warisan rimba

 

IMG_1521

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni dan pagi teman yang bosan ni, teman nak berkongsi teman kat warisan rimba ni, eh wat pa teman p sana ya?? nak tau jom kome2 semua layan ye.

IMG_1546

gambar kat atas tu, gambar teman la, tapi gambar teman xda la ensem mana pun, sekadar muka siap rumah je..hehehe…sorry2 teman melalut jap..k sambung cer…

Teman datang ke sini, bukan napa pun, teman, temankan En. Daus, dia ada shooting kat sini bagi program In-Trend yg bersiaran di salauran RTM Tv2 pada setiap hari sabtu pada pukul 2.30 ptg…so yg mana kome blm tgk lg, moh la kita tengok sesama hari sabtu ni k.

IMG_1551

dan ini pula gambar En.Daus, yg tgh sibuk dok menghafal skrip..hehehe. Tapi sempat lg senyum pada camera tu….apa kaitan Daus dengan Program In-Trend nih? kalau kome nk tau, daus ni host  tuk In-trend.

IMG_1549

ini pula cik Mimi haris, posing ala2 malu la plak, dia ni pun sama gak host bagi program In-Trend ni…

IMG_1555

dan ini pula gambar mimi dan daus tengah buat rakaman…

ok la aku pun x nk citer kisah depa ni semua…apa yang aku nk story disini adalah, tempat ini, dimana telah memberi tarikan bagi aku tuk menghabis kan masa aku kat sini…nak tau kenapa? jom layan..hehehe

IMG_1518

kenapa aku minat kat tempat macam ni? ok la kalau korang nk tahu warisan rimba ni adalah salah satu tempat reakrasi yang mana sesuai untuk yang dah berkeluarga dan semua orang yang suka mencari ketenangan jiwa.

Bukan apa? kan seminggu kita sibuk dengan tugasan harian, so hujung minggu la masa tuk semua berehat kan, jadi sekali sekala minda kita pun perlukan rehat betul x? ye la seminggu minda kita ni berfikir dan minda pun tau juga stress, jadi tempat seperti ini lah yang sesuai untuk kita semua hilangkan tension atau sebagainya..

seriously aku cakap kat korang, tempat ni memang terbaik lah, kenapa aku cakap camtu? nak tau? korang kena la pg sendiri..hehehe xda la aku gurau je la..jgn ambil hati…hehehe

apa yang menariknya? kat sini korang akan rasa tenang kerana di kelilingi dengan permandangan hijau yg menyejuk mata, suasana yang aman dan tenang, jauh dari bunyi bising kenderaan…

IMG_1536

kalau korang nak tau , kat sini dia ada sediakan kolam, dan kolam tu namanya kolam air bukit, kerana air yang kat dalam kolam tu air dari bukit, memang best giler la, dan selamat la kalau kita nak mandi kan? yang x ley tahan air bukit ni sejukk..tapi best…kat sini ada 2 kolam satu kolam kecil dan satu kolam besar…

Disini juga banyak kemudahan yang di sediakan, seperti café, dewan serbaguna, kemudahan tuk BBQ, karoke dan sebagainya, dan kat sini kuga korang blj jungle trekking tau. Dan harga chalet pun berpatutan, xda la mahal sangat, Hanya RM50 je tuk 4 orang, aku rasa semua orang mampu kot..pada dok check in hotel tu, baik la check in kat sini, tu pun bagi orang yg nak bercuti ke tempat2 cam ni la….xda paksaan ikut selera masing2 la k….hehehe., aku cuma bagi tau je.

Jadi apapun tempat ni telah menjadi salah satu tempat tarikan bagi aku kot, jenis aku, aku suka tempat2 seperti ini, tempat yang mana boleh hilangkan stress kita, boleh tenangkan jiwa kita dan blh lupa sekejap kesibukkan di kota.

Bagi yang berfamily tu digalakkan la datang ke sini, bukan apa, seminggu anak x dapat kasih sayang dari bubapa dek kerana dua2 busy ngn keja, so ambil masa dan peluang masa cuti datang ke tempat seperti ini, mudah2han hubungan kekeluargaan menjadi rapat, bila anak happy ibubapa pun turut happy, betul kan, semua ibu bapa ingin lihat anaknya happy kan? so buat la yang terbaik tuk keluarga sendiri k….

Korang semua mesti nak tau kan di mana lokasi terletaknya warisan rimba ini? ok la warisan rimba ni terletak di Ulu kemensah Hulu kelang, selangor, nak lagi mudah tuk tahu dia berada di belakang zoo negara. x jelas lagi?guna GPS k hehehe….

cukup la kot sampai sini k, sebelum tu aku nk ucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada RTM kerana telah memperkenalkan tempat ni, dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat…

Assalamualaikum dan jumpa lagi Smile

8 comments:

Pn. Sheila said...

tenang sekali sekala pg tpt cam nie...:-)

Khairiz said...

yup...sekali sekala ada masa blh la berkunjung ke tempat2 reakrasi spt ini...

ZWAN SABRI said...

wah! cam best jer Warisan Rimba tuu.. tringin nak p sana.. bawak boleh? HEHE


MySuaraBlog: Sebab2 Kenapa Tiada Sesiapa Yang Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China

Khairiz said...

ZWAN : insyaAllah if ada masa...

hafiz hafizol said...

untunglah kawan ngan mimi.. haha :D

Khairiz said...

hafiz : kenapa? kamu kenal ngn dia kew?

hairy said...

nak ikut klo p..hahaha

Khairiz said...

hairy : dah p dah pun..huhu..n next turn x tau plak bila..