mencari kerja kosong

 

pencari kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger dan pembaca sekalian.

Hari ni aku habiskan masa untuk mencari kerja kosong, tapi masih lagi aku buntu, memandangkan zaman sekarang ni bukan senang nak mohon kerja.

Dah banyak juga aku submit resume, tapi belum ada panggilan lagi, dan hari ni aku cuba lagi submit resume aku, aku dah busan da hidup macam ni, bukan aku xda keja, tapi kerja aku ni x tetap, aku perlulan kerja yang tetap, memandangkan umur aku da lanjut dah ni, aku perlu cari kerja yang menjamin masa depan aku, dan aku juga ingin mendiri rumah tangga…

Dan banyak lagi impian aku belum tercapai…tapi aku bersabar je la, percaya pada rezeki Allah. Sekarang ni kalau xda orang dalam memang susah nak dapat kerja kan? ini la dikatakan politik keja.

Aku dah bosan da banyak company da aku kerja, tapi semua nya tidak ada jaminan, ini la dikata lumrah hidup di bandar yang besar ni…orang kata kat KL ni banyak kerja kosongkan, tapi memang banyak tapi nak dapat tu yang susahnya…bukan sikit org mohon keja ni…tu semua bergantung pada rezeki la…

Hmmm…sapa2 yang tau tentang info2 kerja kosong berkaitang dengan IT blh bagitau aku k….

2 comments:

Fezzy Sha said...

Insyaallah ada la tu nanti...hehehe :)

Khairiz said...

thanks :)