Aku Tertipu…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam raya tu ada la aku layan jap fb aku tu, tengah syok membalas komen tetiba dapat satu komen dari kawan aku. Mak ai..panjang nya dia ni komen, di sebab kan dia kawan aku la, aku sanggup menjulingkan mata aku tuk baca komen dia yang panjang tu..nak tau apa komen dia ?

kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya ...tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini..

Selepas aku membaca komen tersebut, tanpa pk apa2 aku pun balas balik la komen dia yg panjang ni, komen aku pun blh tahan gak la panjang nya, tapi selepas balas, tergerak hati aku nk buka profile kawan aku ni…

Bila aku buka profile dia…cettt….aku tertipu…rasa nk maki je time tu, tapi aku sabar2…rupa2nya komen ni copy paste je, apa lagi aku x kan biar aku sorang je terkena, habis kawan2 aku kenakan…tapi sedih aku dapat hadiah “bengong “ dari kawan2 aku, tapi xpa la nak wat camanakan sabar je la, knp mereka cepat melenting ek? sedangkan aku rilex je baca komen panjang, sikit pun xda rasa nk marah or nk maki….tapi diorang lepas baca komen ni terus kata aku bengong….macam2 la…tu baru komen yg panjang dah dapat bengong, macamana lau aku iman kan orang solat baca surah panjang, adakah aku dapat hadiah perkataan bengong lagi x???

8 comments:

Arooraa")) said...

hahaha... mmg gila baca benda ni..
ngok ngok jer,, hahha

Mia Meymi said...

hahahha.. ksiann..
pnjang gler komen tu..

Khairiz said...

Aroora : hahaha kan? tapi best la ada idea kenakan orang haha

Khairiz said...

Mia : haha tu la pasal..naik juling nak membaca nya, dah la kt fb tulisan dia kecil hehe

Shahzan said...

kalau panjang lagi mungkin org akan cakap "bangang".. eh sama je kan? :)

Edy Fee said...

nasib baik aku tak dpt mcm tu...klau tak blur otak...

Khairiz said...

Shahzan : haha maybe sama je la

Khairiz said...

Edy : haha kan??? xpa x lama lg kena la tu hehehe