpat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku ingin kongsikan entry tentang isu keagamaan sikit, yang mana isu ini suka sangat di amalkan dikalangan umat islam kita sekarang baik perempuan ataupun baik lelaki. Baca dan fikir, Jangan ambil mudah tentang hal sedemikian k.

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.


Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

14 comments:

mysara said...

urmm..xmo la mgumpat pasni..xpasal2 orang len dpat phale..mkn daging sdare sndri plak tu..

Khairiz said...

mysara : yup betul tu, sbnrnya kebanyakkan org tahu, tapi mereka buat endah x endah, dah cam habit yg x blh nk pisahkan dalam hidup

ZWAN SABRI said...

Errkkk, semoga mulut aku ni dapat kawal la drpd mengumpat pasai orang lain.. Takut jugak kau kalau aib aku orang taw n tengok.. HUHU

Khairiz said...

Zwan : yup bagus tu, kawal diri, walaucamnapun paksa diri control. lelama akan hilang rasa nk mengata or mgumpat ni, belajar hadapi dengan senyum, ini untuk renungan diri sendiri gak...

katakataDILA said...

Then, mcm mana nak bezakan yg mana satu mngumpat ngn mana satu luahan perasaan. Means kite tak puas hati kat someone, then kite cite kat org laen. Tu bukn mngumpat ke tuh? okeyh, tetibe trconfius pulak -_-

Adylia Qarissa said...

Ya Allah...besarnya dosa mengumpat nie...

dkna memang percaya dengan sabda nie ''Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri''

Allah akan bersama-sama dengan orang yang dianiayai..

ed shokolath said...

skang ni bukan pompuan je suka mengumpat.. tapi laki pon suka hokeh !!! ngeeee

EJA said...

mekasih atas perkongsian ye..salam ziarah follow blog saya disini ye..link

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/10/lelaki-semua-nya-sama.html

Khairiz said...

katakataDILA : bg sy la kan, ada beza nya luahan hati dan umpat ni, luahan hati ni sbb kita rasa sakit hati ngn seseorang betul, dan mengumpat ni, di buat x kira masa, seolah2 kita x blh tgk org lain, ada je benda yg nk di cakapkan.

Dan luahan hati pula, jagan la over sangat bercerita, just cakap apa yg patut je, lg bagus diam dan sabar, dan berzikir lg bagus.

Ni pendapat sy la, lau salah maaf la ya :)

Khairiz said...

Adliya : yup betul tu, senangkan nak dapat Dosa Besar ni, dan susah sekali kita nk dapat pahala, kalau nk dibandingkan memang x terbanding :)

so selamat beramal la ya :)

katakataDILA said...

kata pun pendapat. tak de salah takde betul :)

Khairiz said...

ed : yup betul tu, sekarang ni perempuan ke lelaki ke, xda beza da dari segi mulut la, malah lg bahaya mulut lelaki dri perempuan ni..dunia akhir zaman :)

Khairiz said...

Eja : terima kasih kembali kerana sudi singgah di blog saya yg x seberapa ni, insyaAllah sy akan lawati ya :)

Khairiz said...

katakataDILA : Yup betul tu, xpa sama2 kita kongsikan k..:)