berjalan..terus..berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Ku berjalan dan terus berjalan demi mencari hala tuju yang benar, banyak lorong2 yang berliku yang aku harus lalui didalam hidup ini tetapi kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang

Boleh dikata Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.

Hidup ini amat lah indah jika kita amalkan cara hidup yang betul dengan cara yang di redhai oleh Allah swt.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal sama lah seperti aku …

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan ini lah aku…x semua masalah kita boleh kongsikan dengan orang lain dan seboleh-bolehnya kita jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri sukar untuk berjaya

Aku percaya bahawa  esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. InsyaAllah..

Aku berjalan dan terus berjalan..demi mencari sebuah ketenangan dalam hidup ini dan boleh di ibaratkan seperti meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

4 comments:

Yasmin ♥ said...

Kuatkan semangat ! :)

Khairiz said...

yasmin : insyaALlah heheh :)

Fezzy Sha said...

Insyaallah, cabaran yang diberi adalah tanda kasih sayang dariNYA untuk hambaNYA :)

Khairiz said...

mak usu : yup insyaAllah juga..mudah-mudahan ya