Greyson Chance

greyson

Greyson Chance atau nama sebenar beliau adalah Greyson Michael Chance 14, yang dilahirkan pada 16hb Ogos 1997, adalah seorang American pop rock singer dan pianist.

Kenapa aku nk keluarkan citer pasal budak nih? tuk pengetahuan korang semalam masa aku dengar dia buat perform secara live di AIM 18 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam, buat aku terpegum dan terdiam apabila dia menyanyi.

Aku memang susah nak minat lagu2 org putih ni, tapi semalam bila aku dengar adik Greyson ni nyanyi, terus aku tertarik dengan suara dan cara persembahan dia, bagi aku this amazing performance. Di usia dia muda dia telah mencapai satu percapaian yang hebat.

Walaupun Greyson ni tidak lah belajar secara formal, teknik pengunaan suara, tapi Greyson mempunyai bakat tersendiri, dan mempunyai minat yang mendalam dengan alat muzik piano, Greyson mula study main piano pada usianya 8 tahun lagi, dengan belajar selama 3 tahun. Dan sekarang Greyson boleh dikatakan seorang kanak2 yang hebat bermain piano dan bernyayi.

15-greyson-photo

Kalau kata nak bangga tu, xda la sangat, cuma aku kagum dengan bakat yang ada pada diri Greyson. sama juga ngn najwa latif, aku juga kagum dengan bakatnya tersendiri di usia dia baru 16 tahun…ini lah kita inginkan generasi yang hebat.

Mungkin korang dah tau siapa sebenar Greyson kan, bagi aku ni baru first time aku kenal dia dan baru je dengar suara dia buat persembahan, kira x sia2 la aku pergi ke AIM semalam hehe.

Diusia yang muda lagi dia dah mampu membuat persembahan yang menkjubkan, dan diusia muda dia dah dikenali di serata dunia, dan serata dunia mengaggumi bakat dia.

Harapan aku agar Greyson Chance terus berjaya mencapai cita-citanya, dan berjaya dalam bidang yang di ceburi diperingkat yang tertinggi di usia muda ini…secara automatik, aku jadi fans dia haha…seriusly aku memang suka lagu dia, suara dia amat unik bagi aku.

Entry kali ini aku nk citer pasal Greyson Chance, next entry aku akan citer pasal Najwa Latif lak, sebab najwa latif juga aku minati dan kagum dengan bakatnya.

ok layan video Greyson Chance dulu…waiting outside the lines

waiting outside the lines

6 comments:

TiMbAHiJaU said...

suka lah tengok budak tu main piano :)

Khairiz said...

yup..memang best kan TimbaHijau

Oshin said...

hamboi...senyap2 je die g AIM kan..patut la x on9 tweet sgt hahaa

Khairiz said...

Oshin : mana ada senyap2 la, sbb smlm memang busy tgk la kat aktiviti hujung minggu tu :)

Fezzy Sha said...

berbakat besar budak nih..

Khairiz said...

mak usu : yup memang budak ni berbakat :)