Bukan mengejar nama atau rupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan selamat petang :)

302530_282286301789838_100000254117213_1149866_1299777507_n

wah!! entry aku kali ni…bukan mengejar nama atau rupa? senang kata bukan mengejar kepopulariti. lagi senang bukan mengejar kefemesan. hehehe. Nak tahu sila la baca….

Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah, aku ni bukan lah seorang yang ingin mengejar semua itu, sikit pun xda, dan aku berblog ini pun bukan nk mengejar nama atau kepopulariti yang sesetengah orang beraggapan seperti itu.

Sama juga di facebook dan sama juga di twitter. aku akui memang ramai yang mengenali aku, samada kenal aku di facebook, di twitter, di blog dan di luar. Aku lagi suka kalau orang yang ingin berkawan ngan aku…tapi xda maksud di sebalik itu.

Nak kata muka aku handsome, xda la handsome sama seperti Aaron Aziz pun…wahh!! statement…huhu sekadar perumpamaan je la k. Bagi aku, aku bersyukur kerana dianugerahkan seperti ini, sikit pun xda perasaan riak dan bangga diri yang wujud dalam diri aku ni, aku sentiasa menerima segala teguran dan kritikan dari orang lain, kerana aku tahu, aku bukan la sempurna sangat pasti ada kekurangan dan kesilapan yang tanpa aku sedari atau sedar.

Di dalam berblog, aku berkarya bukan kerana nama, bukan kerana rupa, aku paparkan gambar2 aku tu sekadar suka2, jika ada yang suka tengok xda jadi masalah,  dan ada yang x suka tengok itu aku x blh nak berbuat apa la kan? dan aku rasa penulisan aku xda la sehebat mana pun lau nk dibandingkan dengan blogger lain. Tapi cuma satu ja, dalam berblog ni aku x suka citer pasal hal orang lain, kerana itu jauh sekali untuk memburukkan nama orang di blog ini, jika ada masalah ngn orang lain sekali pun x perlu la kita nak luah kat sini betul? kerana itu membabitkan orang lain, yang korang tidak mengenali, dan boleh dikatakan mengaibkan orang betul?

Di facebook, aku suka upload gambar, bukan niat aku ingin menunjuk-nunjuk, aku upload gambar tu dengan tujuan family aku boleh tengok apa aktiviti aku. ya la nak tunggu aku balik kg memang susah, so di facebook lah tempat mereka melihat wajah aku. Walaupun aku blm lagi mendapat feedback yg buruk, tapi sekadar ingin memberitahu sahaja, bagi aku x salah kan? selagi gambar2 aku x over dan x menyakit mata memandang.

Dan di twitter plak, aku suka bertweet dan membalas tweet orang, dan bukan bermakna aku nak mereka semua balas tweet aku, aku cuma ada satu niat sahaja, iaitu niat tuk berkawan, tapi kalau tweet yang berketelaluan tu memang aku x balas la, sbb x patut kot aku balas…tapi ada je yang melayan, tu x kesah la hak masing2 kan.

Aku tau mungkin ada orang yang berkata tentang aku, contohnya : x cukup di facebook dia kejar femes dan skunk di twitter dan blog plak. Bagi diri aku jauh sekali tidak seperti itu, aku da busan di facebook (bukan bermakna aku terus lupakan fb) dan aku cuba beralih plak ke twitter, dan aku berblog ni da 3 tahun kot. Tapi xda la aktif seperti skrg, dulu aku busy dan skunk aku ada banyak masa that ya la aku aktif balik. Dan Alhamdulillah, walaupun aku x aktif mana kat fb tapi masih lagi ada kawan yang concern tentang aku. dan yang mana mereka xda twitter la.

Dan aku bukan menaruh harapan agar blog aku ni mempunyai ramai follower, dan ramai reader.dan ramai yg komen, bagi aku semua tu x kesah pun, if terasa nk follow, aku cukup2 hargai, begitu juga lau nak komen lagi la aku hargai dan berterima kasih. Bukan apa blog ni tempat aku habiskan masa aku, dan cuba berkongsi ngn orang lain yang mana sudi la. aku x kesah kalau ada org datng ke blog aku sekadar view je…dan x baca pun…sikit pun aku x salahkan korang semua.

walauapapun aku tetap hargai korang semua, x kesah la yg follow ke x, aku cukup2 berterima kasih…bab kata pepatah “ tangan yang memberi lagi baik dari tangan yang menerima”. Korang nak kata apa kat aku pun aku x kesah, malah aku terima semuanya….:)

Dan akhir sekali aku mohon maaf jika ada salah silap dari segi penulisan aku ini k…aku pun x tau napa aku bawa keluar entry seperti ini, mungkin korang sendiri tahu kan?

Apa2pun terima kasih bebanyak kat korang semua k…teruskan membaca hehehe…sehingga jumpa lagi…Assalamualaikum.

6 comments:

~ ADANDO ~ said...

salam...
itulah sebenarnya tujuan berblog
sama seperti aku juga...

tidak rugi mempunyai ramai kawan didalam kehidupan ini.

Khairiz said...

Adando : wassalam, yup betul tuh...memang x rugi pun..btw thanks ya

faizal mohd said...

tetiba teringat lirik "aku menulis bukan kerna nama". :)

Khairiz said...

faizal : owh ya ka, ada erk>

sarah hanafiah said...

sama lah .cuma nk luahkan dekat belog utk org dapat manfaat :)

Khairiz said...

Sarah : yep maybe blogger lain pun sama