Siapa aku??

 

khai6

Siapa aku? adalah entry aku kali ni, mungkin ada yang ingin tahu aku siapa yang sebenarnya, mungkin ada yang dah  kenal aku dan mungkin juga ada yang x kenal, kenal dengan rapat atau tidak aku. so entry ini aku nk citer serba sedikit tentang diri aku, sebab apa dah blog ni khas tuk citer tentang kehidupan aku. hehehe.

aku adalah seorang insan biasa yang tidak ada kelebihan dan tidak ada kekurangan, tetapi belum cukup sempurna lagi disisi Allah swt. Aku anak yang ke 5 dari 8 adik beradik, dan aku anak kepada bekas askar dan suri rumah tangga sepenuh masa..

aku di didik dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan keagamaan dan penuh dengan disiplin..(disiplin ke?) huhu..ayah aku didik aku dengan cara ketegasan kerana dia mahu anak2nya menjadi insan yang berguna di suatu masa nanti.

Dek abah aku yang tegaslah buat aku pun turut ikut langkahnya, aku juga seorang yang tegas dalam melakukan apa saja tugas, kpd yang mengenali diri aku pasti mereka tahu aku macam mana..aku nk cakap susah..aku tegas dalam tugas saja, diluar aku biasa saja.

aku bukan jenis suka marah orang, entah lah aku x diajar untuk marah orang, sebaliknya sabar je dan senyum, arwah nenek aku selalu berpesan kepada aku, kalau orang buat jahat ngn kita, jangan la pula kita balas dengan kejahatan sebaliknya kita balas dengan kebaikan. pesanan arwah akan aku ingat sampai bila sehingga la nyawa di kandung badan. Dan aku bukan jenis seorang yang sombong, kebanyakan orang yang x kenal aku pasti akan kata aku sombong, hakikatnya adalah sama sekali tidak. aku dapat reaksi dari kawan2 aku, mereka selalu cakap mula2 jumpa aku mereka ingat aku ni sombong tapi bila dah kawan ngn aku baru la diorang tahu macamana.

aku seorang yang peramah dan suka tolong orang dan juga aku suka berkawan, kerana dalam hidup ini kalau xda kawan macam x lengkap je kehidupan kita, kalau xda kawan ngn sapa kita nak bercakap?? dan aku x memilih kawan aku akan kawan ngn semuorang x kira la kanak2, org dewasa atau orang tua. yang penting mereka ikhlas nak kawan ngn aku.

perinsip hidup aku adalah tidak mudah mengalah atau berputus asa, aku suka mencuba sesutau yang baru, akan cuba sehingga berjaya..memang aku macam ni dari aku kecil sampai la aku dewasa sama je..Dunia programmer la telah mengajar aku banyak perkara dan membuatkan hidup aku tidak bosan. Dan perkataan “tidak boleh” xda dlm diri aku, kerana kalau aku x cuba macamana aku tahu yg aku x boleh lakukan. betul x?

kalau aku cerita tentang diri aku memang x habis lah kan?? so aku rasa cukup dulu sampai disini kisah aku, t sambung di lain masa dan hari. ya la kan aku type panjang2 xda sapa lak nak baca nanti hehe.

apa2 pun aku nk ucap jutaan terima kasih kepada korang yg sudi luangkan masa membaca entry aku yang x seberapa ni. seperti biasa ampun dan maaf jika ada tersalah kata atau terkasar bahasa k..harapa di maafkan la..InsyaAllah kita jumpa di lain waktu..

Assalamualaikum.

8 comments:

Nur Liyana said...

sweet la abg ^^

Khairiz said...

hehe..ye kew???

Nur Liyana said...

yup ^_^

Khairiz said...

:)

misTeaRed said...

salam kenal...heee :)

Khairiz said...

salam kenal juga misteaRed;)

LiYa_Ex0ra said...

saya pun tak pilih kawan, nice to be ur followers! i like ur blog:')

Khairiz said...

Liya_exora : thanks ya...