#OctTwtFest - TweetUp besar-besaran untuk pengguna twitter

 

Korang ada twitter? Kalau ada mesti tahu #OctTwtFest kan. Pada yang tidak tahu, disini saya akan menerangkan secara ringkas apa itu #OctTwtFest.

Apakah twtup (disebut sebagai tweet-up)? Twtup adalah meet-up/gathering bagi orang-orang yang dihubungkan melalui Twitter. Idea twtup adalah untuk bertemu dengan orang-orangbaru dan bertemu kawan-kawan baru di seluruh Malaysia. OctTwtFest adalah kesinambunganOct23rdTwtup yang telah diadakan pada 23 Okt 2010. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada tweeps (penduduk Twitter), kami telah memutuskan untuk membuat ini sebagai acara tahunan.

Disini disertakan sedikit perkara mengenai #OctTwtFest.

  1. #OctTwtFest adalah satu perayaan di mana kita berusaha untuk mengumpulkan semua orang yang memiliki Twitter di satu tempat. Anggaran 2000 orang! Ya 2000!
  2. Persembahan secara langsung oleh tweeps dan selebriti tempatan, karaoke, movie,game, bazar dan banyak lagi.
  3. Shuttle bus akan disediakan dari KTM / Komuter Shah Alam Station ke DiGi HQ dari jam 3pm hingga pukul 6pm dan 11pm hingga 12am. Ruang letak kereta yang cukup disediakanbagi mereka yang memandu. Koordinat GPS: 3,0689098253134692,
  4. Anda tidak mempunyai smartphone untuk tweet? Jangan risau. Terdapat 5 PC yang akan disediakan untuk anda pada hari tersebut.
  5. WiFi percuma yang disediakan oleh @DiGi_Telco boleh digunakan semasa event tersebut.
  6. Bilik solat disediakan untuk umat Islam.
  7. Terdapat beg cenderahati dan cabutan bertuah untuk dimenangi. Hadiah utama iaitu telefon pintar, tablet dan banyak lagi!
  8. Kemasukan ke #OctTwtFest adalah PERCUMA!
  9. Tiada kod pakaian tetapi anda semua boleh membeli t-shirt rasmi #OctTwtFest dari@ZiccoTees
  10. Semua orang boleh menyertai, tetapi jika anda mahu menunjukkan sokongan anda dengan melakukan RSVP, anda boleh berbuat demikian di RSPV #OctTwtFest

OctTwtFest akan diadakan di:
DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1 / 1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3,0689098253134692, 101,56967639923096


22 Oktober 2011
3pm - 12am



Untuk maklumat lanjut, follow @OctTwtFest atau pergi ke #OctTwtFest official website.

Nampak menarik kan? Apa lagi, jom beramai-ramai ke #OctTwtFest. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan twitter anda !


Credit to : hakim faridzul

4 comments:

Adylia Qarissa said...

dkna tak ada twitter...so tak boleh join.. :)

baguslah event nie sediakan tempat solat..harap ada yang bersolat jemaah kat sana..sambil berhibur, boleh pahala kan?

BeaN MorENo said...

open event ke ni?

Khairiz said...

dkna : yup harap macam tu la hehe

Khairiz said...

bean : yup open event