SatNite :)

 

IMG_0916

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. SatNite adalah entry aku tuk hari ini, apa tu satnite?? satnite adalah saturday night..hehehe Smile

X plan pun nk kuar malam minggu ni, tapi dek kerana bosan dok umah, so aku kuar la jenjalan bersama teman2 ku. Setiap kali nk kuar mesti buntu, coz x tau nak lepak kat mana, bila da sampai tengah2 jalan pn masih pk nak lepak mana, so x nak memeningkan kepala, so decide la lepak kat Bukit Bintang, lagi pun lama dah aku x lepak kat BB ni…

Berjalan tanpa hala tuju di buatnya, ikut kaki saja kemana dia nak berjalan, bila rasa penat baru la stop, mula dengan sg wang, pindah ke lot 10, pindah ke fahrenheit dan last sekali Pavi, semua tu windows shoping aja..hahaha coz aku bukan seorang shopaholic hehehe…

ini lah kehidupan aku, bab kata kawan aku enjoy la puas2 dizaman bujang ni, nanti dah kahwin da susah dah, tapi enjoy aku x da over, xda la sampai enjoy layan pub…tu bukan tempat aku nk enjoy…enjoy aku hanya melepak n berjalan sana sini..selagi tempat yang aku pergi tu x salah disisi agama islam.

aku

 

nasib baik la masa kat pavi aku terserempak ngn 2 orang kawan aku ekan n fizah, so ada la juga ramai kawan yg memeriahkan suasana, dah habis pusing pavi, last destinasi kami adalah Starbuck, lepak sambi berborak kosong, al maklum lah da lama x jumpa mereka, bukan selalu pun dapat lepak ngn diorang ni..orang bz la katakan…Smile

Gambar2 ni semua nya dek kerana bosan la hehe, so snap la gambar sendiri hehehe, dah jadi hobi aku dah bergambar nih..huhu..sekadar paparan sahaja. kan lau x selit gambar nanti entry aku nampak panjang berjela la plak..huhu

Kesimpulan yang boleh aku rumuskan disini adalah enjoy la selagi boleh enjoy, dan ingat jangan terlebih enjoy suda..aku bukan nak kata aku ni baik sangat x , aku pun ada kekurangnya juga, cuma aku masih kenal yang mana halal dan yang mana haram..jadi la diri sendiri dan jangan cuba untuk jadi diri orang lain, setiap manusia ada keistimewaan dan kelebihannya so guna lah dengan sebaiknya.

Salam akhir dari saya, ampun maaf dipinta sekiranya ada kesilapan bahasa atau terkasar bahasa ok…jika suka baca, jika x, x mengapa tiada paksaan.

Assalamualaikum…jumpa di lain waktu..Smile

4 comments:

ked :) said...

untunglah tak busy satnite :)

Khairiz said...

la knp? Ked bz kew???

Nur Liyana said...

abg suke gabung gabung. mornite la, satnite la. hikhik ^^

Khairiz said...

liyana : hahaha suka2 je