Bermula Dengan DrBook, Kini Menjadi dRbuku, Syabas Dr Rozmey...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ni aku nk kongsi sedikit tentang laman dRbuku ni, ni pun aku dapat tau dari sahabat blogger aku Mia Liana dan aku pun telah create account di dRbuku, sekadar mencuba. jika korang berminat boleh la cuba k :)

Siapa yang tidak kenal dengan jutawan yang terkenal ini, Datuk Dr Rozmey yang lebih mesra dengan panggilan DDR. Mempunyai wawasan dan matlamat tersendiri yang tidak pernah terfikir oleh orang lain. Satu-satunya orang Melayu di Malaysia yang mempunyai laman sosial sendiri, dRbuku yang dahulunya dikenali sebagai DrBook. Hebatnya...

Iklan dRbuku Di Harian Metro 27 Oktober 2011

Apa tidaknya, kekayaan, kejayaan dan pengalaman dapat dikongsi bersama sekaligus dapat menangkis tanggapan buruk masyarakat semasa awal permulaan laman sosial ini dilancarkan. Perubahan demi perubahan dilaksanakan demi menjadikan laman sosial ini semakin mantap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna  tanpa mengenal faktor usia, pangkat, darjat atau harta.

Betapa indahnya hubungan persahabatan yang erat di kalangan pengguna laman sosial ini. Walaupun ianya mengikut konsep yang lebih kurang sama dengan Facebook, namun ada satu ciri rahsia yang membuatkan pengguna sentiasa hendak online dengan dRbuku. Nak tahu? Daftarlah dahulu...

Belum cuba belum tahu...

Dah tahu tentu suka...

Bila suka tentu terpikat...

Dah terpikat terus melekat...

http://drbuku.com

p/s: tiada yang mustahil dan jika percaya, tentu boleh laksanakannya... tahniah DDR!

8 comments:

Mia Liana said...

wahhhh.. terbaikkk... :)

entri asal :
http://www.mialiana.com/2011/11/bermula-dengan-drbook-kini-menjadi.html

Khairiz said...

Mia : yup, lebih senangkan..hehe backlink yg sy buat tu terus ke entry ni...

apa2 pun thanks k

ZWAN SABRI said...

errkkkk, drBuku plak dah? apa kelebihan dia berbanding facebook?

Khairiz said...

Zwan : ada la sikit, tapi hampir sama, blh connect terus guna acc fb

faizal mohd said...

securiti ok tak? nanti kena hack jek susah plak. hehe :)

Khairiz said...

faizal : maybe ada kot

alams.ekins said...

mcm2 dr rozmey....apa2 pun tahniahlah Dr

Khairiz said...

alams : yup betul tu hehe