Buang Anak

happy-face_thumb2

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….

6 comments:

emieysandra said...

pesanan khidmat masyarakat : hargailah ibu bapa yg tersayang! :)

Khairiz said...

yup...betul tu hehehe :) jangan abaikan ibu bapa :)

normi nieza said...

baik punya citerr....hargailah dan hormatilah org tua kita selagi diorang masih ader...

ed shokolath said...

mcm mana la dorang key tergamak nak letak mak ayah dorang kt umh kebajikan ek... hurm.....

Khairiz said...

kak norm : yup, selagi mak ayah kita masih hidup, kita kena hargai mereka, kerana tanpa mereka takda la kita skrg ni....

Khairiz said...

ed : manusia skrg ni memang dah xda otak, sampai tergamak letak mak ayah mereka kat umah org tua, maklum la nak hidup senang tanpa ada gangguan..mereka x pk plak camana perasaan mak masa mak diorang jaga diorang masa lahir dulu...