Bukan Aku Nak Kutuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cam bahaya je kan tajuk entry aku tuh..huhu..apa aku nak cakap ini adalah benda yang betul, aku baru je dapat tahu dari kawan baik aku, bila aku dengar cerita dia, aku lak yang jadi panas.

Nak tahu citer dia, mestilah korang nak tahu kan??? ok la aku citer la, ni berkenaan ngn POLIS, Kisah dia macam ni, si kawan aku ni baru balik keja dalam kul 2 pg lebih la, n bila dia sampai kat umah dia, dia berasa pelik sebab keta dia kena clamp, dia pun nk tahu kenapa, dia pg la tanya kat guard tu, dalam pondok guard tu ada 2 anggota polis, niat kawan aku kesana nak p tanya kenapa keta dia kena clamp, tetiba je sampai kat pondok guard tu, sorang anggota polis tu tarik kawan aku dan terus lempang, kalau sekali xpa ni banyak kali sampai x terkira, kawan aku terdiam la, sebab x tahu kenapa n apa sebab polis tu lempang dia. dan POLIS tu terus gari dia n bawa ke balai dan letak kawan aku dalam jail.

Dan POLIS tu suruh kawan aku bayar RM6000.00 kalau nk kuar dari lokap tu, yang kawan aku ni takut punya pasal dia pun bayar la RM4500.00 dan polis tu  siap lagi bagi tempoh dalam masa seminggu tuk settlekan baki tu, dan polis tu kata bila da settle bayar baru tutup kes….

Mak ai senang2 ko nak tutup kes macam tu ja?, ko dah kebas duit kawan aku, ko dah belasah kawan aku, apa hal yup, camni ke etika seorang anggota polis? camni ke korang jalankan tugas?? ko buat kawan aku cam tunggul, tanpa asal  usul periksa ko wat kawan aku camtu erk….seriusly aku x respect korang la…di sebabkan sikap sesetengah anggota yg macamni la nama PDRM buruk.

kesnya malam tu ada pergaduhan cina dan nepal, tapi cina tu dah blah, dan polis ni malas nak buat keja, sebab tu la dia main rembat sapa yang ada, alih, kawan aku yang kena….sungguh hebat seorang anggota polis menjalankan penyiasatan erk? patut la kes2 jenayah kat malaysian lambat settle.

Tapi no hal, tunggu aku balik nanti, aku akan bawa kes ni ke mahkamah, kalau aku x tolong kawan aku, sapa lagi nak tolongkan??? benda betul kita patut pertahankan hak kita, jangan kita jadi bodoh, jangan takut kuasa dia, x kemana kuasanya…kuasa Allah swt lagi besar. Kalau ye pun nk mudah dapat duit, ini bukan caranya bro!! sebab tu la aku x bagi adik2 aku masuk polis, sebab bila ada sesetengah anggota yg bersikap macam ni la, orang buruk kan  POLIS, bukan burukkan anggota tu, dah buruk namanya, kan x elok tuh, sepatutnya orang dah bagi amanah kat korang buat keja, buat la keja ngn betul, x guna kot guna paku yang ada tulisan Allah dan Muhammad tu, kalau ini sikapnya…..

Seriusly aku marah n aku bengan, sebab kes ni bukan sekali baru berlaku dah banyak kali dah berlaku kat kawan2 aku, mana ley tahan der, sabar kitaorang pun ada tahap nya. Ingat kitaorang ni rakyat biasa senang2 je ko buat kami cam sampah erk????

Kami juga ada haknya, tunggu la kami di muka pengadilan k..aku n kawan2 aku x takut, sebab kami berada di tempat yang benar…Allah maha mengetahui segala2nya. Kalau pihak polis boleh buat ugutan, kami pun boleh buat, tapi kami buat dengan cara terhormat, dan bukan cara kotor macam korang buat, di sebab kan kes ni la kawan2 aku hilang punca rezeki…..

Aku bukan nk kutuk PDRM, cuma aku x puas hati ngn sikap sesetengah anggota yang celaka boleh aku katakan disini, kenapa aku berkata begini? korang kena pk la, aku x kan melenting kalau benda tu x salah, tapi yang ni dah terbukti SALAH. Sebab tu aku bersuara..aku x risau kalau ada pihak polis yang baca entry ni, kalau ada lagi bagus, supaya korang jangan buat camni, dengan cara singkap tu settle kes, pukul orang sewenang2nya, paksa orang suruh mengaku kesalahan yang bukan orang itu lakukan…aku rasa dalam PDRM xda ajar kot korang berperilaku seperti ini. dan kes ini akan di bawa ke bahagian Tatatertib bukit aman, bukan nk menganiaya, tapi nak suruh anggota tu sedar…dan pk yang dia telah tutup periuk nasi orang, dan xpasal2 nama kawan aku jadi buruk…..

Ikutkan hati aku, aku nk je citer panjang lagi, tapi cukup setakat ni la dulu k…Assalamualaikum….

p/s : Maaf PDRM bukan aku nk kutuk korang….aku cuma berkata yang benar sahaja.

2 comments:

encikReza said...

"aku cuma berkata yang benar sahaja"

kdg² yang benar itu terlalu pahit untuk ditelan!

Khairiz said...

encikReza : yup betul tu, itu la yg selalu dialami :)