Jungle Trekking :)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kembali bersua kembali kita ya.hehehe..hari ni lewat sikit aku update blog coz atas urusan2 tertentu. Entry aku kali ingin berkongsi pengelaman mendaki bukit FRIM dan beriadah di sana.

IMG_1088

Ini adalah aktiviti hujung minggu aku bersama kawan2, iaitu mendaki bukit dan beriadah di FRIM. Sebenarnya kami x plan pn nk pg mana hari ahad semalam, niat asalnya nak pg sunway nak main ice skating, tapi bila fikir balik ice skating ni selalu sangat main, so kita orang plan la nk mendaki bukit, nak pergi broga jauh sangat, so kami pilih la FRIM coz dekat la ngn umah kitaorang..huhu.

Mengikut jadual kul 6 pagi dah ada kat sana, kononnya..tapi masing2 kul 6pg baru nak bangun n nak tunggu depa ni bersiap, dalam setengah jam juga la..huhu. Jawabnya dalam kul 7pg baru kami gerak ke sana, sambil panaskan ejin keta sempat lagi berposing….

IMG_0977

Hanya kami berempat sahaja yang pergi kesana semalam, bab sini aku perkenalkan jejaka dalam gambar di atas ni, yang belah kiri tu ijal namanya, yg tgh tu aku x berapa nak kenal sapa..hehehe..dan yg belah kanan tu rach namanya.

IMG_0976

dan si jejala baju oren ni plak namanya merool, ni masa tunggu enjen keta panas..hehehe…

Perjalanan yang mengambil masa 20 minit shj, disebabkan aku mgtk so standard la, jalan kosong apa lg drift la hehehe, tu cepat sampai. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi pada pukul 7.20 pg, sebelum tu kami bersarapan la dahulu, ya la kan bahaya lak perut kosong nak mendaki bukit ni, so ambil tenaga dulu la..hehehe

IMG_0982

so macam biasala aku ni mana tempat aku pg, mesti aku ambil gambar, ops!! korang jangan ingat aku nak beron plak hehehe, walaupun seharian x tido, muka tetap semangat..hakikatnya nak berdiri pun malas hahaha….ni posing masa mula2 sampai di kaki bukit.

IMG_0985

selepas selesai buat warm up, so sesi mendaki pun bermula, nak dijadikan cerita, kami ni x pernah lagi daki bukit ni, so kami buat pandai2 sendiri la, kami naik ni sampai habis penhujung tangga…so bila sampai kat hujung tangga ni kami buntu dah x jumpa jalan nak naik ke bukit tuh, berpusing2 la kami mencari nya, tu la kan act sangat ada mulut x nak tanya, so kami pun turun la balik, n cari orang yang boleh kami tanya…sambil kami berjalan cari orang ternampak lak rumah terengganu, so apa lagi time to snap gambar bermula la hehehe…hasil nya ini saja yang aku boleh paparkan, yg selebihnya dalam fb aku..huhu..

IMG_1024

IMG_1007

IMG_1011IMG_1009IMG_1012IMG_1014

IMG_1016

Rumah ni pernah digunakan dalam filem magika, sudah puas berposing so kami terserempak sorang brother yang kebetulan yang ingin daki bukit juga tuk cari bahan tuk buat ujikaji, brother tu namanya emy, seorang student di FortTry kat FRIM ni, so bro ni la yg guide kami daki bukit hari tu.

IMG_0992

so pendakian kami pun bermula, rupa2nya jalan yang kami naik tu betul la, cuma kat atas tu je kena ikut jalan yang ada batang paip, huh, dalam keadaan penat n mengatuk aku gigih gak la usaha pendakian aku..yang kelakarnya kami ada tukang guide, tapi dia pun salah, kami naik ikut orang turun, n kami turun ikut org naik, tu aku rasa pelik napa semua orang turun je…huhu…ya la kan x tau nk wat camana, alah janji sama je destinasi nya…

IMG_1004

dek kerana planing last minute, korang tengok la kasut yang aku pakai tu, bukan sport shoe, tu kasut tuk berjalan like biasa2 je, memang x sesuai untuk tempat seperti ni, maklum la semua kasut kat umah lagi satu, nampak sangat la aku ni jarang bersukan hehehe…memang risiko juga la..dek kerana kasut tu la bapa kali aku hampir tergelincir..masa nak turun…tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

IMG_1039

dah x tahan sangat penat, tambah lagi kehausan,  singgah sebentar ambil tenaga balik, baju pun dah basah dengan peluh dah..huh..tapi yg penting best..walaupun penat. Mau je aku minum air kat sekeliling aku tu…tp kami tahan..ni pun selepas 20 minit perjalanan tanpa henti..selepas 5 minit rehat, kami teruskan perjalanan.

Sangkaan pada mulanya, aku ingat bukit ni xda la tinggi sangat, tapi bila naik baru la tau..huhu..dalam kami berlima aku la paling banyak berhenti, al maklum la tambah2 plak aku ni da lama x jungle trekking nih, n stamina pun dah kurang hehehe…

perlahan2 aku berjalan sambil menikmati keindahan alam sekitar dan menghirup udara yang segar dan nyaman di pagi hari..kami pun dah x tau da bapa lama kami mendaki, dalam aku yang kurang daya pun sampai juga di planta tempat canopy walk. Sampai je sana aku dah rasa cam nak pitam dah, dengan dahaga airnya…dengan peluh x henti2 kuar, so rehat la sekejap kat planta tu…ingat nya nk la merasa berjalan di canopy walk tu, sekali x dapat lol, kena ada tiket baru boleh naik, tiket lak hanya jual kat bawah, mana la kami tahu semua ni, sabar je la…x blh naik pn x pa la..next time blh datang lagi…

IMG_1041IMG_1056IMG_1058

 

walaupun penat tapi senyuman aku tetap terukir juga hehe, seyum itukan sedekah hehehe…so senyum x perlu kata apa2…kat planta ni kami ambil lama sikit tuk berehat, org lain ok la cukup rehat, disebabkan mengantuk la tu membuatkan aku penat yang teramat rasa nak tido jew…

317287_274173242605011_100000370117646_945648_1173083562_n1

ketinggian di tempat aku berdiri ni 205 meter dari atas laut, xda la tinggi sangat kan??? dalam gambar tu semua nya act je..huhu…sambil membaca sejarah hutan tu. nak tahu apa dia catat, sila la berkunjung kesana k…hehehe…

so penat pun dah hilang, tenaga pun dah charge balik, so kami teruskan perjalanan,dari pukul 8pg kami naik, pukul 10pg kami samapi di bawah…sekali der tu bawa kami turun jalan jauh la…yg kami x tau ni ikut je la..dah macam tawaf lereng bukit dah kami di bawanya….smpai la ke satu tempat, yang aku ternampak tempat yang menarik, nak tau apa yang menarik tgk gambar kat bawah ni..

IMG_1072nampak apa yang ada dalam gambar tu?? ehehe…tu namanya “air”, kami dah haus x blh nak kata, nampak je air tu terus kami terkam minum, nikmat air tu x boleh nak kata, sikit je minum, segar badan rasanya, macam minum ice 0, ni air yang keluar dari akar2 pokok, dan air ni sesuai tuk di minum..air semulajadi katakan…lega rasa nya lepas dapat minum air….

317287_274173242605011_100000370117646_945648_1173083562_nbro pakai baju kuning la yang jadi tukang guide kami sepanjang pendakian kami, thanks a lot to bro, banyak citer n pengelaman yang kami dapat dari dia, maklumlah org banyak pengelaman, masa ni kami dah sampai ke tempat mula kami sampai tadi, lepak2 minum n makan, tgk tu si rach nampak sangat dahaga..huhu kesian..so tugas bro tu sampai disini saja, dan dia pun da dapat bahan ujikaji nya, so dia pun da penat n balik, tinggal la kami yg masih kat sana, ingat nak mandi tapi xda tempat yang sesuai nak mandi, tambah lak air yang cetek..nak tgk tempat aku mandi…????

IMG_1087


hahaha…luas n dalam kan, ikutkan hati x mau nya nak mandi kat sana, tapi kawan2 aku beriya sangat nk berendam ambik ko haha, tapi ok la atleast hilang rasa panas, penat n mengatuk, coz air bukit ni kan macam ais…(p/s : jangan tengok lama2 malu aku…hehehe).

Ok, lah ini aje lah rumusan citer aku tuk kali ni, lau aku citer penuhkan,nanti panjang berjela la blog aku nih, hope korang faham la ngn citer aku k…apa yang aku boleh katakan hari tu adalah hari paling best kerana dapat buat aktiviti sihat seperti apa yang aku buat semalam…pada buat perkara yang x mendatangkan faedah, baik kita buat benda yg berfaedah utk diri kita sendiri dan bukan tuk diri org lain.

So apa2 pn thanks sudi baca citer aku nih…semoga jumpa lagi..bye dan Assalamualaikum…Smile

No comments: